. Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]: Kecantikan

10 Keuntungan tidak bermekap bagi perempuan.

Selalunya bonus akan dapat sekali je setahun. Tapi, untuk wanita yang tak suka pakai mekap, mereka akan dapat bonus kecantikan yang kekal.
Tahukah anda bahawa banyak kelebihan bagi wanita yang tak bersolek. Admin kongsikan 10 bonus yang mereka akan dapat!
sekadar hiasan
1. Jimat duit
Mestilah boleh jimat duit. Mekap bukannya murah lepas tu nak kena cari yang sesuai dengan kulit. Bagi wanita yang tak bersolek tu, mesti boleh menabung lebih.

2. Kulit lebih sihat
Bonusnya, tiada masalah jerawat atau jeragat. Bukan semua mekap gunakan bahan semula jadi dan kebanyakannya ada bahan kimia.

3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna mekap untuk naikkan seri dan atau nak sorok segala cacat cela di wajah. Mereka yang tak suka bersolek ni lebih yakin dan tak kisah pun tanpa mekap.

4. Boleh terus tidur
Selalunya yang pakai mekap ni, mereka perlu bersihkan muka kalau tak memang naik la segala jerawat. Kalau yang tak pakai mekap, terus tidur pun tak apa.

5. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci muka dulu. Ambil air wudhuk pun tak ada rasa was-was. Tak ada la buang masa. Lepas solat nak pakai balik mekap. Leceh!

6. Peluh tak jadi masalah
Bila pakai mekap dan perlu keluar masa tengah panas, memang mekap akan cair sebab berpeluh. Kalau tak pakai mekap, masalah tersebut tidak akan mengganggu.

7. Gosok mata sesuka hati
Pernah tak anda gosok mata dan terlupa yang anda sedang pakai eyeliner? Tengok cermin je mata tu dh comot macam mata panda. Kalau tak pakai mekap, tak ada masalah nak gosok a.

8. Tak payah tahan kalau nak menagis
Bila-bila masa je anda boleh menangis, tak payah nak risau wajah anda bertukar jadi badut dek kerana mekap anda bukan jenis kalis air.

9. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir ada gincu melekat di gigi. Manalah tahu, kadang-kadang kita tak sedar.

10. Rasa yakin
Anda akan lebih yakin dan rasa selesa untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa. Yang paling penting boyfriend atau suami tak perlu lama dan masam muka.

||Read More »

Ciri-ciri Wanita Idaman

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

||Read More »

Tahukah Anda? Inilah 6 Wanita Tercantik Yang Menjadi Fenomena Laman Sosial Pada Tahun 2014


Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal kalau mereka jadi viral di media sosial. Sebagaimana yang berlaku kepada 6 wanita dibawah yang jadi cukup popular di media sosial sepanajang tahun 2014.

Memetik sumber info di blog INI, disenaraikan 6 wanita cantik yang bukan dari kalangan selebriti dalam bidang seni yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial sepanjang tahun lepas. Mereka adalah Sabina Altynbekova, Katya Lischina, Natalia Poklonskaya, Yan Jiajun, Noor Hafizah Mohd Idrus dan Nurul Habibah.

Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya info dibawah:

1 – Sabina Altynbekova



Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Sabina Altynbekova, 18, adalah seorang pemain bola tampar yang sangat jelita dari Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 370 ribu pengikut di Instagram.

2 – Katya Lischina


 Walaupun gadis yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.

3 – Natalia Poklonskaya



Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

4 – Yan Jiajun



Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

5 – Noor Hafizah Mohd Idrus



Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik. Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

6 – Nurul Habibah



Nurul Habibah adalah seorang anggota polis jelita dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

||Read More »

14 Perkara Yang Harus Di jaga Oleh Wanita Solehah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Untuk menjadi wanita solehah perlulah di jaga empat belas (14)  anggota tubuh dari pandangan bukan mahramnya. Jika seorang wanita gagal  menjaga perkara-perkara tersebut maka dia gagal digelar wanita solehah.

Semoga nota ini bermanfaat untuk semua muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.

Pertama : Mencukur bulu kening.

Jumhur ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Kaki (tumit kaki) jangan dihentak-hentakkan.(untuk mengambil perhatian)

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."
(Surah an-Nur ayat 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan gelang kaki adalah sama seperi di zaman arab jahiliyah.

Ketiga : Berwangi-wangian.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya .

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Keempat : Menunjukkan dada.

