GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan untuk merebus ikan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 1 inci
5 keping asam gelugur
garam kasar secukup kegunaan
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air
Caranya
Ikan
tongkol yang dibersihkan disusun ke dalam periuk berselang seli dengan
garam kasar dan asam gelugur. tuangkan air dan cuka. jerang di atas
api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan
renehkan hingga kuah hampir kering. Sedia untuk dibuat gulai.
Bahan-bahan untuk gulai
Santan 2 biji kelapa
5-6 biji belimbing buluh, belah 2 - jika suka (boleh ganti dengan tomato)
5-6 biji lada hidup, dipotong 2
5-6 biji cili padi, biarkan sebiji-sebiji
Bahan-bahan untuk dikisar lumat
5-6 biji bawang merah
5-6 biji cili kering atau secukupnya
3 biji bawang putih
1inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 /2inci halia
1 sudu besar kelapa parut
3-4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka (nisan kelapa) atau gula pasir
Cara Menyediakannya
Didihkan
santan sampai keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan
renehkan hingga bahan-bahan masak dan naik minyak berwarna
kemerah-merahan. Masukkan ikan yang telah direbus bersama-sama kuahnya
dan renehkan atas api kecil hingga pekat. Tak perlu dimasukkan garam
dan asam kerana ikan rebus telah cukup rasa masin dan masamnya. Akhir
sekali masukkan belimbing buluh, cili hidup dan cili padi tadi.
Tutupkan periuk dan padamkan api. Selepas lima minit atau cili dan
belimbing buluh telah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Nota
: boleh juga bahan-bahan kisar ditumis terlebih dahulu sebelum
dimasukkan santan. terpulang kepada cara memasak seseorang.
Posted on Khamis, 29 Jun 2017|Filed under Ikan & Seafood,Resepi|Read More »
Posted on Khamis, 22 Oktober 2015|Filed under Ikan & Seafood|Read More »
Resepi asam pedas ikan pari
ni kegemaran ramai orang. Lagi-lagi tulang ikan pari yang lembut tu
boleh dimakan sekali. Rasa apa? cuba la makan, tulang dia tak de la rasa
apa sangat. Jadi boleh je telan sekali. hehe.. Asam pedas ni kalau
panas dan pedas makan dengan nasi panas-panas sangatlah mengancam
kan..hihi
Resepi asam pedas ikan pari ni terpulang kalau
taknak ikan pari pon boleh. Guna ikan kembung ke ikan patin ke kann..
banyak je ikan boleh ganti. Tapi kali ni Hn nak asam pedas ikan pari dengan harapan Hn boleh bertukar jadi pari-pari comel.. ahaks..
Bahan- bahan
Bahan A :
- 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
- 10 biji bendi
- 1 biji tomato ( dipotong 4 )
- 1/2 cawan air asam jawa
- 5 tangkai daun kesum
- 3 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
- 20 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Masak
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
- masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
- Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
- Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.
Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang
sangat simple. Adik-adik sekolah pon pandai je buat dari Hn.. Banyak
lagi resipi mudah yang boleh buat.. Nanti Hn ingat Hn akan share ye..
Korang ada resepi yang best lagi nak share? jom kongsi..
Posted on Khamis, 19 Mac 2015|Filed under Ikan & Seafood,Resepi,Tempatan|Read More »
Bahan-bahan:
Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak-agak, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) (tak letak pun tak apa)
Cara-cara
1. Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biarkan selama 3 minit. Kemudian masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, jikalau terasa sangat pedas masukkan gula sikit.
3. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. Selamat mencuba.
4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap. Masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Posted on Jumaat, 23 Ogos 2013|Filed under Ikan & Seafood,Resepi,Tempatan|Read More »
oleh : ciklaili.com
(Resepi untuk 4-5 orang)

Bahan-bahan
Udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (dipotong kecil)
4 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam dan gula
Minyak
Cara memasak
- Goreng udang sederhana masak.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng.
- Masukkan sos tiram dan sos cili.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap. Selamat mencuba.
Posted on Rabu, 24 Julai 2013|Filed under Ikan & Seafood,Resepi|Read More »
Bahan 1/2 kilo sotong
1 biji bawang besar / hiris kiub
8 biji cili padi / hiris halus @ nak pedas tambah lagi
3 biji buah tomato / hiris kiub
2 batang serai / hiris halus
2 pokok ketumbar / hiris kasar
1/2 cawan atau kurang Jus limau nipis
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa kalau suka
Cara
Setelah Sotong dibersihkan, potong dan rebuskan sotong sekejap,
Cara merebus sotong, cuma letakkan sedikit air kedalam periuk
ini adalah air sotong akan keluar ketika kita merebus nanti.
ketika merebus sotong letakkan sedikit garam dan gula supaya sotong nanti ada rasa.
ambil bekas yang besar dan letakkan semua bahan yang telah dihiris tadi.
masukkan sotong yang telah direbus.
masukkan Jus limau, garam, gula dan serbuk perasa
gaulkan semua bahan sebati
rasakan kesedapan.
ada rasa masam dan pedas
yang pasti SEDAP!!!

