. PM: “Ada Masa Lagi” Bonus kepada penjawat awam. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

PM: “Ada Masa Lagi” Bonus kepada penjawat awam.

at Khamis, 18 Julai 2013[10:18 PG]

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mempertimbangkan permintaan kakitangan awam untuk diberikan bonus menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Nantilah... kita sedang lihat perkara ini,” kata Perdana Menteri ketika mengulas permintaan CUEPACS itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ke-10 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian empat projek kelolaan NCIA.

Sejurus sebelum meninggalkan bilik sidang media, Najib secara ringkas menjawab: “Ada masa lagi.”

Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan belum berbincang mengenai bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Aidilfitri.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sudah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja yang boleh dianggap sebagai bonus.

Ucap terima kasih

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi untuk mempertimbangkan permintaan itu bagi meringankan beban penjawat awam, terutama untuk menyambut Aidilfitri.

“Kita menaruh harapan dan positif dengan maklum balas Perdana Menteri. Saya berani menyuarakan perkara ini berdasarkan sokongan padu penjawat awam kepada kerajaan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

how does private equity actually work

boost your seo with ahrefs dr links 50 off today

pondok abuya

tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalang...

50 member relief team to myanmar to remain for up ...

muslims in malaysia to celebrate hari raya on marc...

amalan sunnah hari raya aidilfitri

hiburan netizen berang lihat lelaki kasari wanita ...

5 pulau terbaik untuk percutian keluarga di malays...

tan sri syed danial syed ahmad penyimpan mohor bes...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...