. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]: Tempatan

Resort Atas Air Awesome

Jika masa tak mengizinkan anda untuk bercuti di luar negara, usah risau. Dalam Malaysia pun banyak lokasi menarik, malahan boleh berjimat juga sebab tak perlu bayar tiket flight bagi lokasi resort yang tidak jauh dari tempat tinggal anda.
Kami bawakan 9 resort berikut yang seronok untuk dikunjungi sama ada bersama keluarga atau bagi yang baru kahwin, ini boleh dijadi lokasi bulan madu anda.
1. Lexis Hibiscus Port Dickson
lexis-hibiscus-port-dickson-1
Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Posrt Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan menarik.
Resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil di sapa angin dari Selat Melaka.
lexis-hibiscus-pd-2
Bagi yang mahukan privacy, resort ini turut menawarkan pakej kolam renang di dalam bilik. Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda.
Satu tetingkap kaca turut di bina di dalam bilik resort agar anda berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas di sekitar resort ini.
Untuk tempahan anda boleh ke website Lexis Hibiscus PD.
2. Mabul Water Bungalows
mabul-water- bungalows-1Terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah, Banglo Air Mabul telah dinobatkan sebagai salah satu dari ‘the best dive bases in the world’ kerana kejernihan airnya.
mabul-water- bungalows-4
Dekorasi gaya moden di villa terapung ini menjadikan ia kelihatan segar. Kemudahan internet turut disediakan di sini agar anda tetap kekal berhubung dengan dunia luar.
mabul-water- bungalows-3
Tiap kali menjenguk ke balkoni di bilik, pastinya anda dihidangkan dengan panorama indah serta air nya yang jernih dan berwarna hijau kebiruan.
mabul-water- bungalows-2
Perkhidmatan rawatan spa turut disediakan di resort ini. Tempahan boleh dilakukan di MabulWaterBungalows.com.
3. Pom Pom Island Resort and Spa
Terletak di Laut Sulawesi, untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot selama 45 minit. Suasana resort yang jauh dari kesibukan kota pastinya memberikan suasana damai dan pemandangan yang indah.
Selain dari menikmati pemandangan indah laut dari bilik, anda juga bermain bola tampar pantai bersama rakan-rakan dan pengunjung lain atau melakukan jungle trekking di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort ini.
pom-pom-island-resort-3
Tapak sulaiman juga dapat di temui dengan mudah di beberapa lokasi pantai di pulau ini. Lapangan terbang terdekat terdekat untuk ke resot ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau. Untuk tempahan, anda boleh ke website PomPomIsland.com
4. Avillion Port Dickson
Mengambil inspirasi dari perkampungan nelayan di negara ini, Avilion Port Dickson adalah gambaran ketenangan tanpa perlu jauh meninggalkan kesibukan kota.
Avillion-Port-Dickson-2 Avillion-Port-Dickson-3
Dengan konsep senibina tradisional tetapi menyediakan kemudahan serba moden, di sini anda boleh berehat sepenuhnya dan meninggalkan seketika bebanan kerja.
avilion-port-dickson-3
Turut di sediakan di sini adalah aktiviti berkayak, basikal hydro dan kapal luncur angin bagi mereka yang sukakan aktiviti sukan air.
Tempahan boleh dilakukan di PortDicksonHotels.net
5.  Avani Hotels Sepang
avani-hotels-sepang-4
Selain dari lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Avani Hotels juga merupakan antara resort yang menawarkan servis yang baik pada harga bajet.
