Pelumba Basikal Muda Terengganu Terbunuh Ketika Latihan
Gambar Kecil: Mohd Shafiq Imran Syahril (15)
KUALA TERENGGANU: Pelumba pelapis negeri terbunuh ketika menjalani latihan apabila basikal yang ditunggang beliau bertembung dengan lori di hadapannya, pagi Rabu. Mohd Shafiq Imran Syahril, 15, sedang menjani latihan dengan kira-kira 40 penunggang basikal muda lain sebelum kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh. Salah seorang daripada penunggang basikal telah terlanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka yang lain terpaksa memasuki lorong bertentangan arah yang mempunyai lori.Mohd Shafiq Imran telah diheret oleh lori dalam jarak beberapa meter dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Dua penunggang basikal lain yang berumur 14 dan 19 mengalami kecederaan ringan manakala selebihnya tidak cedera.
Posted on Rabu, 5 Jun 2013|Filed under Keselamatan,Personaliti,Sukan|Read More »
Final Piala FA di Bukit Jalil
Pemain Johor DT meraikan kejayaan ke final Piala FA selepas menewaskan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.
Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.
Tiket diberi sama rata
Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket. Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda.
Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya.
Posted on Isnin, 3 Jun 2013|Filed under Sukan|Read More »
BAM: Tukar Pemimpin
“Saya hormat keputusan BAM nak pilih sesiapa saja yang sesuai untuk jadi pegawai, tetapi saya harap mereka juga akan dengar pandangan KBS yang mewakili suara rakyat bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena pada pengurusan pada waktu dan ketika ini.
“Oleh kerana akan ada pemilihan baru tak lama lagi, saya harap kita boleh bincang dengan kepimpinan baru supaya dapat susun semula BAM,” katanya.
Sementara itu, Jailani menyoal sistem diguna pakai BAM kerana dengan dana penajaan diperoleh badan induk itu mereka masih gagal melahirkan pemain bertaraf dunia.
“Dengan penajaan yang diterima ini saja ke pemain yang kita ada? Sampai bila kita mahu harapkan Lee Chong Wei sedangkan pemain lain tidak ke mana. Saya tidak terkejut jika sudah tidak ada orang mahu menyaksikan perlawanan badminton lagi selepas Chong Wei bersara kerana peminat pasti sudah jemu apabila pemain negara sering tewas.
“Situasi ini jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem BAM itu sendiri kerana mereka terus gagal melahirkan pemain bertaraf dunia. BAM hanya tahu bida hak tuan rumah, tetapi tidak tahu mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi saingan Piala Sudirman, seolah-olah tidak ada kerja rumah yang dilakukan selepas bidaan dibuat,” kata Jailani.
Posted on Khamis, 23 Mei 2013|Filed under Politik,Sukan|Read More »
Kuasa Vettel
Vettel menunjukkan genggamannya tanda gembira selepas menjuarai GP Malaysia di Sepang, semalam. Gambar kiri dia bersama Webber dan Hamilton di atas podium.
Juara dunia tunjuk belang; Hamilton raih tempat ketiga di Sepang
Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir semalam terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun mengundang rasa benci rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.
Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.
Drama awal bermula apabila Fernando Alonso - juara Formula Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku pelanggaran bersama Vettel.
GP Malaysia yang berakhir, semalam juga mencatat kehadiran penonton tertinggi di Sepang dengan 123,400 penonton - peningkatan 3,400 mengatasi rekod tahun lalu 120,000 dan 105,000 pada 2011.
Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu adalah Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kehadiran beberapa selebriti ternama antaranya model terkenal, Kimora Lee, bintang drama Housewife, Teri Hatcher, Josh Harnet (Pearl Houbour) dam penyanyi jazz terkemuka negara, Datuk Shiela Majid di Pit Walk turut mendapat perhatian lensa kamera tempatan dan antarabangsa.
