Sambal Kelapa
1 Ikan kembong or tuna, boiled and flaked (just the meat of course)
1 cup shredded coconut (I blend half cup to make it really fine)
2 cili padi or birds eye chilli
1 lemongrass
1 onion
1/2 inch ginger
1 teaspoon ground black pepper
Blitz
the above and Sautee with a bit of oil.. Once the spices is fragrant,
add in shredded coconut and dry fry with the spices. Add in the flaked
fish meat and continue cooking. Salt to taste.
Posted on Khamis, 29 Jun 2017|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Acar
2 biji timun, potong 1 inci panjang dan buang empulurnya. Hiriskan nipis
1/4 biji nenas, dipotong kecil-kecil
1 batang lobak merah, potong 1 inci dan hiris halus seperti batang mancis
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang halus
3 sudu gula pasir
1/2 sudu kecil garam
3-4 sudu cuka makan
Cara:
Campur semua bahan dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan
Nasi Dagang.
Posted on |Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Ingredients:
4 oz seeded chilies (sliced thinly)
1 tablespoon belacan (shrimp paste)
1 – 1 1/2 teaspoons sugar
2 tablespoons kalamansi lime juice/lime juice
Salt (optional or to taste)
Method:
1. Clean chilies with running water, seeded and sliced. Transfer the chilies to a mortar.
2. Heat up a wok or pan on low heat and “toast” the belacan until
aromatic. The texture of the belacan would turn dry and powdery after
toasting.
3. Transfer out and add to the chilies and start pounding with
the pestle until fine. (Some people like their sambal belacan somewhat
coarse so it’s personal preference.)
4. Transfer out to a bowl, add salt and sugar to taste and add lime
juice (or kalamansi lime juice). Blend well. You can keep the sambal in
the refrigerator for up to a few days.
Cook’s Notes:
If you don’t have a mortar and pestle, you can use a mini food processor to grind everything. More tasty using mortar.
If you like extra fiery kick in your sambal, you can add a few bird’s eye chilies
Posted on Rabu, 15 April 2015|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam
Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan
bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing..
then angkat dan ketepikan.
Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam
kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend..
Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan
asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan
sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah
masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis
dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan
bersama nasik panas-panas..
Posted on Isnin, 1 Disember 2014|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi,Tempatan|Read More »

Bahan -
1kg kacang tanah
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( ketuk )
3 senduk gula pasir
1 senduk Gula merah atau gula melaka
1 cawan air asam jawa
1 cawan cili kering atau giling ( blender )
10 ulas bawang kecil ( shallot- blender )
1 inci belacan
100 gm Udang Kering
5 biji bawang merah ( blender )
1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit
1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong
2 sudu besar Kicap pekat Manis
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa.
Cara-caranya
1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).
2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan Serai, lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api.
3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee
4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!!
12
Posted on Khamis, 1 Ogos 2013|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Bahan yang diperlukan
1 cawan Ikan Bilis yang telah digoreng garing
3 sudu besar cili kering yang telah diblander
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar di belah sahaja / separuh ditumis dan separuh masukkan kemudian
2 sudu besar cuka makan
2 hingga 3 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menggoreng dan menumis
1/2 cawan air panas / air sejuk pun tak apa sebagai kuah
garam dan perasa secukup rasa
Cara
Baki minyak menggoreng ikan bilis tadi kita gunakan untuk menumis bahan yang seterusnya
setelah ikan bilis digoreng garing, angkat dan letak ditepi
tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing
masukkan cili blander dan tumis sehingga naik minyak
setelah naik baunya masukkan cuka masak tadi dan kacau sehingga rata
masukkan gula, garam dan serbuk perasa. pastikan kadangkala ikan bilis yang digoreng sudah masin
masukkan baki bawang besar tadi dan biarkan bawang tadi masak seketika
masukkan air panas kedalam sambal dan kacaukan
akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing kedalam sambal
rasa kesedapan yang dikehendaki
biarkan semua bahan sebati dengan api dapur yang perlahan

Sambal Tumis Ikan Bilis Sempoi sudah pun masak
Posted on Isnin, 22 Julai 2013|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Bahan 1/2 kilo sotong
1 biji bawang besar / hiris kiub
8 biji cili padi / hiris halus @ nak pedas tambah lagi
3 biji buah tomato / hiris kiub
2 batang serai / hiris halus
2 pokok ketumbar / hiris kasar
1/2 cawan atau kurang Jus limau nipis
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa kalau suka
Cara
Setelah Sotong dibersihkan, potong dan rebuskan sotong sekejap,
Cara merebus sotong, cuma letakkan sedikit air kedalam periuk
ini adalah air sotong akan keluar ketika kita merebus nanti.
