. Pendinding Diri dan Kediaman - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pendinding Diri dan Kediaman

at Jumaat, 23 Oktober 2015[10:01 PG]

  1. Lafazkan assalamualaikum , Bismillah dan ayat kursi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana- mana pintu (kecuali bilik air) sebab port-port syaitan kebiasaannya di pintu- pintu.
  2. Lazimi membaca dan mengamalkan ayat suci Al-Quran di rumah serta memperbanyak solat-solat sunat dan tahjud
  3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.
  4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sebab tu semua makanan jin.
  5. Sebelum Maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam- malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
  6. Angkat baju diampaian sebelum Maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu Maghrib dan ke atas.
  7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
  8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal.)
  9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu- pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu- pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus
  10. Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.
  11. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
  12. Elakkan duduk di pintu.
  13. 'Pagar' rumah setiap hari.
  14. Selalu - selalu baca surah AlBaqarah.
  15. Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...