Artis Malaysia 2013
Posted on Selasa, 31 Disember 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Diana Amir kahwin hari ini...
PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.
Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.
“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.
Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Ia disusuli dengan persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Posted on Jumaat, 25 Oktober 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir
PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.
Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.
“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.
Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Posted on Isnin, 21 Oktober 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Rita Diumpan Hadiah Mahal
Sejak keputusan Mahkamah Syariah yang mengesahkan penceraian artis cantik ni dengan sorang pemain bolasepak, beliau khabarnya dihujani dengan pelbagai gossip dengan beberapa individu kenamaan.
Biasalah kann.., bila dah bergelar janda muda.., cantik pulak tu.., ramailah jantan hidung belang yang cuba nak cucuk jarum beb..
Khabarnya.., ada beberapa individu termasuklah para VIP yang mula ajak Rita keluar dan telefon artis tu setiap malam untuk memenangi hatinya..
Itu belum kira lagi yang bagi hadiah mahal-mahal yang diimport dari luar negara sebagai umpan untuk keluar jalan-jalan bersama janda cantik tersebut..
Ishh.., beruntung sungguh kan Rita kalau macam tu.. Rasanya belum habis edah lagi dah ramai pulak yang offer untuk jadi pengganti..
Standart lah kannn..., pompuan cantik macam Rita ni mesti ramai yang sudi buat bini.. Kalau Rita nak kat gua pun gua tak tolak beb... Rezeki tuuuu... Kikikikiki....
Posted on Rabu, 2 Oktober 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Lari dari lokasi: Pengarah bagi arahan 'tak senonoh' - Fida
PETALING JAYA: Pelakon Fida Ibrahim akhirnya membuka mulut dengan menempelak produksi drama Kampungku dan Aidiladha sebagai tidak profesional sehingga memaksanya meninggalkan diri dari lokasi.
Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 27, berkata, dia meninggalkan lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas memikirkan banyak faktor dalam produksi termasuklah kecewa dengan lokasi, rombakan skrip dan keselamatan yang tidak terjamin.
"Jujur saya katakan saya tinggalkan lokasi penggambaran pada hari terakhir selepas diminta berbuat demikian oleh pengurus saya kerana merasakan permintaan tambahan pihak produksi terhadap adegan terakhir telefilem itu tidak munasabah. Bayangkanlah dalam adegan terakhir telefilem itu, pelakon diminta masuk ke dalam hutan iaitu sebuah kawasan yang baru diteroka. Ketika sampai di situ, saya mula bimbang akan keselamatan diri seperti faktor dipatuk ular dan sebagainya.Pemilihan lokasi dalam hutan untuk babak yang tidak sepatutnya itu menyebabkan saya nekad berbuat demikian kerana risau akan keselamatan diri saya," jelasnya kepada mStar Online pada Khamis.
mStar Online pada Khamis melaporkan penerbit drama berkenaan iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada Ahad lalu.
Fida (kiri) dan pengarah Shuhaimi Lua (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Kampungku dan Aidiladha di Baling, Kedah.
Hazmimi berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata adalah tidak adil bagi pelakon sepertinya dilayan dengan buruk dan tidak profesional sedangkan dia cuba memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan telefilem itu.
Fida (kiri) dan pengarah Shuhaimi Lua (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Kampungku dan Aidiladha di Baling, Kedah.
"Saya sedar akan perkara itu tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk membetulkan masalah yang saya lihat terutamanya dari segi keselamatan para pelakon yang dipandang ringan terutamanya ketika di lokasi seperti dalam hutan yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kami. Pun begitu, saya tidak pernah membuat kekecohan di set sebaliknya memberitahu apa yang tidak kena kepada pengurus saya bagi memberi ruang untuk dia berbincang dengan pengurus produksi mengenai masalah yang diutarakan," katanya.
Tambah Fida, kebanyakan pelakon telefilem itu turut merungut mengenai pelbagai perubahan skrip dan lokasi pada saat-saat akhir namun tidak berani untuk bersuara. Ia termasuk soal bilik hotel yang tidak selesa diberikan kepadanya selain pindaan terhadap skrip yang berbeza daripada skrip asal.