avani-hotels-sepang-2
avani-hotels-sepang-3
Tiada yang lebih menarik bagi mereka yang ingin merehatkan minda dan mencari sedikit ketenangan dari keriuhan kota dengan bersantai di balkoni bilik sambil menikmati matahari terbenam seperti ini.
avani-hotels-sepang-1
kuala-gandah
Hotel ini turut menawarkan pakej trip 1 hari melawat gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Up close and personal with elephants gitu. Mereka juga turut menyediakan pakej melawat stadium F1 di Sepang buat para pengunjung yang berminat.
Tempahan menginap di resort ini boleh dilakukan di AvaniHotels.com.
6. Gayana & Bunga Raya Eco Resort
gayana-eco-resort-4b
Gayana dan Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, di luar Pantai Borneo.
Sebaik saja berada di resort ini, puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan.
gayana-eco-resort-3b
Layanan di sini pula adalah 1st class. Sarapan anda akan dihantar ke bilik jika anda lebih suka menikmati makan pagi sambil menikmati deburan ombak tanpa perlu meninggalkan bilik anda.
gayana-eco-resort-2b
Resort ini turut menawarkan spa dengan menggabungkan rawatan cara barat dan cara timur.
gayana-eco-resort-4
Pusat pemulihan haiwan turut ditempatkan di sekitar resort ini bagi mereka yang meminati bidang biologi marin. Anda boleh melihat kerang gergasi bertelur jika anda bernasib baik, atau menyentuh tapak sulaiman sampai ke tangan yang dipelihara dalam tangki.
gayana-eco-resort-1b
Lapangan terbang terdekat untuk ke resort ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk tempahan dan info lengkap anda boleh ke website Gayana Eco-Resort.com.
7. Pangkor Laut Resort
pangkor-laut-resort-1
Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut, terletak 3 batu di luar pantai barat Malaysia. Lebih eksklusif, seluruh pulau di Pangkor Laut Resort dikhaskan untuk pengunjung resort ini.
pangkor-laut-resort-3
pangkor-laut-resort-2
Sama ada sekadar mendengar deruan ombak, berendam di kolam infiniti di resort, atau menjelajah belukar di sekitar pulau ini, anda bebas melakukan aktiviti anda sewaktu berada di sini.
Tempahan boleh dibuat di PangkorLautResort.com.
8. Berjaya Langkawi Island Resort
berjaya-langkawi-resort-1
Resort ini menawarkan 2 perkara menarik yang boleh anda nikmati di sini – nyamannya hutan tropika di satu bahagian dan hembusan bayu laut di satu bahagian lagi.
berjaya-langkawi-resort-3
muzeum-3d-langkawi
Bagi yang telah berkeluarga, berbagai aktiviti bersama anak-anak boleh dilakukan di sini antaranya melawat Underwater World Langkawi dan Muzeum 3D. Atau bagi yang sukakan aktiviti menyelam, anda boleh melakukan scuba diving di Pulau Payar.
Untuk tempahan menginap di resort ini, anda boleh ke BerjayaHotel.com.
9. Sipadan Water Village
Diilhamkan dari senibina rumah orang-orang Bajau, Sipadan Water Village menawarkan percutian menarik untuk anda.
Apatah lagi dengant air laut yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini satu tarikan kepada penggemar sukan menyelam skuba.
sipadan-water-village-2
Tak pandai scuba dive? Tak mengapa. Cukup jika anda mahu snorkeling atau sekadar berehat menenangkan minda di sini.
Suasan resort yang tenang sudah pasti buat anda seronok berada di sini sambil menikmati keindahan alam. Untuk info lengkap dan tempahan sila ke Sipadan-Village.com