Posted on Isnin, 25 Mac 2013|Filed under Sukan|Read More »
Chen Long hebat
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus segera membuka mata andai mereka ikhlas memikirkan masa depan sukan itu yang kini bagai meniti zaman kegelapan. Kegagalan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meraih gelaran ketiga, Seluruh England selepas tewas kepada bintang muda China, Chen Long, kelmarin menimbulkan persoalan yang harus dihalusi badan induk, tambahan babak menakutkan ketika ini adalah prestasi dipamerkan pemain Thailand pada edisi kali ini.
Apa dilakukan Thailand, sehingga menyaksikan perseorangan lelaki mereka, Tanongsak Saensomboonsuk melakar kejutan mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Chong Wei manakala perseorangan wanita, Intanon Ratchanok bergelar naib juara Seluruh England selepas kecundang kepada pemain Denmark, Tine Baun.
Rashid akur Chen Long hebat
Berdasarkan prestasi Chen Long, nyata sukar buat Liew Daren atau Chong Wei Feng yang disebut-sebut bakal menggantikan Chong Wei untuk menggugat pemain nombor dua dunia itu ditambah jurang dengan peningkatan dipamerkan dari negara lain termasuk Thailand. Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, berkata, tidak mustahil Chen Long yang kini menghuni ranking nombor dua dunia mampu merampas kedudukan Chong Wei selaku jaguh nombor satu.
Usia Chong Wei memberi kesan terhadap corak permainannya. Proses pemulihan pun sudah menjadi lambat untuk dia kekal cergas selepas satu perlawanan. Bagi saya, jika Chong Wei boleh kekalkan prestasinya untuk sekurang-kurangnya ke final pun sudah cukup bagus. Ini kerana, pemain muda negara lain kini sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi, kata Rashid ketika dihubungi di Birmingham, semalam.
Posted on Selasa, 12 Mac 2013|Filed under Sukan|Read More »
Kritikan Tunku Ismail positif: Annuar
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M), baru-baru ini, tidak berniat jahat.
Annuar menganggap kritikan itu sebagai teguran positif dan membina daripada Tunku Ismail sebagai ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Secara peribadi, tindakan Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan yang kurang memuaskan dalam kancah bola sepak tempatan adalah satu teguran positif.
“FAM tidak perlu sensitif dalam hal ini. Tindakan hanya perlu diambil jika sesuatu teguran itu adalah berniat jahat.
“Saya sendiri mempertahankan tindakan saya mengkritik prestasi skuad kebangsaan dulu. Saya pertahan kerana tindakan saya itu tiada niat jahat, hanya memberi pendapat positif.
Perlu diberi ruang
“Saya fikir saya tidak boleh dikenakan tindakan kerana kritikan saya dulu bukan niat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan saya itu betul.
Ruang suara pendapat
“Sebagai ahli gabungan, kita perlu ada ruang untuk menyatakan pendapat dan hak untuk bersuara dalam FAM. Orang luar pun ada yang memberi pendapat, namun pendapat mereka itu tidak beri apa-apa kesan melainkan pendapat ahli gabungan yang boleh diterjemahkan dan bawa kepada perubahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jersi The Red Warriors (TRW) untuk saingan Piala AFC, di Hotel Holiday Villa, di sini, semalam.
Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Tuan Syed Mahadzir Syed Mansor; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Affendi Hamzah; Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.
Posted on Rabu, 6 Mac 2013|Filed under Sukan|Read More »
'Kami boleh kejar pendahulu'
Kedudukan tidak terlalu jauh, saingan masih terbuka: Hodak
Kota Bharu: Peningkatan permainan dipamerkan skuad Kelantan ketika seri 2-2 menentang Pahang, malam kelmarin memberi harapan betapa The Red Warriors (TRW) kini sudah bangkit menemui rentak yang membawa mereka menjulang tiga piala musim lalu.
Perlawanan di Stadium Darulmakmur itu hampir dimenangi skuad bimbingan Bojan Hodak, tetapi dihampakan pada saat-saat akhir selepas Pahang dihadiahkan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.
Ketua jurulatih TRW itu berkata, dua jaringan Mohd Norfarhan Muhammad dan penyerang import, Keita Mandjou membuktikan jentera serangan skuad kendaliannya sudah berjaya mengatasi ketumpulan penyudah yang menjadi masalah sebelum ini.