Sementara itu, Fida berkata, dia telah membuat laporan kepada Biro Aduan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai masalah tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.
"Buat masa ini saya tidak mahu mengulas mengenai tindakan selanjutnya sebaliknya menyerahkan kepada pihak Seniman untuk membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Telefilem Kampungku dan Aidiladha diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.
Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.
Posted on Jumaat, 27 September 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Jovian Mandagie Akui Bercinta dengan Nina
Pereka fesyen terkenal tanahair, Jovian Mandagie memang tidak asing lagi dikalangan selebriti mahupun pengemar fesyen. Jovian kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada penyanyi di Malaysia iaitu Dafi. Jovian tanpa berselindung memuatnaik gambar mesranya dilaman sosial Instagram dan mengaku mencintai Nina Sabrina.
“Alhamdulillah, kami telah berkawan lebih setahun. Hubungan kami bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini. Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Nina mempunyai banyak perancangan perniagaan tetapi kerana ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian, jadi saya membantunya menunjukkan jalan bagaimana untuk menguruskan perniagaan. Saya memberikannya peluang untuk menganjurkan majlis pertunjukan fesyen AviRaya iaitu koleksi fesyen Hari Raya saya tahun lalu dan sejak itu kami kerap bertemu, semakin rapat dan saya telah jatuh hati dengannya,” kata Jovian Mandagie berterus terang.
Tambah pereka fesyen kegemaran Ning Baizura itu lagi, selain daripada berasa sentiasa gembira dan tersenyum bersama Nina terdapat banyak faktor yang menyebabkan dirinya terpesona dengan gadis itu.
“Saya seorang yang workaholic. Tetapi Nina selalu mengingatkan saya supaya sentiasa menghargai perkara lain iaitu jangan terlalusibuk dengan kerja dan sikapnya yang sentiasa positif membuatkan saya tertarik dengannya. Dari sudut lain pula, saya banyak membantu Nina memberi semangat, motivasi dan perangsang untuk dia terus berjaya terutama bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan. Malah apabila bersama dengannya, hati saya gembira dan jiwa muda saya kembali segar. Ini kerana sebelum ini hati sayapernah dilukai dan dari situ saya banyak belajar erti perhubungan sebenar sejakbersama Nina. Kami kerap luangkan masa bersama, membuat kerjadan adakalanya pergi bercuti bersama-sama. Setiap kali dapat bersama, Nina telah berjaya menjadikan saya, diri saya yang sebenar,” katanya yang ditemui di majlis pertunjukan fesyen Orked.
Menurut Jovian lagi, kedua-dua belah keluarga menerima baik perhubungan mereka berdua itu malah dia sudahpun bertemu dengan kedua ibubapa Nina.
Posted on Khamis, 22 Ogos 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Muhammad Noor Farhan Che Bakar
Biodata suami pelakon Abby Abadi - Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas isteri Norman Hakim ini tidak mahu meraih populariti murahan seperti beberapa artis ternama lain dengan memberitahu satu dunia yang dia akan berkahwin.
Lebih menarik, suaminya juga turut tenang dan sporting. Di bawah ini, admin ingin berkongsi biodata suami Abby Abadi yang amat kacak dan kelihatan matang.
Nama Penuh: Muhammad Noor Farhan Che Bakar
Umur: 24 Tahun
Asal: Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Pekerjaan: Pembantu Kedai Butik
Tarikh Berkahwin: 9 Julai 2013
Tarikh Majlis Resepsi: 31 Ogos 2013
Tempat Berkenalan: Sebuah Pasar Raya
Tempoh Berkenalan: 2 Minggu
Posted on Khamis, 25 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Rupanya Abby dah “BERISI”...
Bukan saja kisah perkahwinan Ashraf Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan oleh orang di luar sana.
Ramai yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah ada peminat yang mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Abby dan suaminya itu sebagai jalan mudah yang diambil untuk berkahwin.