ketika merebus sotong letakkan sedikit garam dan gula supaya sotong nanti ada rasa.
ambil bekas yang besar dan letakkan semua bahan yang telah dihiris tadi.
masukkan sotong yang telah direbus.
masukkan Jus limau, garam, gula dan serbuk perasa
gaulkan semua bahan sebati
rasakan kesedapan.
ada rasa masam dan pedas
yang pasti SEDAP!!!

Posted on |Filed under Ikan & Seafood,Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi,Tempatan|Read More »
menu wajib mak saya ketika bersahur.
Bahan-bahan:
1. Perut Muda/Tebal.
2. Tomato.
3. Bawang Merah.
4. Halia.
5. Belacan.
6. Cili Api.
7. Limau Nipis/ Asam jawa
8. Sedikit garam dan gula.
Cara penyediaan
Perut dibersihkan & direbus sampai empuk (simpan air rebusan perut). Selepas itu dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam mangkuk.
Masukkan Tomato, Bawang Berah dan Halia yang telah dihiris berserta sedikit belacan (seeloknya dibakar terlebih dahulu) & perah limau nipis/ air asam jawa ke dalam air rebusan perut tadi. Tambakhan Garam dan Gula secukup rasa.
Potong cili padi dan masukkan ke dalam campuran tadi. (Jika nak pedas tambahkan cili)
perut muda sedang direbus
perut muda yang telah dipotong
yang ni plak perut tebal yang telah siap dipotong
siap dah perut air asam
Bila nak balik kampung nie.
Posted on Rabu, 17 Julai 2013|Filed under Daging,Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi,Tempatan|Read More »
Tidak lengkap kalau makan ikan bakar tanpa air asam.. Penyediaannya amat mudah dan ringkas..Bahan-bahan:10 biji cili api**
1 inci belacan**
**tumbuk/kisar, jgn terlalu lumat
1 biji bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
1 biji tomato ~ dipotong dadu
2-3 biji cili api ~ dihiris
Air asam jawa secukupnya
1 biji limau kasturi ~ belah 2
Sedikit garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:1. Didalam mangkuk/bekas, satukan bahan yg telah ditumbuk/kisar, bawang besar, tomato, cili hiris dan air asam jawa(air asam jawa letak sedikit2).
2. Rasakan masam, masin dan manisnya. Bila telah cukup rasanya bolehlah diletakkan ke dalam mangkuk dan letaklah potongan limau kasturi utk menambah rasa masam jika perlu.
Posted on Selasa, 16 Julai 2013|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Bahan-bahan: 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara saya menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Posted on Isnin, 15 Julai 2013|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Selalunya solok lada sinonim dengan nasi kerabu.. tapi tak semestinya dimakan dengan nasi kerabu.. Sebenarnya, solok lada ni boleh dimakan bila2 masa je.. dengan nasi putih atau nasi kerabu.. atau dimakan begitu saja... tak kiralah apa jenis lauk sekalipun.. gulai ayam ke.. gulai daging ke.. gulai ikan.. dan sebagainya.. yang pastinya solok lada dikategorikan sebagai makanan pembuka selera.....dan selalu menjadi hidangan dimajlis2 kenduri kendara..
Sebenarnya saya dah post gambar ni kat facebook... jd saya nak share resipi dan cara membuatnya.. Orang lain, mungkin lain caranya.. cara saya, cukup mudah...
Bahan2
20 - 25 biji lada solok, dibelah jangan putus..keluarkan bijinya.. kemudian rendam dalam air kelapa 10 minit dan toskan.. (Kalau takde lada solok macam dalam gambar tu, boleh guna cili merah, cili hijau atau capsikum...)
1/2 cawan pati santan
kacang panjang atau pucuk ubi untuk mengalas periuk
Bahan2 isian
1 mangkuk isi ikan mentah (ikan kembung, selayang, selar, tenggiri... ikut suka lah ye) yg pasti saya guna isi ikan selayang jer..
