. Bonus Raya Sebulan Gaji Kakitangan Kerajaan Selangor 2013. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Bonus Raya Sebulan Gaji Kakitangan Kerajaan Selangor 2013.

at Rabu, 24 Julai 2013[3:41 PTG]

Bonus Penjawat Awam Selangor

Bonus Raya Kerajaan Selangor 2013 : Nampaknya perang pembayaran bonus raya 2013 dimulakan terlebih dahulu oleh kerajaan Selangor apabila baru sahaja sebentar tadi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bonus kakitangan kerajaan Selangor sempena Hari Raya 2013 kali ini.

Butiran Bonus Kerajaan Selangor Sempena Hari Raya 2013

  1. Nilai bonus raya kakitangan kerajaan Selangor : bonus sebulan gaji (setiap seorang) @ bonus sebulan setengah gaji sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. [ini bermakna Kerajaan Selangor Mampu Membayar sehingga 1.5 Bulan gaji sebagai bonus raya]
  2. Jumlah pembayaran bonus raya 2013: RM30 juta
  3. Penerima bonus raya : 21,776 kakitangan kerajaan Selangor (samada tetap, kontrak dan sambilan)
  4. Pembayaran bonus raya : Selewat-lewatnya hujung bulan Julai 2013

Bonus Raya

Agak menarik. Apabila kerajaan Selangor merancang untuk menambah bonus setengah bulan gaji jika kerajaan Malaysia di bawah Datuk Najib Razak memberikan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam.

Nampaknya kerajaan Selangor dilihat mahu berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang terbanyak bagi membantu meringankan tanggungan warga kerjanya bagi menghadapi persiapan Hari Raya kelak.

Bonus Raya Sebulan Gaji + Kupon Raya RM100

Bonus Raya Selangor 2013Pengumuman bonus raya kerajaan Selangor 2013 ini adalah merupakan lanjutan pemberian sejumlah RM2.8 juta bagi membantu 28,000 keluarga kurang berkemampuan sebanyak RM100 (kupon membeli belah) untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Pembayaran bonus raya kerajaan Selangor 2013 kali ini telah dinaikkan jumlahnya berbanding bonus raya 2012 iaitu sejumlah bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor.

P/S : “Bola tanggung” (bonus raya 2013) telahpun dilambung tinggi oleh kerajaan Selangor, dan sekarang sama-sama kita nantikan bagaimana kerajaan Malaysia menyambutnya. Apa respon anda dengan pengumuman terbaru ini? Adakah Perdana Menteri yang dengan lantang bersuara mengatakan mengamalkan pengurusan kewangan/ ekonomi terbaik tidak mampu menyaingi pentadbiran PKR di Selangor. Adakah ini bermakna Pentadbiran TSKI lebih bagus berbanding DSN…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...