Kini, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini tampil memberi penjelasan berkenaan isu beliau berkahwin di Thailand.
“Ya, saya akui bernikah di Thailand. Rasanya tiada sebarang masalah dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.”
“Bernikah di luar negara tidak menjadi masalah pun kerana saya mendahulukan Allah SWT. Itu bermakna saya sudah lepas dengan Allah SWT dan sekarang dengan manusia pula saya perlu terangkan.”
“Sudah tertulis bergitu, apa yang penting Allah SWT di dahulukan. Malah saya juga dapat mengelak dari dosa,” ujar Abby.
Untuk maluman pembaca, majlis persandingan mereka berdua akan di adakan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki.
Posted on Selasa, 23 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Zalif: Fida Tetap Sama.
Tenang saja dia menjawab panggilan ketika dihubungi semalam, seakan menyedari soalan bakal diajukan. Apa lagi jika bukan mengenai hubungannya yang terputus dengan penyanyi dan pelakon, Rafida Ibrahim atau Fida, gara-gara kemunculan pihak ketiga, seperti yang disiarkan di muka depan HIP, semalam.
Kata Zalif Sidek, biarpun antara dirinya dengan Fida bukan lagi pasangan bercinta, hubungan mereka masih baik. Bahkan dia mengaku masih rapat dengan wanita yang popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu.
Mengakui berusaha memperbaiki kesilapan masa lalu demi masa depan masing-masing, Zalif juga tanpa segan silu mendedahkan perasaannya terhadap Fida masih seperti dulu. Sebab itu juga mereka masih akrab sehingga kini, malah dia turut meluangkan waktu berbuka bersama Fida di Taman Melawati, baru-baru ini.
“Masalah orang ketiga ini sudah lama berbangkit dan saya pun sudah baik dengan Fida. Saya sudah berjumpa dan berbincang dengannya mengenai hal ini. Kami sudah melupakan apa yang terjadi, apatah lagi ia berlaku dalam pertengahan tahun lalu. Saya dan Fida tidak tahu siapa orang ketiga itu. Mungkin peminat saya ataupun peminat Fida yang tidak mahu melihat kami bersama. Saya pun tak mahu besarkan perkara ini kerana industri kita kecil saja. Saya tak mahu bergaduh dengan mana-mana pihak. Saya cuba menelefon nombor terbabit, tetapi tidak berjawab. Sekarang saya sudah pun padam nombor itu. Sebelum ini, wartawan sebuah portal ada menyatakan, ada seorang datin meninggalkan komen di artikel tulisannya, seolah-olah tidak menyukai hubungan kami. Mungkin disebabkan sebelum ini ada kontroversi melanda Fida, orang tak suka saya berhubungan dengannya. Mungkin juga ia disebabkan saya orang baru dalam dunia seni ini dan orang luar pula menggemari pasangan sama cantik,” katanya.
Anggap kontroversi pengajaran berguna
Bagaimanapun, Zalif melihat apa yang berlaku dari sudut positif.
“Saya anggap kontroversi ini sebagai cabaran dan pengajaran buat saya. Kita kena berhati-hati sebab kalau orang tak suka kita, dia boleh buat apa saja. Tapi tak mengapa, saya dan Fida masih rapat seperti sebelum ini dan saya pun sedang perbetulkan apa yang pernah saya buat salah. Jika sudah jodoh saya bersama Fida, orang luar tidak boleh kata apa. Malah, andainya saya mengambil keputusan berkahwin dengan dia pun, orang ramai kena terima,” katanya yang akan muncul bersama telefilem, Besan-Besanku Gangster, pada Aidilfitri ini, selain drama bersiri Alam Maya selepas Syawal.
Zalif turut bersyukur kerana majikannya di Metrowealth Pictures, David Teo, memahami situasi dialami dan memberi sokongan untuknya menyelesaikan masalah berkenaan. Zalif juga ada mendapatkan nasihat daripada pelakon senior dan mereka turut memberikan komen positif.