||Read More »

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Masakan – Resepi Asam Pedas Ikan PariResepi asam pedas ikan pari ni kegemaran ramai orang. Lagi-lagi tulang ikan pari yang lembut tu boleh dimakan sekali. Rasa apa? cuba la makan, tulang dia tak de la rasa apa sangat. Jadi boleh je telan sekali. hehe.. Asam pedas ni kalau panas dan pedas makan dengan nasi panas-panas sangatlah mengancam kan..hihi
Resepi asam pedas ikan pari ni terpulang kalau taknak ikan pari pon boleh. Guna ikan kembung ke ikan patin ke kann.. banyak je ikan boleh ganti. Tapi kali ni Hn nak asam pedas ikan pari dengan harapan Hn boleh bertukar jadi pari-pari comel.. ahaks..

Bahan- bahan

Bahan A :
  • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
  • 10 biji bendi
  • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Masak 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang sangat simple. Adik-adik sekolah pon pandai je buat dari Hn.. Banyak lagi resipi mudah yang boleh buat.. Nanti Hn ingat Hn akan share ye.. Korang ada resepi yang best lagi nak share? jom kongsi..

||Read More »

Daging Gulai Darat


Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.

Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.

Biasanya bila nak masak gulai darat ia ada rempah khas untuk memasak gulai darat. Rempah ini anda boleh dapatkan daripada pasar yang menjual rempah di negeri Kelantan. Tapi bagi anda yang tak berpeluang nak dapatkan rempah tu .. jangan berasa kempunan pulak tak dapat nak merasa.. hari ini ita kongsikan resepi yang di kongsikan oleh Kak Noly

Apa yang istimewanya kak Noly kongsikan bagaimana kita nak sediakan rempahnya jika kita tak dapat cari rempah gulai darat. Mudah sahaja rupanya anda hanya perlu campurkan cili serbuk dengan kunyit hidup.. tadaaa... dah dapat dah rempah gulai darat..mudah aje kan.. Kerana ita tak ada stock rempah gulai darat dalam simpanan, ita cuba kaedah yang kak Noly tunjukkan dan memang sedap juga.. tak banyak bezanya dengan yang menggunakan rempah gulai darat

Menurut kak Noly lagi gulai darat ni kuahnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering.. ialah yang biasa ita makan bila ke Kelantan kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. yang sedan-sedang aje.. Ianya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk hidangan anak-anak juga..  Jom kita intai resepi yang sedap sangat ni..



1/2 kg daging
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 ketul ubi badak saiz kecil atau  3 biji kentang
3 sdm kerisik
3 sdm rempah gulai darat
1 cm gula melaka
garam secukup rasa
2 keping asam keping
sedikit mnyk utk menumis

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 sdm ketumbar biji ~ sangai tanpa minyak dahulu

* Jika tiada rempah gulai darat, boleh campurkan 1 cm kunyit hidup dan 2 sudu makan serbuk cili dalam gulai. Versi yang sedikit berlainan tapi rasanya tetap sedap.

Hiris nipis daging atau potong dadu sederhanan besar.
Ubi kentang atau ubi badak jika ada di potong baji
Santan di asingkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah gulai darat, kerisik, gula melaka dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan ubi kentang
Masukkan santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
Setelah daging empuk, masukkan santan pekat, asam keping
Biarkan ia merenih hingga kuahnya pekat dengan api yang perlahan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan



||Read More »

Daging Masak Asam


Bahan-bahan:

1 kg daging
6 ulas bawang putih*
6 ulasbawang merah*
3 cm halia*  
satu cawan air asam jawa  
2 sudu besar kicap  
sedikit sos tiram  
2 sudu kecil lada hitam  
daun bawang
 
Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan *.



2. Panaskan minyak dan tumis bahan *. 
3. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak. 
4. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa. 
5. Kacau sehingga daging masak dan lembut. 
6. Hiaskan dengan daun bawang.

||Read More »

Sambal Ikan Bilis


SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam 

Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing.. then angkat dan ketepikan.

Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend.. Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan bersama nasik panas-panas..

||Read More »

Nasi Dagang

Nasi dagang ialah hidangan popular bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa variasi yang berbeza untuk hidangan nasi dagang di setiap daerah. Ada yang menggunakan beras siam yang lembut dan ada yang menggunakan beras biasa yang dicampur dengan sedikit beras pulut.

Begitu juga dengan lauk gulai ikan tongkol untuk nasi dagang. Ada yang berkuah merah, ada yang kuahnya berwarna kuning atau dipanggil gulai kunyit lengkuas. Selain ikan tongkol, telur atau udang juga sedap dijadikan lauk nasi dagang selain ayam atau daging. Begitu juga dengan pelengkap hidangan nasi dagang, ada acar dan sambal kelapa.

Bagi orang-orang yang tinggal di negeri Terengganu, mereka lebih suka menyediakan acar seperti acar timun, acar nenas dll, manakala bagi orang-orang negeri Kelantan, mereka lebih suka menyediakan sambal kelapa untuk hidangan nasi dagang mereka. Walaubagaimanapun, hidangan ini tetap enak dan digemari ramai orang.. Bagi saya, kedua-duanya boleh digandingkan untuk hidangan nasi dagang yang istimewa.