Wanita yang memakai tudung tetapi membuka dada atau menampakkan leher mereka adalah wanita yang mempermain-mainkan hukum Allah SWT. Memakai tudung biarlah sempurna hingga menutup leher dan dada (tertutup perhiasan di dadanya)  supaya tidak menjadi tatapan lelaki yang bukan mahram.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Kelima : Mengikir/ mengasah gigi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasululullah SAW  melarang dan melaknat wanita yg mengikir giginya atau menjarangkan giginya untuk kecantikan. Sebagaimana hadis Nabi SAW maksudnya  " Rasulullah melaknat wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan." (Hadis Riwayat  Bukhari)

Keenam : Bersolek (make-up) di muka .

Firman Allah SWT maksudnya : "Hendaklah kaum wanita tetap di rumah, dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu".(Surah al-Ahzab (59) ayat 33)

Kebanyakkan wanita sukar untuk meninggalkan bersolek (berbedak yang tebal), bergincu bibir dan bercelak apabila keluar rumah kerana sudah kebiasaan mengikut tren masyarakat. Sebenarnya wanita solehah tidak perlu terikut-ikut dengan amalan orang bukan Islam yang 'mewajibkan' bersolek dan bermake-up dengan tujuan supaya dipandang cantik, hakikat sebenarnya kecantikan seperti ini tidak perlu mengikut pandangan Islam. Memadailah dengan bedak yang tipis untuk menghilangkan kesan minyak dimuka.

Ketujuh : Memakai pakaian dan tudung yang tipis.

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW  berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW  lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kelapan : Bersentuhan Tangan

Rasulullah SAW tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, baginda membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah SAW tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan baginda tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila baginda membai'at mereka, baginda hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 3470)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Kesembilan : Tidak menundukkan pandangan mata.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW maksudnya : "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

Kesepuluh : Tidak menjaga suara.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab ayat 32)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Mendengar wanita berbicara atau bersuara, tidaklah termasuk hal yang terlarang dalam Islam. Kecuali bila suara wanita itu dalam bentuk suara yang mendayu-dayu, mendesah atau dibuat sedemikian rupa sehingga membangkitkan nafsu berahi lelaki yang mendengarnya (seperti menyanyi dan bernasyid). Tentu saja para ulama sepakat untuk mengharamkannya. Namun bila dalam bentuk pembicaraan biasa saja di mana hal itu jauh dari fitnah dan urusan berahi, para ulama sepakat mengatakan bahawa mendengar suaranya tidak diharamkan.

Kesebelas : Kemaluan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(Surah an-Nur ayat 31)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Kedua belas : Pakaian ketat dan jarang.
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibnu Majah.)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu adalah haram hukumnya.

Ketiga belas : Rambut di dedahkan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat belas : Menampakkan kaki (tidak memakai stokin)

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab (33) ayat 59)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah wanita wajib menutup seluruh tubuh ( termasuk kaki) dan yang dibenarkan buka adalah muka dan dua tapak tangan sahaja  sehingga pergelangannya.

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Sahabat yang dikasihi,
Wahai sahabatku mukminah solehah yang bertakwa!
Jagalah aurat kalian yang merangkumi empat belas (14) perkara yang disebutkan di atas supaya kalian menjadi mukminah solehah yang diredai oleh Allah SWT.

Kecantikan wanita solehah bukan terletak pada wajah yang cantik semata-mata tetapi kecantikannya adalah terletak pada akhlak, keperibadian, percakapan , pergaulan dan pakaian menutup aurat yang dipakainya. Kesemuanya perlu bersepadu dan akan menaikkan maqamnya di sisi Allah SWT iaitu perhiasan yang terbaik di dunia dan tidak ada balasan yang lebih baik untuknya melainkan syurga.

||Read More »

10 Tip Mudah Penjagaan Rambut

Vitamin Untuk Rambut
Rambut Mahkota Bagi Wanita dan Lelaki
Walaupun sudah ramai wanita mula bertudung sekarang ini, rambut tetap mahkota wanita yang sering menjadi kebanggaan. Rambut yang cantik dan bersinar pastinya menjadi kebanggaan wanita terutamanya untuk tatapan suami orang yang kita sayang. Lantas tidak hairanlah sebilangan besar wanita sanggup berhabisan wang ringgit mendapatkan rawatan rambut di salon.