Meskipun tidak lagi bercinta, Zalif yang akan menemui peminat dengan filem Bencinta pada 26 September, berterima kasih kerana Fida dan keluarganya turut memahami apa yang dilalui.
Posted on |Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Fida beralah
Tak tahan diganggu SMS orang ketiga dorong penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang putuskan hubungan dengan Zalif
Menyelami hati Rafida Ibrahim, rupanya penyanyi dan pelakon ini sering ditimpa malang dalam berkasih. Baru hendak memulakan hubungan baru selepas kisah cintanya dengan Mamat Sepah berakhir, bibit perkenalan dengan Zalif Sidek juga menemui noktah gara-gara orang ketiga.
Ketika saling mengenali hati budi, apakan daya muncul individu yang mengaku teman wanita kepada pelakon berusia 28 tahun itu. Tambah memburukkan keadaan, dakwa Rafida, wanita terbabit sering mengugutnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tidak tahan dengan tohmahan dan desakan wanita terbabit yang sering mengugutnya meninggalkan Zalif, Rafida yang mesra disapa dengan panggilan Fida, mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.
“Saya mengambil keputusan mengundur diri kerana tidak tahan dengan SMS yang dihantar. Kami tidak putus, sebaliknya menyepi begitu saja. Saya akui Zalif memang baik. Cuma orang ketiga yang membuatkan saya nekad untuk tinggalkan dia. Perhubungan kami sekejap saja dan dia boleh terima saya sebagai kawan, jadi saya tidak ada masalah untuk menerimanya sebagai kawan,” luah artis ini.
Hubungan yang terputus akhir tahun lalu itu tidak akan bersambung semula. Fida mahu menumpukan perhatian kepada karier seninya daripada memfokuskan soal cinta.
Pilih hati berbanding rupa
Serik untuk bercinta lagi, bagi Fida, kehidupannya sekarang lebih kepada diri sendiri dan kerjaya.
Bukan menolak takdir, tetapi jika sudah dipertemukan jodoh, Fida lebih selesa memikirkan soal berumah tangga daripada bercinta.
“Mungkin wanita itu fanatik dengan Zalif sehingga sanggup SMS saya dengan kata-kata yang kurang enak dibaca. Selain itu, ramai yang bertanya, kenapa pilihan hati saya agak berbeza daripada orang lain? Ini bukan soal rupa paras atau saiz tubuh, sebaliknya lebih kepada soal hati. Pilih yang tidak ada paras rupa menarik juga boleh putus di tengah jalan, apatah lagi yang kacak dan bergaya. Bagi saya, kalau itu sudah jodoh, saya terima,” katanya yang ditemui di majlis tayangan program raya dan berbuka puasa Astro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tak mungkin kembali berkasih dengan Mamat
Biarpun hubungannya dengan Mamat sudah lama berakhir, mereka kembali berkawan selepas muncul bersama dalam program Apa Saja FBI.
Kembali berhubung dan keluar bersama - namun bukan kerana ingin menjalin semula percintaan yang lama terlerai, Fida yang menginjak usia 27 tahun ini mahukan hubungan baik mereka terus kekal.
“Saya lihat Mamat sekarang lebih matang. Malah, dia sering menghubungi serta SMS saya. Kami juga pernah keluar lepak bersama kawan-kawan lain. Jika hendak dikatakan cinta akan bertaut kembali, ia tidak mungkin berlaku. Sejak berkawan semula, saya lihat dia pun sudah melupakan kisah lalu. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia ingin kembali kepada saya,” katanya yang akan beraya di ibu negara iaitu di Kampung Baru.
Sibuk dengan karier seni terutama nyanyian, Fida akan muncul dengan single terbaru bersama kumpulan Stellar berjudul Wan Lebor selepas single pertama mereka, Apo Kono Eh Jang menambat hati pendengar.
Posted on Isnin, 22 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Penikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah
Isu penikahan kali kedua pelakon Ashraf Muslim masih lagi hangat diperkatakan. Semua individu yang terlibat iaitu Ashraf Muslim, Nor Dayana dan Wan Sakinah masing-masing mengambil langkah berdiam diri.
