. Zalif: Fida Tetap Sama. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Zalif: Fida Tetap Sama.

at Selasa, 23 Julai 2013[10:43 PG]

Perasaan Zalif terhadap Fida tetap sama

Tenang saja dia menjawab panggilan ketika dihubungi semalam, seakan menyedari soalan bakal diajukan. Apa lagi jika bukan mengenai hubungannya yang terputus dengan penyanyi dan pelakon, Rafida Ibrahim atau Fida, gara-gara kemunculan pihak ketiga, seperti yang disiarkan di muka depan HIP, semalam.

Kata Zalif Sidek, biarpun antara dirinya dengan Fida bukan lagi pasangan bercinta, hubungan mereka masih baik. Bahkan dia mengaku masih rapat dengan wanita yang popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu.

Mengakui berusaha memperbaiki kesilapan masa lalu demi masa depan masing-masing, Zalif juga tanpa segan silu mendedahkan perasaannya terhadap Fida masih seperti dulu. Sebab itu juga mereka masih akrab sehingga kini, malah dia turut meluangkan waktu berbuka bersama Fida di Taman Melawati, baru-baru ini.

“Masalah orang ketiga ini sudah lama berbangkit dan saya pun sudah baik dengan Fida. Saya sudah berjumpa dan berbincang dengannya mengenai hal ini. Kami sudah melupakan apa yang terjadi, apatah lagi ia berlaku dalam pertengahan tahun lalu. Saya dan Fida tidak tahu siapa orang ketiga itu. Mungkin peminat saya ataupun peminat Fida yang tidak mahu melihat kami bersama. Saya pun tak mahu besarkan perkara ini kerana industri kita kecil saja. Saya tak mahu bergaduh dengan mana-mana pihak. Saya cuba menelefon nombor terbabit, tetapi tidak berjawab. Sekarang saya sudah pun padam nombor itu. Sebelum ini, wartawan sebuah portal ada menyatakan, ada seorang datin meninggalkan komen di artikel tulisannya, seolah-olah tidak menyukai hubungan kami. Mungkin disebabkan sebelum ini ada kontroversi melanda Fida, orang tak suka saya berhubungan dengannya. Mungkin juga ia disebabkan saya orang baru dalam dunia seni ini dan orang luar pula menggemari pasangan sama cantik,” katanya.

Anggap kontroversi pengajaran berguna
Bagaimanapun, Zalif melihat apa yang berlaku dari sudut positif.

“Saya anggap kontroversi ini sebagai cabaran dan pengajaran buat saya. Kita kena berhati-hati sebab kalau orang tak suka kita, dia boleh buat apa saja. Tapi tak mengapa, saya dan Fida masih rapat seperti sebelum ini dan saya pun sedang perbetulkan apa yang pernah saya buat salah. Jika sudah jodoh saya bersama Fida, orang luar tidak boleh kata apa. Malah, andainya saya mengambil keputusan berkahwin dengan dia pun, orang ramai kena terima,” katanya yang akan muncul bersama telefilem, Besan-Besanku Gangster, pada Aidilfitri ini, selain drama bersiri Alam Maya selepas Syawal.

Zalif turut bersyukur kerana majikannya di Metrowealth Pictures, David Teo, memahami situasi dialami dan memberi sokongan untuknya menyelesaikan masalah berkenaan. Zalif juga ada mendapatkan nasihat daripada pelakon senior dan mereka turut memberikan komen positif.

Meskipun tidak lagi bercinta, Zalif yang akan menemui peminat dengan filem Bencinta pada 26 September, berterima kasih kerana Fida dan keluarganya turut memahami apa yang dilalui.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...