Jadi hari ini, Diana nak berkongsi tip membantu wanita mendapatkan rambut yang bukan sahaja cantik, bersinar dan sihat bahkan mudah untuk diurus.
Vitamin Untuk Rambut
Penjagaan rambut dari bahan semulajadi
1 Untuk lebih mudah diurus, rambut memerlukan pelembap. Oleh itu, rajin-rajinlah minum air putih. Elakkan mengambil kopi, teh, minuman berkafein apatah lagi alkohol kerana minuman-minuman ini menghalang badan dari menyerap zat nutrisi dari makanan yang kita ambil terutama sekali jika anda mengambil suplemen. Banyakkan mengambil buah-buahan kerana ia elok untuk mengekalkan kelembapan rambut.

2 Jangan biarkan diri berada dalam ketegangan dan tekanan. Ia turut memberi kesan negatif kepada rambut. Bagi mengatasinya, bersenamlah bila anda lapang.

3 Minyak bijan boleh membantu merawat rambut kering. Sapukan ia pada seluruh kulit kepala serta rambut, kemudian bungkus dengan kertas aluminium dan balut dengan tuala hangat.

4 Jangan sesekali menyikat rambut ketika masih basah, memadailah sisir dengan menggunakan jari atau sikat bermata jarang. ini kerana serat rambut mudah gugur atau putus.

5 Udara persekitaran dengan asap yang datangnya dari kereta dan rokok, membuatkan rambut terdedah kepada habuk. Oleh itu digalakkan untuk mencuci rambut setiap hari.

6 Ketika mencuci rambut, jangan mengaru atau mengosok dengan kasar. Ia bukan sahaja menyakitkan bahkan menyebabkan rambut mudah rosak. Belailah rambut dan basuh ia dengan lembut dan berhati-hati.

7 Penggunaan perapi amat penting kerana ia memudahkan rambut untuk diurus dan tidak mudah kusut. Pada masa yang sama, sudah tentulah ia akan membuatkan rambut lebih bersinar dan nampak sihat.

8 Jangan keliru. Sebenarnya perapi hanya boleh disapu pada pertengahan sehingga hujung rambut sahaja. Jangan menyapu di kulit kepala kerana ia akan menyebabkan rambut jadi berminyak.

9 Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, gunakan pengering rambut dengan cara yang betul. Caranya ialah memulakan pengeringan rambut dari bahagian bawah ke atas.

10 Gunakan perapi dan syampu yang kaya kolagen, protein serta lipid. Dengan itu rambut anda akan lebih mudah diuruskan tanpa banyak masalah.

Selain dari penjagaan luaran, Diana amat suka sarankan penjagaan dari dalaman kerana kecantikan bermula dari badan yang sihat. Badan yang sihat akan pancarkan seri di wajah secara tidak langsung.

" Tahukah anda bahawa badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang perlukan zat nutrisi sebagai makanan sel. Bila sel kita mendapat makanan secukupnya, kita akan memilki kulit yang cantik, rambut yang sihat dan bersinar. Oleh itu amat penting bagi wanita untuk mengenalpasti apa yang mereka makan. "

Sudah semestinya kalau minta pendapat Diana, vitamin Shaklee yang menjadi pilihan. Inilah suplemen yang Diana sekeluarga ambil sejak 2012 untuk penjagaan kesihatan.

Suplemen yang Diana paling suka cadangkan untuk penjagaan rambut ialah ESP untuk penjagaan sel-sel rambut yang sihat, Zinc Complex untuk menguatkan akar rambut, Vitamin E untuk meningkatkan penyerapan oksigen, Vitamin C untuk meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, Lecithin untuk melembabkan dan menghitamkan rambut, Collagen Powder mengalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat, melembabkan serta menghalang perpecahan rambut.

Kesemua vitamin-vitamin ini adalah kesukaan Diana dan menjadi kewajipan untuk Diana mengambilnya setiap hari mengikut kadar dan cara pengambilan yang betul. Barulah akan dapat rambut yang cantik, sihat dan bersinar.
Vitamin Untuk Rambut
Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee
Shaklee juga ada menyediakan rangkaian produk penjagaan rambut PROSANTE. Produk PROSANTE ini terdiri daripada Nourishing Scalp Treatment, Revitalizing Shampoo dan Purifying Shampoo, Lightweight Conditioner dan Replenishing Conditioner dan akhir sekali Long Lasting Finishing Spray. Apa yang menariknya, tiada bahan kimia, tiada bahan pengawet, tiada bahan pewarna, tidak diuji ke atas haiwan dan ia diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi iaitu pakar dalam bidang kulit. Diana akan ceritakan dengan lebih terperinci di posting yang akan datang.

||Read More »

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Non-GMO Protein, Complete With All Essential Amino Acids.