Namun, kini terbongkar sudah sekeping gambar yang dapat menceritakan segalanya. Gambar penikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didakwa berlangsung di Thailand pada 7 Julai lalu.
Menerusi gambar tersebut, pasangan pengantin kelihatan segak dan anggun dengan busana pengantin yang berwarna coklat malah di jari Wan Sakinah juga terukir inai yang indah. Di dalam gambar itu menunjukkan Ashraf sedang menyarungkan cincin kepada isteri barunya dan ternyata mereka kelihatan cukup bahagia dengan penikahan itu.
Posted on |Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Depan Mata: Panas! Artis kahwin rahsia
Dua kejutan sepanjang minggu ini mengenai dua artis kita. Dua-duanya juga kurang aktif dalam lakonan akhir-akhir ini tapi terus menjadi perhatian kerana kisah peribadi mereka.
Seorang kahwin lagi satu dan seorang lagi berkahwin lagi. Itulah kisah pelakon yang dikenali dengan imej alim, Ashraf Muslim dan Abby Abadi yang kini bertudung. Kedua-duanya kahwin rahsia, dan Abby selepas 12 hari bergelar isteri, akhirnya berkongsi berita itu dengan umum apabila memperkenalkan suaminya melalui laman sosial Instagramnya, kelmarin.
Tahniah Abby kerana dipertemukan jodoh dengan lelaki lebih muda daripadanya. Komen rakan, Abby dapat pucuk muda. Nyata lelaki muda tetap jadi pilihan Abby selepas percintaannya dengan Zul Ariffin putus, dua tahun lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Perkahwinan Abby memang mengejutkan, bak kata Abby dalam laman sosial itu, “kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal dan ALLAH tunjukkan jalan ke sini. Syukur!!” Manakala Ashraf, 32, berkahwin dengan gadis yang digosipkan dengannya sebelum ini, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu tetapi hanya diketahui isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 9 Julai, dua hari selepas pernikahan suaminya, selepas terjumpa dokumen perjalanan suami dan Sakinah dalam beg pakaian.
Berita itu didedahkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Rabu lalu, apabila Ashraf datang untuk menarik balik permohonan berpoligami yang difailkan sebelum ini kerana mengaku sudah bernikah.
Pada hari itu, akhbar Harian Metro melaporkan, Ashraf akan hadir di mahkamah untuk mendengar permohonan poligami, tetapi sebaliknya datang untuk membatalkan permohonannya.
Berita pernikahannya dengan Sakinah juga sekali gus mengesahkan cerita dilaporkan Harian Metro sebelum ini mengatakan Ashraf akan berkahwin lagi, tetapi Ashraf menafikannya dan menegaskan perkahwinannya dengan Dayana bahagia dan mengatakan dirinya difitnah.
Bermula dengan gosip dan penafian tetapi akhirnya kebenaran terungkai juga. Kita merancang, Tuhan menentukan. Kalau sebelum ini Ashraf ingin berahsia, tetapi dapat dihidu media hingga dirinya hilang punca dan terpaksa buat kenyataan menafikannya. Sekali lagi Ashraf membuat perancangan rahsia dengan berkahwin tanpa pengetahuan isterinya di Thailand, tetapi beberapa hari selepas itu diketahui juga isterinya dan akhirnya satu Malaysia tahu cerita Ashraf kahwin lagi satu.
Ramai bersimpati dengan apa yang menimpa Dayana dan kesal dengan apa dilakukan Ashraf, tetapi masyarakat hanya boleh menuding jari dan mengulas cerita ini. Hakikatnya, Ashraf yang selama ini dikenali melalui watak alim dalam drama Ustaz Amirul melakukan tindakan yang sangat mengecewakan bapa mentuanya, Lokman Abdul Hamid, 52.
Nampak dalam hal ini pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah itu sangat terkilan hingga mengatakan dirinya rasa tertipu, berbeza dengan Dayana yang pasrah dan menerima takdir yang menimpa dirinya. Kerana cinta dan kasihnya Dayana, dia tetap setia di sisi Ashraf.