Di Kelantan, ada beras khas untuk menyediakan nasi dagang. Beras ini berwarna kemerah-merahan dipanggil beras lembut atau beras nasi dagang. Harganya juga agak mahal berbanding beras-beras lain. Bagi orang-orang Terengganu pula, mereka lebih suka menggunakan beras siam yang dicampur sedikit beras pulut.

Untuk hidangan nasi dagang ini, banyak kelapa digunakan. Bermula dengan penyediaan nasi, lauk hingga sambalnya. Semuanya menggunakan santan dan juga kelapa parut. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan kolestrol dalam masakan, kurangkan penggunaan santan, sebaiknya tambahkan susu cair ke dalam masakan. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.

Berikut ialah resipi Nasi Dagang yang simple yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya.

Bahan-bahan untuk nasi.
3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 cawan air panas mendidih (gunakan air yang dididihkan untuk mengukus beras
1 cawan pati santan + 1 sudu kecil garam atau secukup rasa -didihkan tapi jangan sampai pecah minyak

bahan-bahan untuk dimayang halus
10 biji bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar halba

Cara Menyediakannya
kedua-dua beras dicuci bersih dan direndam berasingan sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian toskan beras dan campur kedua-duanya hingga rata. Kukus selama 30 - 45 minit atau sehingga beras tiga suku masak. Boleh dikenalpasti sekiranya periuk kukus mengeluarkan wap.

Keluarkan dari periuk kukus dan terus tuang ke dalam besen yang agak besar. Terus curahkan satu cawan air panas mendidih dan terus kacau rata-rata hingga beras kembang. Proses ini hendaklah dilakukan ketika masih panas. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan timbuskan sekali bahan-bahan yang dimayang halus tadi juga halba. Kukus sekali lagi hingga betul-betul masak. Ketika masih panas, tuangkan kembali ke dalam besen tadi dan curahkan santan yang telah dididihkan. Kacau rata-rata hingga keluar minyak. Bolehlah dihidangkan bersama-sama gulai ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa.

Nota : cara yang lebih cepat menyediakan nasi dagang ialah dengan cara menanak nasi tersebut di dalam rice cooker iaitu campurkan beras, santan secukupnya dan sedikit garam. Bila hampir kering taburkan bahan-bahan yang dimayang halus dan hingga masak seperti biasa. Selepas itu baru dikacau-kacau dengan sudip kayu untuk menggebukan nasi.




AYAM/DAGING GULAI KUNYIT LENGKUAS

Bahan-bahan untuk memasak gulai ayam kunyit lengkuas adalah sama dengan gulai ikan tongkol. Cuma gantikan rempah kari ikan dengan kari daging. Boleh juga ditambah ketumbar jintan yang telah disangai dan ditumbuk halus ke dalam bahan-bahan gulai. Gaulkan bahan-bahan kisar dengan ayam, tambahkan garam dan asam keping sesedap rasa. Jerang di atas api sederhana hingga agak kering, baru ditambahkan santan secukupnya dan masak lagi ayam empuk dan kuahnya hingga pekat. Boleh ditambah cili padi atau lada hidup diakhir masakan. Akhir sekali, tumiskan sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi. Masukkan ke dalam gulai yang masih mendidih dan tutup periuk serta padamkan api. Selepas 5 minit, baru dibuka tutup periuk dan dikacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba..

||Read More »

Sate Kajang (Asli)


sate kajang memang terkenal satu malaysia,lebih-lebih lagi sate kajang haji samuri tapi saya taklah nak kongsi resepi hj samuri sebab resepi tu cuma beliau je yang tau. saya nak kongsi resipi sate kajang asli yang boleh tahan sedap nya. meh kita tengok.mesti cuba..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-buang kulit dan potong kecil ikut saiz yang anda suka
  • 400gm bawang merah-dikisar@diblender
  • 250gm halia-dikisar@diblender
  • 5 batang serai-dikisar@diblender
  • 250gm lengkuas-dikisar@diblender
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 4-5 sudu besar gula
  • garam-secukup rasa
Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan semua bahan
  2. perap ayam semalaman(dibekas yang bertutup,simpan dalam peti sejuk pun boleh)
  3. lepas perap bolehlah bakar(bakar dengan arang)
Teknik membakar
  1. bakar arang-hingga semua arang terbakar dan xde api yang marak
  2. bakar sehingga masak
  3. kawal api menggunakan kipas supaya arang sentiasa membara
  4. sapu dengan minyak supaya kelihatan berkilat dan wangi(guna serai untuk sapu sebab kalau guna berus takut berus cair)
  5. bila dah warna keperangan atau keemasan tu kira dah masaklah
  6. siap dihidangkan(hias mengikut cita rasa anda)
sedap dimakan dengan nasi himpit dan kuah kacang,untuk resepi kuah kacang boleh tengok di sini.
Senang dan mudahkan??