Shaklee ESP powder is a good source of soy protein.  ESP provides 14
grams of high quality non-GMO soy protein with all the amino acids,
including the nine essential amino acids your body needs for protein
synthesis.  Unlike protein from meat, eggs and dairy, ESP is naturally
low in fat.  It is also lactose and cholesterol free.



Shaklee ESP:


•    Provides sustained energy and helps ward off hunger

      because it provides a constant source of energy.

•    Soy protein helps to reduce cholesterol.

•    Contains five essential B vitamins, half the Daily Value for

      calcium, and soy isoflavones. Studies have shown that soy

      helps regulate hormonal balance during the transitional

      period of menopause.*

•    This non-GMO soy protein is produced under an Identity

      Preservation Program (IPP), which means that the soybeans

      are tightly monitored and controlled from planting through

      processing.

Untuk Info Lanjut sila ke emmyshaklee.blogspot.com



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Product Code: 11003 (850g)

||Read More »

Sentiasa Muda

RAMAI wanita risau apabila semakin mendekati usia menopaus. Menopaus sebenarnya adalah permulaan era dalam hidup wanita yang menandakan anda semakin matang. Bagi wanita Islam, ada lebih banyak masa mendekatkan diri dengan Allah dan boleh beribadat dengan tenang kerana tiada keraguan mengenai haid.

Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian menunjukkan satu peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca yang boleh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi dan menerima rawatan kemo atau radioterapi (untuk rawatan kanser).

Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh pada wanita iaitu daripada rambut hingga hujung kaki kerana ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.

Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yang sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak dan ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus dan emosi yang kadangkala tidak menentu kerana ia di luar kawalan wanita.

Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini boleh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana satu pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.

Inilah sebabnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas.

Sememangnya ada banyak perkara baru yang perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antara yang disentuh dalam artikel pendidikan Berita Menopos (Oktober - Disember 2010) terbitan Persatuan Menopaus Malaysia ialah saringan kesihatan untuk:

Payudara – Risiko mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan sendiri payudara di rumah.

Tekanan darah – Pada usia begini, tekanan darah memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan. Tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit jantung.

Tahukah anda, selepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tidak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan dan membuatkan anda nampak muda.

Paras gula darah – Tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis digelar penyakit tiga serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Berhati-hati jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis kerana anda juga berisiko tinggi mendapatnya.

Namun amalan gaya hidup sihat dapat membantu anda menjauhi masalah ini.

Kelenjar tiroid – Jika anda berumur lebih 50 tahun dan sering berasa sejuk, sengal, mengalami sembelit dan berat badan mudah naik, berbincanglah dengan doktor sama ada anda memerlukan ujian masalah kelenjar tiroid.

Gigi dan gusi – Kajian menunjukkan keradangan gusi ada kaitan dengan penyakit jantung dan kencing manis. Buat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Ingat, kehilangan gigi akan membuatkan kita nampak lebih cepat tua!

Telinga – Ramai wanita mula mengalami masalah pendengaran selepas berumur 50 tahun. Jadi usah bertangguh untuk jalani pemeriksaan telinga terutama jika pendengaran anda agak terganggu akhir-akhir ini.

Mata – Jalani pemeriksaan mata setiap tahun jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap dan dua tahun sekali bagi yang tiada masalah rabun. Wanita lebih mudah mengalami masalah mata kerana lebih berisiko mendapat sindrom mata kering dan penyakit auto imun yang membabitkan mata.

Kulit – Kerap periksa badan sendiri. Cuba perhatikan jika ada tanda aneh atau tahi lalat yang luar biasa kerana ia mungkin menandakan kehadiran kanser.

Emosi – Ini masalah paling lazim yang dialami wanita menopaus. Ramai yang mengalami masalah kemurungan yang disebabkan banyak faktor seperti ketidakstabilan hormon, perubahan hidup, sindrom kesunyian (selepas anak-anak besar dan tinggal berasingan), perasaan hilang identiti diri dan sebagainya.