2 mangkuk kelapa parut, pilih kelapa yang masih hijau kulitnya...
1 sudu kecil garam secukup rasa
3 sudu gula - boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
5 biji bawang merah, sehiris dua halia dan sedikit lada hitam
sesudu kecik air asam jawa
Cara: Mula2 tumbuk bawang, halia dan lada hitam sampai lumat. masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan dengan kelapa dan tumbuk sampai lumat dan bergaul sebati. Kemudian sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lada yang telah siap dibelah. Di dasar periuk, susunkan kacang panjang.. kemudian letakkan lada yang telah siap tadi dan siramkan santan pekat. Tutup periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Kemudian, kecilkan api dan masak sampai kering kuahnya.. Siap untuk disajikan
note : boleh juga digunakan isi ikan rebus atau ikan bakar, tapi kena tambah sebiji telur untuk melekatkannya.. kalau tidak, isi solok akan berderai..
Selamat mencuba.
Posted on Isnin, 3 Jun 2013|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Sesekali ubah citarasa, kali ini buat acar timun campur kismis hitam. Takde kismis hitam, kismis biasa pun boleh.. Kalau ada kobis dan karot, lagi meriah rasanya. Sedap dimakan dengan nasi dan lauk gulai itik Cherryberry..lauk-lauk lain pun boleh.. Sebenarnya resipi ni, resipi orang lama..Tok Ngah saya selalu buat. saya cuma tambah sikit2 jer. Kalau Tok Ngah saya dulu, dia potong timun tebal2, kemudian dikelar nipis2, sebelum digaul dengan bahan2 lain.
Bahan-bahan
2 biji timun, buang empulur dan potong dadu panjang
1 cawan kismis hitam
1/2 biji lada benggala kuning, dihiris
1/2 biji lada benggala merah, dihiris
2cm halia muda, dimayang halus
1 ulas bawang putih, dimayang halus
1 biji bawang besar, dimayang halus
1 biji cili merah, dimayang halus
1 batang serai, dimayang halus
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
3 sudu besar cuka makan
Cara-cara
Campurkan bahan-bahan yang dimayang dengan cuka, gula dan garam. Kacau rata-rata, dan gaulkan dengan timun, kismis dan lada benggala. Sesuaikan rasa dan perap 15 minit sebelum dihidang.
Posted on |Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »
Green Papaya Salad, or Som Tam (sometimes written Som Tum), is a very common dish eaten throughout Thailand. It originates in Laos/Issan, but now the whole country enjoys it. This version does not add fermented crab or fermented fish paste (plaa-raa) which is common in Issan. Feel free to add that if you want! This dish is easily made vegetarian by omitting the dried shrimp, and substituting salt for the fish sauce.
Ingredient: Directions
First prepare the papaya by peeling the dark green skin. Then, hold the papaya in your hand, and smack the fruit lengthwise with a good sized knife. You want to create 1/2″ or so deep cuts into the fruit. Do this over and over until you’ve created a good amount of cuts. Watch your fingers! Then, cut the papaya lengthwise to produce long strips. You can also buy tools which can create long shreds, or even use a cheese grater (the big holes). Thai people use the knife method though!
In a ceramic mortar & pestle, add the whole garlic cloves and chilies. Pound with the pestle a few times to mash, then add the long beans. Pound a few more times, and add a pinch of papaya. This helps mix the garlic & chilies. Pound some more.
Add the palm sugar, fish sauce or salt and pound more. Make sure everything is well mixed.
Add the tomato, chopped into large pieces. Pound more, but not as hard. Add the lime juice, dried shrimp and the rest of the papaya. Pound about 10-15 times while mixing with a spoon. You want to evenly coat the papaya with the juices while pounding the flavor into the papaya, but don’t pound so hard that the papaya disintegrates. Add the peanuts, mix and serve.
Note: Don't pound the papaya too hard. You want to gently bruise the fruit, not smash it into bits or make it soggy. The papaya should be crunchy. You need to use a special ceramic mortar & pestle for making this dish. Using the stone variety will over-pound your papaya.
Posted on Rabu, 1 Ogos 2012|Filed under Kerabu-Ulam/ Sos & Sambal,Resepi|Read More »