. Hyperloop Train - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Hyperloop Train

at Isnin, 29 Julai 2013[8:24 PG]

Usahawan angkasa lepas, Elon Musk mendedahkan rancangannya untuk membangunkan sebuah kereta api laju yang dua kali ganda lebih pantas daripada kapal terbang.

Musk mendakwa kereta api yang digelarnya sebagai 'hyperloop' itu membolehkan orang ramai membuat perjalanan sejauh 611.5 kilometer dari Los Angeles ke San Francisco dalam tempoh 30 minit sahaja.

Rancangan pembinaan kereta api laju hyperloop, pernah dikemukakan sekitar

tahun 1900, namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan teknologi ketika itu.

Katanya, hyperloop yang merupakan gabungan sebuah pesawat Concorde, pelancar gelung dan meja hoki angin akan bergerak lebih laju daripada pesawat dan melakukan perjalanan itu dalam setengah jam.
Bagaimanapun, Musk hanya akan mendedahkan butiran terperinci termasuk bagaimana operasi kereta api itu dan kelajuannya pada bulan depan.
Beliau mendakwa seorang jurutera yang menyiarkan pelan hipotesis hyperloop dan landasannya di dalam Twitter merupakan 'gambaran yang paling hampir setakat ini'.

Gambaran paling hampir kepada sistem Hyperloop

Walaupun sesetengah pihak mendakwa idea Musk sebagai gila, namun usahawan itu mempunyai rekod cemerlang dalam memikirkan sesuatu projek yang besar.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Spacex, syarikat swasta pertama yang menghantar bekalan kepada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pengasas Paypal dan pembuat kereta elektronik Tesla Motors.

Sementara itu, Musk berkata, beliau akan mendedahkan 'rekaan bentuk alfa' bagi projek pengangkutannya yang bercita-cita tinggi itu pada 12 Ogos ini. -AGENSI

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

menulis artikel link building jalan rezeki saya se...

2 maut selepas suv langgar pintu masuk terminal la...

nasi kandar deen mutiara penang

breakfast dengan roti canai sarang burung di sup t...

pakai sheet mask bird nest dari watsons

bukan pendirian parti cadangan bubar mca sertai da...

ruth buzzi beloved comedian and iconic gladys ormp...

rm80m isp victory in senai to feature as isp group...

self care checklist masa flare buat pesakit sle

tragic test drive salesman s negligence and substa...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...