Bagaimana Rasanya Menjadi Blogger Kaya
Salam satu blogger. Bolehkah kita menjadi kaya hanya dengan berblogging. Dan pastinya semua blogger mengidamkan impian ini. Sambil meneruskan hobi yang kita suka dan pada masa yang sama kita memperolehi pendapatan lumayan.
Pertama kau mestilah blogger popular dan terkenalkan. Apa yang kau dapat semasa jadi blogger popular dan kaya...?
Sponsor Advertisement
Pada masa ini aku tak pandang dah apa nama tu CPUV..hehehehe. Sekadar CPUV mengharapkan orang klik banner iklan kau, maksima pendapatan pun hanya RM ratus-ratus.
Pada masa itu aku hanya main iklan Sponsor Advertisement di mana syarikat-syarikat bayar kepada aku iklankan syarikat mereka di blog aku. Tak kiralah syarikat kedai mamak ker, spa ker atau apa-apa pun boleh janji sanggup bayar satu entri RM2000. Kalau nak ia kekal/ re-publish dalam entri aku, aku caj sehari RM500!!
Itu kalau satu iklan sahaja, kalau sebulan 4 iklan, sebulan pendapatan aku ialah RM8000 belum lagi caj iklan harian di blog aku....Kayo aku!!! Dan satu kelebihan, kalau aku diminta buat iklan kedai makan, sudah tentu 2 atau 3 hari aku terpaksa makan percuma....hehehehe.
Seminar Blogging
Bila kau dah popular dan kaya pula tu. Sudah tentu ramai nak cungkil rahsia kejayaan kau. Sudah tentu kau berbesar hati nak berkongsi rahsia kejayaan kau tapi kena bayar ler..hehehehehe. Setiap kali satu seminar yang aku jalankan, aku terpaksa caj minimum RM6000. Ini paling murah pakej yang aku kasi ini.
Sebulan satu kali seminar, pun sudah cukuplah!!! Itu kalau orang ajak aku sertai seminar. Tapi kalau aku yang buat sudah pasti ramai akan sertai punya. Blogger popular katakan..hehehehe. Setiap seorang yang nak sertai seminar aku kena bayar RM150. Kalau 100 orang aku dapat RM15, 000. Kalau tolak sewa dewan pun aku dah untung besar punya!!
Buat E-Book
Ini perkara biasa untuk blogger popular. Setiap blogger yang popular pasti akan keluarkan E-Book. So aku pun terpaksa ler keluarkan E-book menceritakan rahsia kejayaan aku ini. Dalam buku tu aku letak cerita tentang basic SEO, buat entri, blogwalking dan cerita-cerita yang kau orang tak beli E- Book pun kau dah tahu ...hehehehehe.
Tapi disebabkan aku blogger popular, mesti kau nak beli punya. Tajuk terakhir sekali dalam E-Book aku tulis,"Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya, Perlukan Usaha". Ayat standard untuk motivasi..hahahahaha.
Kau jual ajer E-Book kau dengan harga RM39.90. Kalau 1 ribu orang beli..Wah!! kau dapat RM39,900!!!
Buat Blog Shop
Ini pun salah satu kewajipan yang patut kau buat kalau kau jadi blogger popular. Buat satu blogshop dan promote dalam blog kau. Jual ler apa-apa yang patut, kalau standard blogger popular biasanya kita jual pakaian atau kasut-kasut ini. Tak kira ler tudung ker, baju kurung ker, kasut tinggi ker janji pakaian.
Join venture ler dengan rakan-rakan blog kau sebagai macai kau uruskan jual beli dalam blogshop kau. Kau anggap ajer blogshop tu sebagai perniagaan hari tua kau nanti bila kau tak popular nanti..hehehe
Tapi buat masa sekarang sudah tentu income dari blogshop kau meletup punya!! Sebab blogger popular yang buat blogshop ini sudah tentu ramai nak beli produk kau !!
Alang-alang kau dah ada blogshop kau boleh jual E-Book dan iklan tawar diri untuk beri seminar Blogging dalam blogshop kau tu.
Tapi untuk menjadi blogger yang kaya ialah:
- Baca bismillah sebelum menaip entri.
- Tetapkan hati dan berniat berkongsi ilmu kerana Allah swt.
- Buat entri berunsur islamik dan berilmu.
- Gunakan bahasa yang sopan dan bertaraf tinggi.
- Gunakan ejaan yang betul. Bukan seperti ewwww, kitew, manew. Ingat semua orang faham ke?
- Kongsikan ilmu di dalam blog dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan daripada masyarakat sekitar.
- Luahkan pandangan yang tidak akan menyakitkan hati orang lain.
- Kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh semua orang
Bestkan menjadi blogger kaya ini, orang tua-tua kata rezeki Rimau !! Time tu pendapatan kau yum..yummm..hahahahahahaha.
Terima kasih membaca entri Rasa menjadi Blogger Kaya....
Semua nak jadi kaya tak dengan berblogging !!