Jika anda turut mengalami masalah ini, dapatkan bantuan kaunselor dan luangkan masa untuk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup anda terisi.

||Read More »

Tips tanggalkan solekan

Upah Makeup

Tips tanggalkan solekan

Apabila anda pulang ke rumah, perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah untuk menghilangkan solekan di muka anda. Memikirkan tentang mencuci muka anda pasti kurang menarik atau anda malas hendak fikirkan, tetapi ia sebenarnya boleh menyelamatkan kulit anda.

Dengan begitu banyak jenis produk penanggal solekan, bagaimanakah anda tahu anda menggunakan jenis yang betul? Jangan risau, di sini kami ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis produk penanggal solekan yang sesuai dengan anda.

AIR PEMBERSIH (Cleansing water)

Air pembersih, atau ‘cleansing water’, adalah pilihan yang paling sesuai untuk kulit sensitif. Ia boleh membuang solek asas, tetapi anda mungkin perlu menyapu air pembersih dua atau tiga kali untuk benar-benar membersihkan kulit. Gunakan penanggal solekan mata jika anda gunakan maskara kalis air atau celak tebal.

MINYAK PEMBERSIH WAJAH (Cleansing oil)

Minyak pembersih wajah, atau ‘cleansing oil’, sesuai untuk kulit wajah kering. Ia membantu untuk mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit anda. Ia sangat ideal untuk menanggalkan solekan tebal atau solekan yang kalis air.

PENANGGAL SOLEKAN BERASASKAN MINYAK

Ini adalah formula standard yang boleh hilangkan solek anda dalam satu sapu. Ia tidak seperti minyak pembersih, kerana formula yang berbuih ini mengandungi bahan-bahan berasaskan air supaya anda tidak merasai kesan berminyak pada kulit anda.

TISU PENANGGAL SOLEKAN

Ini adalah penanggal solekan sempurna pada lewat malam, masa bercuti atau apabila anda tidak berasa seperti ingin membasuh muka untuk membuang solekan anda. Ia akan menanggalkan majoriti solekan dari muka anda supaya anda boleh tidur dengan wajah bersih dari sebarang solekan, tetapi jangan gunakan tisu penanggal solekan ini terlalu kerap kerana ia tidak membuangkan semua kesan solekan.

||Read More »

Berhias Hanya Untuk Suami

Isteri kena cantik untuk Suami. Hanya untuk Suami. Tapi berapa ramai sangat di antara kita yang pakai ala kadar di rumah tapi berpakaian berhias beria-ia di luar? Bila dah macam itu, masih lagi dikira untuk suami lagi kah?

tumblr_lx8pg3gxr91r568bqo1_1280

Duhai para isteri, jadilah wanita yang mampu menyejukkan hati dan pandangan suamimu. Ingatlah jutaan wanita di luar sana, rela menghabiskan waktu dan wang mereka hanya agar dapat kelihatan cantik dan memikat suami.

Jadi, jaga suamimu,,,,
Janganlah kesibukanmu melalaikanmu untuk mengurus sejenak dirimu. Kerana ALLAH pun menyuruh seorang isteri berhias untuk suaminya…

Dan Istilah suami disini adalah suami yang sah di sisi syariat… bukan suhaimi atau seangkatan dengannya..

||Read More »

Tips Kekal Menarik dalam Pesawat

Banyak keluhan sering muncul saat ladies travelers traveling dengan pesawat seperti, kulit dan bibir kering, flu, pusing dan sebagainya. Jika sudah begini, otomatis penampilan jadi kurang menarik. Padahal tampil cantik dan bugar kapanpun dimanapun sudah menjadi ‘keharusan’ bagi kebannyakan kaum hawa.

Nah, agar ladies travelers tetap sehat dan cantik selama di pesawat, simak 7 tips bermanfaat berikut ini.

1. Banyak minum.  Sebisa mungkin minumlah banyak air putih sebelum dan setelah berada dalam pesawat. Hal ini berguna untuk mencegah dehidrasi dan kulit kering. Hindari juga minum minuman yang mengandung kafein dan alkohol karena minuman ini justru bisa menguras cairan tubuh sehingga anda akan cepat mengalami dehidrasi.

2. Bawa makanan sendiri.  Terkadang makanan di pesawat kurang menggugah selera. Tidak ada salahnya bila travelers membawa bekal makanan sendiri yang tentunya menu dan rasanya sesuai dengan selera anda. Jangan lupa untuk menyelipkan sayuran dan buah-buahan segar dalam bekal anda.

3. Selalu gunakan lotion. Atasi kulit kering yang mungkin muncul karena suhu dingin dalam pesawat dengan lotion atau pelembab. Pastikan juga lotion yang digunakan tidak mengandung parfum berlebihan untuk kenyamanan penumpang lain.

