. Archive Untuk Ogos 2016

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Ya Malaysia bakal menyambut hari ulangtahun ke"MERDEKA"annya yang ke 59 tahun pada hari Rabu nanti tanggal 31 Ogos 2016. Adakah kita sudah merdeka, merdeka yang sebenar-benarnya. Patriotisme iaitu semangat patriotik yang berada di dalam diri kita semua tidak perlu dizahirkan hanya pada hari-hari tertentu sahaja kerana ianya melibatkan jiwa, inside all of us. Ianya perlu dizahirkan sepanjang masa dan ketika tanpa menetapkan tarikh-tarik yang tertentu. Ianya juga tidak perlu dizahirkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang tetapi perasaan itu perlu dizahirkan dengan perbuatan dan tingkah laku kita sepanjang masa.

Kepada warga negara umumnya dan pemimpin-pemimpin negara khususnya termasuk ketiga-tiga badan utama dalam pentadbiran negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman yang diasingkan fungsi dan kuasa bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin ketiga-tiga badan ini tidak seharusnya mempunyai hubungan kepentingan. Ketiga-tiga badan ini perlu seimbang kuasanya antara satu sama lain. bagi mengekalkan keseimbangan kuasa ini setiap badan ini perlu menyemak diri sendiri dan badan lain dan kuasa ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Mungkin ada sesetengah individu tidak memahami ataupun mengetahui akan adanya peruntukkan ini dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketiga-tiga badan ini dinaungi oleh Yang diPertuan Agong. 

Sayangilah negara ini jangan sampai kita berada di bawah sedar menjual negara yang kita sayangi ini demi kemewahan hidup, demi nama, pangkat darjat dan harta yang tidak kemana. Setiap sen harta negara yang dibelanjakan oleh anda akan ada tuntutannya nanti. Harta dan nama negara perlu dijaga di setiap detik dan ketika, jangan sampai tercalar apatah lagi tercemar dengan perbuatan segelintir yang tamakkan meterialistik dan kemasyuran. Usah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sedarlah negara kita ini bukannya sebuah negara yang besar cuma seluas 330,803 km persegi. Maka jagala tanah berdaulat ini agar tidak berkurang walau seinci. Jangan kerana inginkan kemashuran dimata dunia kita kehilangan apa yang telah dimiliki ini bab kata pepatah, "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Kendonglah sekuat-kuatnya dengan penuh tenaga menjaga negara tercinta ini.

Kepada mereka di luar sana, hayatilah dan sebarkan..

||Read More »

Rasulullah SAW. Timeline.

||Read More »

loading...