5 Sebab Doa Ditolak
Doa itu senjata orang Mukmin. Setiap hari kita berdoa supaya dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, bertambah rezeki, bertemu jodoh yang baik dan macam-macam lagi. Ada kalanya doa itu dimakbulkan Tuhan dan ada juga doa yang tidak dikabulkan.
Jom baca 5 perkara yang membuatkan kita terhijab atau doa ditolak oleh Allah, iaitu apabila kita melakukan :
1. Dosa kerana menyakiti / menderhaka ibu bapa
Ibu bapa adalah mereka yang telah berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderkaha atau menyakiti hati mereka sedangkan perintah-Nya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka kepada kita.
Awas! Doa anak derhaka tidak akan diangkat malaikat ke hadrat ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri anak derhaka kerana doa mereka ditolak. Jadilah mereka orang yang rugi di dunia dan akhirat.
2. Dosa kerana tidak taat kepada guru
Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita selain ibu dan bapa. Segala arahannya perlu diikuti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya tidak tidak ditimpa malapetaka seperi susah menerima ilmu, gelap hati, keras kepala, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
3. Dosa kerana menderhaka kepada suami
Isteri yang menderhaka kepada suami tidak layak mencium bau syurga. Allah sangat murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Besarnya kedudukan suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun iabadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa) tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhaka kepada suami.
4. Dosa kerana mengingkari pemimpin
Pemimpin terbahagi kepada 2 iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib dipatuhi selagi tidak bertentangan dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurlah diri masing2 sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
5. Dosa kerana menganiaya / menzalimi orang lain
Golongan yang suka menganiaya / menzalimi orang lain termasuklah orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah atau tingkah laku.
Jika kita melakukan 1 daripada 5 perkara di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa dimakbulkan Allah, jauhkan diri dari melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.