Umum tahu Ashraf dan Dayana berkahwin bukan atas dasar sama-sama cinta tetapi lebih kepada perkahwinan yang diatur keluarga, berbeza dengan perkahwinan kedua adalah pilihan hatinya yang dikenalinya sebelum berkahwin dengan Dayana. Dalam Islam, Ashraf berhak untuk berkahwin sampai empat.
Masyarakat terutamanya wanita bertambah-tambah simpati dengan Dayana apabila Khamis lalu, melalui laman sosial Facebooknya, Dayana berkongsi satu puisi yang dilihat sebagai luahan isi hatinya. Ramai pula berkongsi puisi yang dikatakan nukilan Dayana dan puisi ini dibacakan Siti Rohkhaida Abdul Khalil yang lebih dikenali sebagai Kiah Propa ketika berbual-bual bersama di majlis buka puasa anjuran Metrowealth Pictures (MIG), Khamis lalu. Dengan penuh perasaan, Kiah membacakan puisi itu dan mengatakan sangat bersimpati dengan Dayana dan kecewa dengan tindakan Ashraf. Kita hanya mampu bersimpati tetapi Dayana yang melalui semua ini. Sehari selepas itu, ada wanita mendakwa puisi itu bukan ditulis oleh Dayana, sebaliknya hasil tulisannya yang dikongsi bersama melalui laman sosial Facebooknya.
Katanya, dia tampil membuat pendedahan itu kerana tidak mahu masyarakat salah faham dengan menganggap Dayana sengaja menghasilkan puisi itu untuk suaminya. Bagi yang belum membaca puisi itu, saya kongsikan di sini untuk pembaca nilaikan kerana bait-bait kata-kata di dalamnya jelas menceritakan apa yang berlaku antara Dayana, Ashraf dan Sakinah.
Posted on |Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Abby Abadi kahwin?
Abby Abadi kahwin? Betul dan realiti. Tahniah kepada Abby Abadi dan suaminya, Farhan.
Gambar diatas merupakan gambar suami Abby Abadi.
Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur,” kongsi Abby di akaun Instagramnya.
Posted on Jumaat, 19 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Aqasha: “…ada juga yang bising. Inilah hakikat…”
Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.
Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :
Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je. Hehehe.
Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu rumahtangga jika anda belum berkahwin.
Aqasha sewaktu bernikah dengan isteri tercinta, Noor Baizura
Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang positif.
Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati pihak tertentu.
Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober 2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Posted on |Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Lisa Surihani Berjaya Ubah Gaya Hidup Yusry
PELAKON Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan masa suaminya iaitu pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Lisa, 27, berkata, dia berjaya mengubah cara hidup suaminya itu agar menjadi lebih baik dan terurus.
“Setakat ini Alhamdulillahlah, kebanyakannya dia mengikut masa dan cara saya. Macam pada bulan puasa, kalau dulu dia tidak bangun sahur kerana dia lebih suka bersahur sebelum tidur.
“Tapi sekarang dia perlu ikut cara saya dengan tidur awal dan bangun untuk bersahur, kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila bersahur,” katanya ketika ditemui pada sidang media Madagascar 3:Europe’s Most Wanted versi Bahasa Malaysia di sini, Selasa.
Tambah Lisa, dia juga kini menjaga dan menguruskan jadual harian Yusry bagi memudahkannya merancang aktiviti terluang.
“Kalau dulu kami letak jadual masing-masing pada papan tulis di rumah, tapi bila di luar masing-masing lupa, jadi saya ada aplikasi di telefon yang boleh isi jadual dia dan saya sekali. Sejak itu saya terus uruskan jadual kerja dia,” katanya.
Bukan itu sahaja, tambah Lisa, suaminya juga sudah boleh menerima makanan pedas.
“Kalau dulu dia memang tidak boleh makan makanan yang pedas tapi sekarang dia sudah boleh terima. Dia paling suka kalau saya masak ayam pedas,” katanya.
Bercerita pengalaman berpuasa sebelum ini Lisa berkata, dia pernah mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan cili.