4. Bawa vitamin.  Sebelum berangkat naik pesawat sebisa mungkin konsumsi makanan sehat yang mengandung banyak serat. Jika perlu, konsumsi vitamin untuk meningkatkan antibody tubuh, seperti vitamin C.

5. Gunakan juga lipbalm.  Bagian tubuh lain yang tidak kalah penting dan bisa mengalami kekeringan adalah bibir. Gunakan pelembab bibir atau lipbalm agar bibir anda lembab dan terhindar dari pecah-pecah. Jika ingin terlihat lebih segar, boleh saja kok memilih lipbal dengan warna-warna menarik.

6. Hindari obat tidur.  Ada sebagian orang yang ingin mendapat tidur yang nyenyak atau untuk menghindari mabuk udara selama di pesawat memilih mengkonsumsi obat tidur sebagai jalan tercepat. Sebaiknya hal ini urung travelers lakukan karena selain harus dengan resep dokter, anda akan mendapat efek lemas setelah terbangun.

7. Tetap bergerak di dalam pesawat.  Terlalu banyak duduk bisa membuat sirkulasi darah tidak lancar, terutama penerbangan jarak jauh. Jadi, meski dalam pesawat, sebisa mungkin tetaplah bergerak seperti berjalan di lorong pesawat misalnya.

||Read More »

Cantik Belum Tentu Menarik

ADAKAH pada zaman remaja anda sering dimomokkan dengan tanggapan tiada siapa yang akan 'berkenan' dengan anda dan apabila berada di kalangan khalayak, anda berprasangka tiada seorang pun perasan dengan kehadiran anda?

Mungkin juga anda sering berasa keseorangan dan berasa rendah diri disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan lain. Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan istimewa dengan memiliki wajah yang mempesona.

Namun, sekiranya difikirkan lebih mendalam, mungkin bagus dilahirkan 'kurang sempurna' dari segi penampilan wajah agar tidak terasa riak dengan kecantikan yang dianugerah Tuhan. Siapa kata insan yang tidak dianugerahkan dengan raut wajah yang kurang sempurna tidak boleh menambat hati orang lain? Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing.

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu satu perkara yang subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain.

Banyak kajian menunjukkan biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang akan tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu saja yang memikat hati mereka. Ini dibuktikan apabila ramai pasangan yang berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik tetapi akhirnya bercerai dan sebaliknya berlaku.

Percayalah, biarpun ramai di kalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka, namun mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta. Rahsia di sebalik kata orang bijak dahulu kala ialah dalam setiap perhubungan, ia bukan bagaimana cara anda kelihatan (kecantikan) tapi bagaimana lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting. Kecantikan sebenar lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihat sebagai gadis biasa dan tidak glamor.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki:

Beri perhatian penuh
Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberinya keyakinan.

Anda penghibur yang baik
Ramai di kalangan wanita yang kehilangan cinta mereka kerana membawa terlalu banyak akses bagasi beremosi selain ada agenda yang tersembunyi dan perengus. Jadilah individu yang menyenangkan pandangan pasangan anda dan melembutkan jiwanya.

Boleh memasak biarpun sedikit
Memang benar, memikat lelaki menerusi perutnya. Ambil kelas memasak atau bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai hidangan masakan kegemarannya.

Boleh masuk dalam semua keadaan
Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam setiap kegemarannya, mempunyai bakat dan boleh pula bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakan si dia tanpa masalah, ini lebih bagus. Menjadi seorang rakan kongsi kepada si dia bukannya seperti tunggul yang tiada berfungsi.

Jadi seorang yang 'pandai'
Lelaki sebenarnya sukakan wanita yang cerdik dan pandai menguruskan diri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri dan sering bercakap besar dengan kebolehan anda itu.

Jadi diri anda sendiri dan jangan jadi orang lain ketika bersama golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi dirinya seperti ibunya, adiknya, kawan-kawan dan sebagainya. Sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin.

Cari persamaan
Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

Hampir dengannya
Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir dengan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya.

Kecantikan sebenar seorang wanita itu lahir dari dalam diri. - Gambar hiasan

||Read More »

Bersolek untuk pikat rakan sejantina

Benarkah ?
LONDON: Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.
Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.
Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.
“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple. Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi. Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.
Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.
Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.
“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa. Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit. – Agensi

||Read More »

loading...