. Belanjawan 2016 - Habuan buat penjawat awam. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Belanjawan 2016 - Habuan buat penjawat awam.

at Sabtu, 24 Oktober 2015[9:15 PTG]

186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
Pertama: Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;
- kenaikan ini adalah bagi mengimbangi penetapan gaji minimum RM1200 bagi penjawat awam, ini adalah strategi bagi mendiamkan 60k penjawat awam yang bergaji dibawah RM1200 supaya mereka yang telah 2-3 tahun berkhidmat tidak membantah pelaksanaan gaji Minimum RM1200.
Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
- betulkah ianya akan melibatkan 252 skim perkhidmatan kerana beberapa skim perkhidmatan baharu sahaja ditambahbaik pada tahun 2013 dan 2014 yang lalu, adakah ianya penambahbaikan utama atau sekadar DOMINO EFFECT yang mana hanya beberapa skim perkhidmatan baharu sahaja menikmati penambahbaikan menyeluruh dan kebanyakkan skim-skim perkhidmatan yang lain hanya terkena tempias penambahbaikan terumata skim-skim perkhidmatan yang berada dibawah Ketua Pengarah Perkhidatan Awam, Malaysia (KPPA) sebagai Ketua Perkhidmatan yang mana diketahui bahawa KPPA adalah dari skim perkhidmatan PTD, manakala skim perkhidmatan yang lain diibarat sebagai anak tiri.
Ketiga: Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;
- Alhamdulillah syukur, kerana gaji RM1200 tidak cukup  bagi menampung perbelanjaan harian bagi mereka yang berada di bandar-bandar utama, khususnya Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bharu. Bagi mengimbangi keadaan ini kerajaan seharusnya menyebar ibu pejabat agensi/kementerian diseluruh negara dan tidak hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekiranya ini dilaksanakan ianya diibarat serampang dua mata kerana akan memajukan lagi kawasan-kawasan lain di Malaysia yang terdiri dari 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
Kelima : Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.
- Pelantikan ini seharusnya brdasarkan kepada keperluan dan merit pegawai, kerana tidak dinafikan bahawa memang ramai dikalangan mereka ini berdedikasi dan cekap dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, namun ada segelintir diantara mereka ini juga bermasalah.
Tidak cukup dengan itu juga:
202. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.
203. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...