“Dua tahun lepas saya mengalami sakit perut yang teruk kerana saya makan cili setiap kali berbuka puasa. Saya suka makan cili dengan menggigit sedikit-sedikit cili tersebut sehingga habis tapi selepas sakit perut saya berhenti daripada makan cili seperti itu.
“Namun tabiat makan makanan pedas memang tidak boleh dielakkan. Kalau tidak saya tidak akan berselera,” katanya. – mStar
Posted on Khamis, 18 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Sakinah Tak Boleh Beri Sebarang Komen
Selepas terbongkar mengenai perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim dengan seorang bekas kru televisyen swasta, Wan Sakinah, banyak pihak mula mencemuh tindakan Ashraf yang mengamalkan poligami tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman terlebih dahulu.
Posted on |Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Dayang Nurfaizah Tolak Jodoh Pilihan Keluarga
PENYANYI bersuara gemeresik, Dayang Nurfaizah mengakui pertama kali dilatih menjalani ibadah puasa adalah pada usia tujuh tahun.
Begitupun, dedah penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu, dia yang berpuasa ketika itu tidak berjaya menahan diri lalu membuka puasa dengan secawan air sejuk. Akibatnya, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dipukul oleh ibunya.
"Mak memang sangat tegas. Umur tujuh tahun lagi dia sudah suruh Dayang puasa. Tetapi belum sempat waktu berbuka Dayang tidak tahan lalu meminta nenek air untuk minum. Bila mak dapat tahu dia sangat marah dan mencubit Dayang dengan kuat," ungkapnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Prince, Kuala Lumpur.
Kesan daripada amarah dan cubitan ibunya, sejak daripada itu Dayang tidak pernah ponteng puasa kecuali jika dia datang bulan. Mengimbau kenangan berpuasa ketika kecil, ujar Dayang, dia selalu mengikut ibunya bertadarus dan solat tawarih.
"Dayang selalu ikut mak tadarus dan tawarih. Ketika tadarus, Dayang sekadar ikut dan dengar sahaja tetapi satu hari Dayang sertai sama tanpa pengetahuan mak. Dia terkejut tetapi gembira," ujarnya.
Gosok baju
Berkongsi aktiviti puasanya pada tahun ini pula, tutur Dayang, dia mendapat banyak tawaran menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Dalam masa yang sama, jelas Dayang, dia juga sedang mencari lagu baharu untuk dijadikan single terbaharu selepas hit dengan lagu Bisikan Rinduku.
"Lagu Bisikan Rindu itu dibuat khas untuk lagu runut bunyi drama Dahlia. Kalau boleh Dayang mahu sebuah single untuk Dayang sendiri," ungkapnya yang gembira kerana sambutan puasanya lebih teratur selepas keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Ditebak apakah makanan yang disukai semasa berbuka puasa, ulas Dayang, dia sangat merindui ikan terubuk bakar Sarawak.
Bagaimanapun, katanya, menu tersebut tidak ada di Kuala Lumpur.
Terlanjur bersembang tentang puasa, Dayang turut bercerita tentang sambutan Aidilfitrinya.
Ceritanya, setiap tahun, dia akan pastikan anak-anak buahnya memperoleh baju raya baharu. "Setiap kali nak raya, Dayang sibuk beli baju untuk anak-anak buah dan juga tempah kek lapis. Baju raya Dayang sekadar dua pasang sudah memadai," ujarnya.
DAYANG NURFAIZAH meraikan seramai 53 orang anak yatim daripada Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia dengan kerjasama Hotel Prince Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Posted on Rabu, 17 Julai 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
'Saya memang gila-gila' - Sakinah
Gayanya di hadapan lensa kamera persis seorang model profesional. Namun, apabila dia berceloteh, gelak tawa pasti menyambut, terserlah jelas perangai gila-gilanya.
Sakinah faham 'isi' pertemuan kami pada petang Isnin lalu. Ia tentu berkisar tentang klip video Keek yang dimuat naiknya sejak beberapa bulan lalu.
