Alaa nak buatnya pun bukan susah sangat. Jom kita kongsi resepi manalah tau ada yang baik hati lepas buat nak post sikit kat saya. Kecik tapak tangan, tapak dinosour saya tadahkan. TROLOLOLOL ;
CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang nak guna kaler kuning ke hijau ke)
Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)
Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
Senang kan? Cubalah buat lepastu post sikit kat saya teww teww teww. OkBai!
Sekian.
Posted on Isnin, 5 Ogos 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »
Rupa-rupanya selain durian, buah mangga, pisang, strawberry dan cempedak pun boleh di'crepe'kan jugak. Woww very fantastic and bombastic! Tak percaya?
Ini dia mango crepe. Kalau nak buat pastikan mangga tu berkualiti tinggi dan manis. Kalau masam baik buat cicah dengan kicap lah ye. Sesuai jugak untuk sesiapa yang tak suka sangat makan durian. Yang allergic dengan bau durian. Eleh ;p
Siapa yang rasa rasa dah boring asyik makan durian crepe je bolehlah bertukar ke mango crepe pulak. Anda boleh makan durian crepe sampai lebam takkan bosan if :
(i) you love durian
(ii) you like everything about durian
Percayalah yang rasanya sangat sedap membuatkan saya makan sampai tutup-tutup mata. Lagi sedap dari durian crepe kott? Ahak! Arghh tak kisah apepun janji halal aii tolak batu dan kayu je uolls ;p
Nak buat pun tak susah, ala-ala macam durian crepe je.
Bahan bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar minyak atau butter cair
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka nak kaler apa)
Filling:
Whipping cream secukupnya dan buah mangga yang masak ranum.
Cara cara:
MAsukkan semua bahan crepe dalam blender, blend sampai rata, tapis dan perap 30 minit.
Panaskan pan leper kalau boleh gunalah non stick pan lagi senang dan sapukan sedikit minyak, masakkan crepe la macam buat dadar gulung. Bila dah sejuk masukkan whipping cream yang dipukul kental, letak buat mangga dan cream lagi, lipat dan masuk dalam fridge semalaman.
Makan masa sejuk-sejuk.
Posted on Jumaat, 2 Ogos 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »

resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)
Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
Posted on Khamis, 25 Julai 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »
Bahan-bahan
-
1/4 biji labu ( saiz sederhana) - potong kiub
-
2 cawan santan
-
1 cawan air
-
1/2 cawan biji sagu - basuh dan toskan
-
sehelai daun pandan - disimpul
-
1/2 sudu kecil garam
-
1/2 ketul gula melaka
-
1/2 cawan gula - dihancurkan
Cara Menyediakan Pengat Labu:
-
Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk beserta daun pandan, air, garam dan gula.
-
Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan dan kacau sebati.
-
Kemudian,setelah labu separuh masak, masukkan biji sagu, masak sehingga labu empuk dan biji sagu menjadi jernih.
-
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!!
Posted on Rabu, 10 Julai 2013|Filed under Dessert,Resepi,Tempatan|Read More »
Bahan:
1-1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
2- 1 tin susu cair
3- 1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair
4- 1 tin buah laici
5- 4 sudu penuh tepung castard
6- 7 sudu gula
7- serbuk jelly strawberry 1 paket (xperlu gula sbb serbuk ni dh dicampur gula)
8- air 400ml-sukatan pada paket jelly (utk masak dgn jelly) sy guna air laici dlm tin + air kosong
Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...
2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard, masak atas api sederhana sambil dikacau2 sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.
3- taburkan 1 tin besar buah laici yg dicarik2l (nak tambah nata de coca pun boleh)
4. masak 1 paket jelly (sy guna perisa laici)bersama 400ml air laici +air kosong(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna merah.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 laici tadi..sejukkan beberapa jam....mudah n ringkas..
*kalau nak ganti jelly dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula.
Oleh:Naimah Md Ludin
Posted on Isnin, 8 Julai 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »
Bahan-bahan1 tin susu cair
4 sudu teh susu pekat
1 biji telur
Setengah sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovallet (tengok kat google kalau tak tahu)
5 sudu serbuk milo/5 sudu coklat masakan yang dicairkan
2 sudu teh perisa vanilla.Cara-cara1. Satukan susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovallete. Pukul kesemua bahan hingga pekat dan berwarna putih susu seperti krim. Pukul lebih kurang 25 minit dengan menggunakan mesin mixer.2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu bahagian campurkan dengan 5 sudu serbuk milo/coklat masakan yang dicairkan. Gaul sebati. Satu lagi adunan masukkan perasa vanilla. Gaul sebati.3. Masukkan adunan ke dalam bekas dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Siap ! P/S : Boleh juga menggunakan perasa lain mengikut citarasa. Selamat Mencuba
Posted on Jumaat, 10 Mei 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »
BAHAN
1300 ml susu cair
2 bungkus agar agar warna coklat
1 bungkus nutrijel coklat
5 sdm gula pasir (sesuai selera)
1 sdm coklat bubuk
100 gr dark cooking chocholate,cincang
BAHAN UNTUK VLA:
400 ml susu cair
2 sdm gula pasir
2 sdm maizena(larutkan dengan sedikit air)
CARA MEMBUAT :
-
Campur adonan menjadi satu dalam panci besar masak dengan api kecil adukl aduk sampai tercampur rata sambil terus di aduk-aduk dengan whisk agar semuanya larut dan tercampur rata lalu masak sampai mendidih setelah mendidih matikan api.
-
Tuangkan adonan puding yang sudah masak kedalam cetakan yang sudah di basahi air.Dinginkan hingga mengeras lalu potong-potong.
-
Untuk sausnya : Masak susu dan gula hingga mendidih lalu tuangkan larutan maizena , aduk cepat sampai mengental lalu matikan api dan dinginkan sambil terus diaduk pelan.
-
Sajikan puding coklat ini dengan Vla atau saus susunya.

Bagaima menurut anda mudah bukan cara membuat puding coklat..??
Posted on Isnin, 29 April 2013|Filed under Dessert,Resepi|Read More »