. Archive Untuk September 2016

Aurat

Image result for aurat

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.

Antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat ketika sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat ketika bersendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami (Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.)
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab:"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi:" Ya rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
5.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
6. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

Di antara tujuan menutup aurat itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Untuk meyenangkan pemikiran anda semua, usah dipeningkan kepala memikirkan apa yang boleh dan tidak boleh dipakai tetapi, tetapkan dalam fikirkan anda begini.

Adakah pakaian anda sesuai digunakan ketika anda menunaikan sembahyang/solat (kecuali sekiranya pakaian anda itu kotor terkena najis dan sebagainya), maka anda telap menutup aurat sebagaimana yang digariskan syarak. Sekiranya pakaian anda yang anda pakai itu tidak sesuai untuk digunakan ketika anda menunaikan sembahyang/solat maka aurat anda belum lagi ditutup sepenuhnya. 
Memang dewasa ini, kita sering dimomokkan dengan konglomerat-konglomerat dunia fesyen konon-kononya fesyen muslimah sedangkan mereka ini hanya memikirkan keuntungan. Kenapa saya berkata demikian. Ya mana mungkin ada pakaian renang muslimah yang menutup aurat yang ada cuma pakaian renang yang membalut tubuh sahaja. Usah kita terpedaya dengan ungkapan-ungkapa seumpana ini.

Antara kesilapan-kesilapan berpakaian yang sering ditemui dalam kehidupan seharian kita.


Image result for aurat

||Read More »

Perginya Tak kembali... Inilah Kali yang Terakhir

Dulu dia yang dukung kita...
Dia yang bawa kita dalam perut dia..
Tak kan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawa mayat mak ke kubur tu,
Ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pergi jauh..

Sampai kat kubur, 
Jangan bagi orag lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dalam liang... Sambut mayat mak..

Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yang letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut... jangan sampai kena gigit nyamuk.. hari ini adalah hari yang terakhir dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. 

Waktu ni kalau kita ada dosa dengan mak,
Dah terlambat nak mintak ampun dah.. 

Biarlah kita yg uruskan mayat mak... Bukan org lain.. 

Cakap dalam hati.. "Mak.. hari ini adalah hari terakhir  aku dapat tengok mak.. 
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini.. Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti, Aku akan jumpa mak kat sini..

Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa untuk mak..
Aku hantar sedekah untuk mak..

Mak jangan risau.. Aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin untuk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dapat dengar..
Balik je dari kubur mak,
Cepat-cepat doa utk mak..

"Ya ALLaH.. Aku redha Kau ambik mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku... Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hamba Mu yg mulia.." 

Pastu, ingat balik semua jasa mak.. Ingat balik apa nasihat mak.. Ingat semua pesan mak.. Mak suruh jaga adik beradik.. Jangan gaduh.. Kesian kat mak.. Dia tak senang kat sana, Bila anak-anak dia bermusuh.. Mak cuma boleh menangis je dari jauh.. Kita yang tinggal ni, Jangan lupa kat mak.. Hantar pahala untuk mak kat sana.. Kesian kat mak.. Kalau kita yang mati, mak tak berhenti doakan kita.. Sebab mak sayang anak-anak dia.. Takkan kita anak zalim sgt dgn mak? Takkan kita ingat je tapi takde buat pape? Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita.. Bukan orang lain...

Sesiapa nak share, silakan share.. Meleleh2 air mata...

||Read More »

Khasiat Pokok Mulberry


KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini.

Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

||Read More »

Kucari Merdeka

Merdeka dari sudut bahasa (istilah) menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ialah bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Dari sudut pemahaman pula bermaksud, setiap yang kita lakukan adalah demi kepentingan yang akan membawa maksud/keuntungan kepada agama/diri/masyarakat dan negara. Setiap keputusan yang dibuat dan dilaksanakan tidak dipengaruhi oleh individu/kumpulan yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu keputusan. Ini termasuklah kepentingan diri sendiri. Oleh itu kemerdekaan yang sebenar bermaksud, kelakuan/perbuatan/keputusan/tindakan yang diambil/dibuat/dilaksanakan demi kepentingan bersama tanpa mengira status pangkat darjat dan harta yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu.

||Read More »

loading...