||Read More »

Kerabu Daging

 

Selamat pagi semua... Hari ni aku nak kongsi resepi masa makan tengahari nanti. Menu hari ni besa-besa saja.kerabu daging dan sayur campur. Menu yang nak dikongsi hari ni ialah kerabu daging. Aku guna daging pemberian orang masa raya haji tu. Ada baki sikit lagi. So, boleh la buat kerabu. Jom tengok cara nak buatnya....


Bahan-bahan

200gm daging-potong nipis
100gm taugeh
1 biji pelam sala-dihiris
1 biji bawang besar-dikisar
garam-secukup rasa
250ml santan@1 biji kelapa
1/2 biji limau nipis
1 inci lengkuas-ditumbuk @dikisar
2 batang serai-ditumbuk @dikisar
10 biji lada hitam-ditumbuk@dikisar
1 sudu teh belacan-ditumbuk@dikisar
4 biji cili padi-ditumbuk@dikisar
2 sudu besar kerisik
Cara penyediaan
Potong daging nipis-nipis dan rebus.
Celurkan taugeh dan masak santan seketika.
Potong bawang besar nipis-nipis dan sagat pelam.
Dalam mangkuk besar, satukan santan, kerisik, taugeh, bawang besar, daging dan bahan yang ditumbuk. Gau rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
Masukkan jus limau nipis.
Siap untuk dihidang 

*Santan dimasak seketika adalah untuk mengelak daripada cepat basi

||Read More »

10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014

10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014

KUCHING: Malaysia mencalonkan 10 hotel di seluruh negara untuk menerima Anugerah Hotel Hijau Asean yang diadakan bersempena Forum Pelancongan Asean 2014 yang bermula di sini Khamis lepas.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Mohd Daud Mohd Arif berkata sejak dimulakan pada 2006, 40 hotel di negara ini telahpun meraih anugerah itu yang diperkenalkan sebagai sebahagian usaha untuk mempromosi kesedaran terhadap alam sekitar.

"Seperti juga anugerah lain, anugerah ini akan memberi kebanggaan dan menaikkan martabat penerimanya selain dapat digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk mempromosi premis mereka sendiri.

"Ini dianggap cara terbaik untuk mempertingkatkan perkhidmatan perhotelan terhadap kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar Anugerah Hotel Hijau 2014 yang akan diadakan di sini esok.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand Dr Patanachart Kridiborworn.

Sementara itu, Patanachart berkata terdapat 216 hotel di seluruh negara anggota Asean yang telahpun memenangi anugerah berprestij itu dan bagi tahun ini, 86 hotel lagi dijangka meraih gelaran Hotel Hijau.

Beliau berkata anugerah berkenaan diadakan dua tahun sekali dan setiap pemenang mengekalkan gelaran itu selama tiga tahun.

"Sudah tentulah mereka akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan dalam usaha mengekalkan gelaran, jika tidak mereka akan kehilangannya," kata Patanachart.

Beliau memperjelaskan jawatankuasa anugerah itu menetapkan kriteria atau garis panduan yang menggalakkan perkhidmatan mesra alam sekitar dalam operasi hotel.

"Kriteria yang kami tetapkan adalah tentang dasar dan tindakan alam sekitar dalam operasi hotel, penggunaan produk mesra alam, kerjasama dengan komuniti dan pertubuhan setempat serta pembangunan insan," katanya.

||Read More »

Fraser Hill (Bukit Fraser)

Ramai yang bercakap, tak ada apa yang menarik di Bukit Fraser. Sebenarnya, minat yang menarik kita berkunjung. Tiap tempat ada keistimewaannnya yang tersendiri.