“Pemain sudah memberi yang terbaik di sebalik cabaran sengit yang dijelmakan Pahang,” kata Hodak.
Saingan masih terbuka
“Kami masih ada banyak perlawanan dan saya yakin masih ada peluang mengejar pasukan teratas. Bagi saya saingan masih terbuka dan mana-mana pasukan mampu mengejar pendahulu liga,” katanya.
Kelantan yang berada di kedudukan pertengahan carta liga dilihat masih mempunyai peluang untuk mengejar pasukan teratas – Tentera dan Selangor – berikutan saingan kembali terbuka dan jarak mata antara pasukan tidak terlalu jauh.
Dalam perlawanan kelmarin, Mandjou sekali lagi menghadiahkan jaringan bagi TRW sekali gus mengumpul tiga jaringan peribadi termasuk dua gol ketika menewaskan Terengganu di Kota Bharu, 19 Februari lalu.
“Selepas menjaringkan gol, dia (Mandjou) beraksi lebih yakin dan ini memberi semangat kepada pasukan untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan,” katanya.
Posted on Isnin, 25 Februari 2013|Filed under Sukan|Read More »
FAM - Tidak boleh dikritik
Hukuman ke atas Shahidan berkuas kuasa selepas surat rasmi dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hampir tiga jam hari ini.
Ia turut menetapkan Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman.
"Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang menganggap Shahidan menghina FAM kerana enggan memberi maklum balas surat yang dikemukakan badan induk itu, dan disebabkan itu beliau perlu membayar RM1,000 bagi tuduhan pertama.
"Beliau juga didenda RM20,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyalahi Artikel 88.
"Pertuduhan ketiga beliau digantung minimum dua tahun enam bulan beserta RM10,000 atas kesalahan tatatertib Perkara 18.5 dan RM8,000 atas kesalahan bercanggah," kata Ednan pada sidang media Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, hari ini.
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Shahidan bersalah membuat kenyataan yang menyentuh pentadbiran FAM, sekali gus melanggar Artikel Statut 88.
Menurut Ednan, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. Ini bermaksud Shahidan hilang status sebagai Presiden PFA.
"Dan, ia akan berkuat kuasa selepas FAM mengeluarkan surat kepada Shahidan dalam tempoh 14 hari," jelas beliau.
Selagi inilah pendirian FAM, mutu permainan dan pengurusan bola sepak di Malaysia tidak akan kemana, Inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia… tentang prestasi dan mutu permainan bola sepak Malaysia akan terus suram… Tetapi rakyat Malaysia masih terus memarahi jurulatih sekiranya keadaan ini berlaku.. tetapi badan induk sukan bola sepak inilah yang perlu dipertanggungjawabkan.
Posted on Khamis, 21 Februari 2013|Filed under Politik,Sukan|Read More »
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi ora...
-
ahukah anda sesetengah makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran juga ikan mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan kesan penuaan y...
-
Alhamdulillah. Saya baru kemas kemas buku buku lama dan telah menemui semula kitab yang menukilkan ijma' Ulama' Makkah tentan...
-
Biodata suami pelakon Abby Abadi - Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas i...
-
Biodata suami pelakon Abby Abadi - Berita perkahwinan senyap-senyap Abby Abadi cukup membuatkan admin kagum dengannya. Nampaknya, bekas i...
-
Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi sebelum Belanjawan 2016 dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober 2015. Apakah yang anda harapank...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pent...
-
Healthy Nutrition Anti Aging 1 Collagen Powder 2 Vivix® Essential Nutrition 3 Alfalf...
-
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa pe...
-
Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah ta...
-
" 186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khi...
-
186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat...
-
i&i popcorn pembekal homemade popcorn Assalamualaikum dan Selam Sejahtera... Kami di I&I Popcorn.. merupakan pembeka...
Sepanjang Minggu
Sepanjang Bulan
Sepanjang Masa
Teman