Posted on Isnin, 22 Julai 2013|Filed under Ikan & Seafood,Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi,Tempatan|Read More »
Adakala kuah roti canai yang dibeli dikedai agak kurang enak, jadi untuk santapan keluarga apabila membeli roti canai dikedai untuk dimakan dirumah, saya sediakan kari ikan sardin yang mudah untuk disediakan ini.
Bahan-bahannya:
1 tin besar sardin Mackarel
1 pek kecil serbuk kari
**3 ulas bawang putih
**1 biji bawang besar
**1/2 inci halia
**semua bahan ditumbuk/mesin kasar
2 ulas bawang putih ~ dimayam halus
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 tangkai daun kari
2 keping asam keping
1 biji tomato ~ belah 4
1 cawan santan
Air
Garam dan gula
Minyak
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam anggaran 3 sudu besar minyak, tumiskn bahan-bahan yg telah ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari, daun kari dan sedikit air. Masak sehingga terbit minyak. Kalau kering tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga betul-betul masak dan terbit minyaknya.
4. Masukkan santan, asam keping dan ikan sardin, masak sehingga mendidih.
5. Perasakan masin, masam dan manisnya.
6. Masukkan tomato dan bawang yg telah digoreng tadi. Didihkan sebentar dan bolehlah diangkat.
Walaupun mudah akan tetapi memakan masa juga kerana masa untuk rempah kari itu naik minyaknya dalam proses menumis, Kalau mahu segera tak perlulah tunggu kari yang ditumis tadi naik minyaknya tetapi kurang umphlah rasanya nanti.
Posted on Isnin, 15 Julai 2013|Filed under Ikan & Seafood,Resepi|Read More »

Ikan segar
Bakar dalam kuali pembakar yang telah diletak sedikit minyak.
Air Asam
1 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji limau nipis (kalau yang kurang air kena lebihlah sikit)
3 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air masak)
Sedikit belacan
4 biji cili api
Gula dan sedikit garam
Bawang besar dan tomato dipotong dadu.
Cili api dipotong kecil-kecil.
Campurkan bahan diatas dengan air asam jawa, perahan limau nipis dan belacan yang sudah dibakar
Masukkan juga gula dan garam.
Posted on Khamis, 6 Jun 2013|Filed under Baked & Grill,Ikan & Seafood,Resepi|Read More »
Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk sos ( by lydia )
-
2 sudu besar butter (guna bekas grill salmon td lg sedap!)
-
1/2 biji bawang besar (dicincang)
-
1 sudu besar tepung gandum
-
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
-
1 cawan susu segar
-
Sedikit garam
-
Sedikit lada hitam
Cara-cara
-
Penyediaan sos putih: Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
-
Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
-
Lumur ikan dgn garam dan lada hitam. Panaskan butter dan minyak zaitun. (minyak zaitun utk tidak menghanyitkan butter, jika tiada guna minyak biasa). Grill hingga ikan masak.
-
Hidangkan ikan dengan sos putih tadi dan juga sayur2an rebus/kukus spt brokoli, carrot dan asparagus dan juga hirisan lemon.
Posted on |Filed under Baked & Grill,Ikan & Seafood,Resepi|Read More »
Bahan-bahan:
dua ketul ikan patin
cili api 5 tangkai
kunyit hidup 2cm
air masak secukupnya
sedikit daun kesum
garam
2 sudu besar pempoyak
1 keping Asam keping
Caranya:
renehkan air masak yang secukupnya bersama bahan kisar. Bahan kisar adalah bahan yang bertanda (*). Masukkan tempoyak dan masukkan ikan tadi. Masukkan daun kesum dan rasakan garam, asam keping dimasukkan dan perlahankan api. Jangan biar terlalu lama ditakuti isi ikan akan liat terlebih masak.
Posted on Jumaat, 15 Mac 2013|Filed under Ikan & Seafood,Resepi|Read More »