Bagi pencinta alam, Bukit Fraser adalah kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang tidak terusik dengan kepesatan pemodenan. Bangunan seni bina gaya Inggeris masih tersergam indah dan antaranya ialah balai polis yang dibina pada tahun 1919.
 
Suhu dingin sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius dengan ketinggian 1,524 meter di atas paras laut memberi panorama redup dan lembab dengan aroma udara yang segar.  Jaraknya lebih kurang 100KM dari Kuala Lumpur menjadikannya  sebagai lokasi persinggahan sehari  sambil menikmati  gaya dan suasana kehidupan sederhana desa Inggeris.

Walaupun mengalamai pengalaman mendaki yang memeritkan sewaktu menempuh jalan raya yang berliku-liku , sebaik menjejak ke destinasi ini, kedamaian yang terpampang didepan mata seolah-olah telah mengganti segala rasa tersebut.

Menara Jam Bukit
Persekitaran suhu yang dingin dengan bunga subur berkembang memberi satu perasaan tenang, damai dan menyegarkan .   Biarpun aktiviti pelancongan di sini tidak semeriah di Genting Highland dan Cameron Highland, tetapi Bukit Fraser yang juga di kenali sebagai The Little England of Malaysia ini punya keistimewaan tersendiri.
Salah satu tempat yang menarik di Bukit Fraser adalah Taman Flora Bukit Fraser ( Fraser’s Hill Garden Center ).
Untuk ke lokasi ini, sampai saja di  dataran bulatan Menara Jam, terus mendaki ke arah kanan sehingga bertemu simpang tiga. Ambil arah ke kiri sehingga bertemu simpang dan ambil arah ke kiri sekali.
ladang strawberry di bukit fraser
Strawberry juga ditanam di Bukit Fraser.

Bersebelahan Taman Flora Bukit Fraser adalah Allan’s Water, sebuah tasik kecik yang merupakan taman untuk aktiviti rekreasi .  Pada asalnya kawasan tadahan ini dibina oleh FH Allan untuk membekalkan air kepada penduduk Inggeris yang pernah tinggal di kawasan ini.
Allan's Water Fraser's HillPelawat juga boleh  mengayuh paddle boat di Allan’s Water dengan sewaan  RM6 untuk 15 minit.

allan's water bukit fraser

Susur tanam yang comel  dengan laluan pejalan kaki yang dihiasi bunga berwarna warni yang menarik.
bunga dan sayuran di bukit fraser
Peminat bunga pasti teruja melihat warna warni yang subur.
buah dan sayur di bukit fraser

Strawberry, beetroot dan kubis hasil dari Taman Flora Bukit Fraser.

aktiviti menjejak burung di bukit fraser
Bukit Fraser bukan saja menarik minat aktiviti  merentas hutan, tetapi ianya lokasi bagi pencinta burung untuk mengintai kehadiran dan menikmati kicauan unggas di sebalik rimbunan kehijauan.  Dengan keluasan 2804 hektar merentas Banjaran Titiwangsa, Bukit Fraser  merekodkan lebih daripada  270 spesies burung tanah tinggi dengan 64 daripadanya spesies imigran yang datang dari Eropah, Siberia, Cina, India juga Finland pada setiap September hingga Mac.

Untuk mengalas perut,  Medan Selera Bukit Fraser adalah lokasi menjamu selera yang dibuka di sini. Masjid, tandas awam, taman permainan kanak-kanak juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Untuk percutian yang menjimatkan, Bukit Fraser memenuhi aktiviti  harian anda dengan harga yang paling minimum, contohnya
  • Jungle Trekking – percuma
  • Memanah – RM 8 untuk 10 anak panah
  • Menunggang kuda – RM 5
  • Bersampan di Allan’s Water – RM 6
Bagi peminat fotografi, Bukit Fraser juga memberi anda pelbagai sudut menarik untuk diabadikan.

||Read More »

Artis Malaysia 2013

Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun 2014 akan menjelma. Seperti biasa, dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kisah-kisah kontroversi, panas dan tak masuk akal sepanjang tahun 2013. Marilah kita sama-sama mengimbau kisah-kisah tersebut (tidak mengikut turutan kejadian).
kisah paling sensasi

1. Terputusnya hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad
Hubungan percintaan yang terbina selama ini akhirnya terlerai jua selepas halangan daripada ND Lala, iaitu bapa kepada Shila Amzah. Menariknya Shila turut sama dilaporkan melarikan diri dan kemudian telah berkongsi sebuah video dirinya menyanyikan lagu “Ombak Rindu” ketika kontroversi ini berlaku. 

2. Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang
fizz fairuz tunang
Memang tak masuk akal tetapi itulah kenyataan. Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk bertunang bukan dengan Almy Nadia, tetapi seorang isteri orang. Dikatakan terkena “buatan orang”, status tunangnya itu hanya diketahui selepas 4 hari pertunangan dilangsungkan. Pelik tapi benar kan?

3. Kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya, Eina Azman turut dapat tempias
Dalam kontroversi Afiq Muiz dan ibunya, teman tapi mesra Afiq iaitu Eina Azman turut mendapat tempiasnya. Apa tidaknya, Eina Azman dalam satu kenyataan menyatakan yang emak Afiq “kurang siuman kot“. Afiq turut enggan meminta maaf sehingga berkata sanggup mati daripada sanggup disumpah ibu kandungnya 
.
4. Ashraf Muslim kahwin satu lagi dengan Wan Sakinah
ashraf
Terkejut seluruh peminat industri tanah air apabila Ashraf Muslim telah berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Perkahwinan tersebut telah dilakukan di Bangkok tanpa izin isteri pertamanya, Dayana. Dikecam teruk oleh para peminatnya, kini Ashraf Muslim sedang bahagia menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikandung oleh Wan Sakinah.

5. Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat
Shah Jaszle yang sudah bertunang dengan Redzwani Puteri telah mengejutkan semua pihak apabila ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang bernama Farah. Akibat penangkapan itu, pertunangan diputuskan. Ketika perbicaraan, Farah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, sementara Shah Jaszle minta dibicarakan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

6. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel “kantoi”  berkahwin dan ada anak
aeril wawa 
Ini ialah kisah yang paling kelakar bagi Abang Nara untuk tahun 2013. Beria-ia kata diri difitnah, ada cubaan dijatuhkan dan itu semua tipu, akhirnya Aeril dan Wawa tidak dapat berselindung lagi dengan bukti perkahwinan dan kelahiran anak mereka. Punca merahsiakan perkahwinan mereka ialah kononnya takut dengan tindakan oleh MIG, iaitu pihak pengurusan Wawa.

7. Johan As’ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu
Setelah dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan Shila Amzah, tup-tup Johan As’ari tampil membuat pengakuan bahawa telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan isterinya selepas 3 hari bertemu. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai sebulan “bercinta”, Johan As’ari mengakui telah memutuskan hubungan dengan Lana Nordin. Cinta “touch n go” barangkali?

8. Skandal Adi Putra dan Nooraida
Imej baik pelakon Adi Putra tercalar apabila satu laporan polis menyatakan dirinya bertukar-tukar gambar tidak senonoh dengan isteri orang yang bernama Nooraida. Kes ini kemudiannya diklasifikasikan sebagai “no further action”. Namun suami Nooraida berkeras mahu meneruskan perbicaraan kes ini. Tidak lama kemudian, Nooraida diceraikan suaminya dengan talak satu.

9. Video isteri Mat Yo dan pak guard
isteri mat yo 
Walaupun tidak termasuk di dalam golongan artis, tak lengkap rasanya jika tahun 2013 tidak disenaraikan gelagat isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard. Walaupun telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak pihak yang mengecam dan kecewa dengan tindakan isterinya yang jelas tidak menghormati orang tua.

10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai
Setelah turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Rita Rudaini sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Aidil Zafuan menerusi SMS. Kini Aidil khabarnya dalam perancangan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Zareema Zainal. Sementara itu Rita pula sedang sibuk memperjuangkan hak nafkah anak-anaknya di mahkamah.

Begitulah kisah-kisah, kontroversi dan suka duka yang melanda dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apakah kisah kegemaran anda? Apakah yang paling membuatkan anda terkejut?

sumber: http://beautifulnara.com/

||Read More »

loading...