. Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

at Jumaat, 23 Oktober 2015[4:42 PTG]

Berikut adalah kupasan dari pembentangan Belanjawan 2016 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) di Dewan Rakyat:
  1. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah RM39 bilion pada 2016 (3.1 peratus KDNK) (2015: dianggarkan berjumlah RM27 bilion mulai April.
  2. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh dengan pertumbuhan teguh pada 2016, berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus (2015:4.5-5.5 peratus)
  3. Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh permintaan domestik dengan perbelanjaan swasta terus menjadi pemacu utama
  4. Defisit fiskal Malaysia diunjur susut kepada RM38.8 bilion atau 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016 (2015: 3.2 peratus)
  5. Kutipan hasil kerajaan persekutuan tahun depan dijangka berkembang sebanyak 1.4 peratus kepada RM225.7 bilion, diterutamanya disebabkan oleh kutipan tinggi dalam hasil cukai
  6. Hasil berkaitan minyak dijangka turun 14.1 peratus pada 2016 disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang lebih rendah (2015: 19.7 peratus)
  7. Perbelanjaan kerajaan pesekutuan dijangka meningkat 1.7 peratus kepada RM265.2 bilion pada 2016 (2015: RM260.7 bilion)
  8. Daripada RM265.2 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan, 81.1 peratus diperuntuk untuk perbelanjaan mengurus manakala 18.9 peratus untuk perbelanjaan pembangunan
  9. Perbelanjaan mengurus pada 2016 dijangka meningkat sebanyak 0.9 peratus berikutan usaha berterusan untuk merasionalisasi dan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan
  10. Perbelanjaan pembangunan dijangka naik 5.4 peratus tahun depan dengan RM30.3 bilion untuk sektor ekonomi
  11. Sektor keselamatan akan disediakan RM5 bilion pada 2016 untuk meningkatkan keupayaan angkatan tentera dan polis
  12. Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan tahun depan untuk sektor pentadbiran awam bagi menaik taraf kemudahan kerajaan di seluruh negara
  13. Permintaan domestik dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus tahun ini dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta
  14. Pelaburan swasta diunjur meningkat 6.7 peratus pada 2016 dengan sejumlah besar pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
  15. Penggunaan swasta dijangka bertambah 6.4 peratus pada 2016, mendapat faedah daripada prospek pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan gaji yang baik
  16. Pelaburan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 2.3 peratus pada 2016 berbanding 1.6 peratus diunjur tahun ini disokong oleh projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesebelas serta projek-projek yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
  17. Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.4 peratus pada 2016 dan meningkatkan bahagiannya kepada 54 peratus daripada KDNK daripada 53.8 peratus tahun ini dengan semua subsektor terus berkembang
  18. Inflasi kekal stabil pada dua hingga tiga peratus pada 2016 (2015:2.0- 2.5 peratus)
  19. PNK nominal per kapita diunjur naik 5.6 peratus kepada RM38,438 tahun depan berbanding 4.2 peratus pertumbuhan yang dijangka kepada RM36,397 tahun ini
  20. Akaun semasa Malaysia dijangka mencatatkan lebihan yang lebih kecil dalam lingkungan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2015
  21. Eksport kasar dijangka meningkat 1.4 peratus pada 2016 berbanding penguncupan 0.7 peratus tahun ini, disokong oleh pelaburan awam tinggi dan perbelanjaan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
  22. Kedudukan luar Malaysia pada 2016 kekal terus menggalakkkan sejajar dengan prospek pertumbuhan lebih baik bagi ekonomi serantau dan maju melalui pengembangan ekonomi domestik
  23. Prospek perdagangan dunia diunjur bertambah baik tahun depan
  24. Defisit dalam akaun perkhidmatan tahun depan dijangka meningkat kepada RM11.4 bilion daripada RM14.7 bilion tahun ini
  25. Hutang kerajaan persekutuan kekal dalam had berhemat dan terkawal pada paras 55 peratus KDNK, menjadikan Malaysia antara negara berhutang sederhana
  26. Pinjaman luar pesisir kekal terurus pada 1.6 peratus KDNK, walaupun peningkatan dolar AS
  27. Sistem kewangan Malaysia kekal kukuh tahun ini meskipun pelbagai cabaran seperti kejatuhan harga komoditi dan kelemahan ringgit
  28. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan berjumlah RM78 bilion sejak dimulakan pada 2007, menyumbang 71 peratus daripada jumlah sasaran sebanyak RM110 bilion menjelang 2020
  29. Industri insurans kekal berdaya tahan dengan permodalan kukuh dan keuntungan bertambah baik
  30. Lebihan dagangan dijangka lebih tinggi pada RM85.3 bilion atau 7.3 peratus daripada KDNK pada 2015 (2014:RM82.5 bilion; 7.5 peratus)
  31. Kerajaan komited untuk meningkatkan dan mengukuhkan pasaran kewangan Islam, sebagai sebahagian daripada strategi untuk memaju dan memakmurkan negara
  32. Pertanian dijangka meningkat pada separuh kedua 2015 dengan pengeluaran minyak sawit, getah yang lebih tinggi
  33. Asean akan menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meningkatkan inklusif kewangan.
 - BERNAMA -

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...