. Puding Karamel - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Puding Karamel

at Khamis, 25 Julai 2013[10:09 PG]

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.

Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:

Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

pop culture jeopardy a new era for trivia enthusia...

umno join bersatu mp says more appropriate that mc...

election victory parades kick off across singapore

strategi trading saat non farm payroll untuk trade...

dampak kebijakan tarif dagang donald trump terhada...

tanda tanda cyst ovari yang perlu diketahui kenali...

siri 1 2025

medx back machine a game changer for strengthening...

lomba trading pontianak 2025 buktikan skillmu di a...

eyka farhana biodata kerjaya perkahwinan

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...