Perkara pertama yang diberitahu wanita ini, dia mengaku dirinya tidak popular menyebabkan dia memuat naik video ke laman sosial itu dengan sangkaan tiada siapa yang akan peduli.
Bagaimanapun, jangkaannya meleset. Klip video pertama yang ada menyebut tentang warna pakaian dalam yang dipakainya dikritik ramai. Video seterusnya yang dimuat naik juga mendapat reaksi yang sama.
Ada yang menganggap Sakinah tidak peka kerana video itu dikatakan berunsur lucah tetapi ada juga yang menyukainya kerana menganggapnya sebagai lawak dan hiburan semata-mata.
"Bagi saya, memuat naik video yang gila-gila ke dalam Keek merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Itulah diri saya. Tetapi reaksi yang luar biasa daripada orang ramai membuatkan saya terkejut.
SAKINAH tidak kisah dengan pandangan khalayak terhadap dirinya. Dia hanya ingin menjadi dirinya sendiri.
Walaupun dikritik kurang bijak dan tidak sopan, Sakinah terus memuat naik video sebegitu dengan niat untuk menghiburkan orang yang menontonnya.
"Dalam drama Mimpi Sampai Ke Bintang, saya bawa watak seorang wanita yang kurang cerdik, jadi saya tidak kisah kalau orang nak kata saya bodoh atau gila. Memang saya seorang yang gila-gila dan nakal, sebab itu saya suka kacau orang serta menghiburkan orang di sekeliling. Selagi video itu menghiburkan dan tidak melampaui batas, saya akan terus melakukannya," jawabnya.
Diakui, sejak kontroversi video Sakinah di laman Keek, tiba-tiba sahaja namanya menjadi popular. Malah setiap video yang dimuat naik olehnya pasti ditonton ramai orang.
Namun, lain pula pendapat Sakinah yang mengatakan kehidupan dan kerjayanya sama sahaja seperti dahulu.
"Popular ke saya? Saya rasa sama saja, tidak ada perubahan. Mungkin saya popular di laman sosial kerana berjaya menarik perhatian tetapi kerjaya saya masih seperti dulu.
SELAIN berlakon, Sakinah bercadang untuk mencuba bidang pengacaraan.
Dua orang kakaknya yang juga selebriti, Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahira selalu menasihatinya supaya mengawal tindak-tanduknya, tetapi mereka tidak pernah memarahinya hanya disebabkan memuat naik video yang dikritik ramai itu.
"Dua orang kakak saya sangat faham dengan perangai saya. Kak Shira tidak marah, tetapi minta saya supaya mendiamkan diri buat seketika sehingga kontroversi itu reda. Dia tidak pernah menghalang saya daripada memuat naik video yang seterusnya. Pesannya jangan kerap sangat memuat naik video yang terlalu gila-gila sebab nanti orang menyampah," tuturnya.
Posted on Jumaat, 21 Jun 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
Nelydia Senrose Nafi Berbikini di Tioman
Posted on Selasa, 18 Jun 2013|Filed under Gossip,Selebriti,Tempatan|Read More »
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi ora...
-
ahukah anda sesetengah makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran juga ikan mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan kesan penuaan y...
-
Alhamdulillah. Saya baru kemas kemas buku buku lama dan telah menemui semula kitab yang menukilkan ijma' Ulama' Makkah tentan...
-
Biodata suami pelakon Abby Abadi - Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas i...
-
Biodata suami pelakon Abby Abadi - Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas i...
-
Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi sebelum Belanjawan 2016 dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober 2015. Apakah yang anda harapank...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pent...
-
Healthy Nutrition Anti Aging 1 Collagen Powder 2 Vivix® Essential Nutrition 3 Alfalf...
-
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa pe...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
" 186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khi...
-
186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat...
-
i&i popcorn pembekal homemade popcorn Assalamualaikum dan Selam Sejahtera... Kami di I&I Popcorn.. merupakan pembeka...
Sepanjang Minggu
Sepanjang Bulan
Sepanjang Masa
Teman


















