. Mangga Crepe - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Mangga Crepe

at Jumaat, 2 Ogos 2013[4:56 PTG]

Rupa-rupanya selain durian, buah mangga, pisang, strawberry dan cempedak pun boleh di'crepe'kan jugak. Woww very fantastic and bombastic! Tak percaya?
Ini dia mango crepe. Kalau nak buat pastikan mangga tu berkualiti tinggi dan manis. Kalau masam baik buat cicah dengan kicap lah ye. Sesuai jugak untuk sesiapa yang tak suka sangat makan durian. Yang allergic dengan bau durian. Eleh ;p

Siapa yang rasa rasa dah boring asyik makan durian crepe je bolehlah bertukar ke mango crepe pulak.  Anda boleh makan durian crepe sampai lebam takkan bosan if :

(i) you love durian
(ii) you like everything about durian

Percayalah yang rasanya sangat sedap membuatkan saya makan sampai tutup-tutup mata. Lagi sedap dari durian crepe kott? Ahak! Arghh tak kisah apepun janji halal aii tolak batu dan kayu je uolls ;p
Nak buat pun tak susah, ala-ala macam durian crepe je.
Bahan bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar minyak atau butter cair
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka nak kaler apa)
Filling:
Whipping cream secukupnya dan buah mangga yang masak ranum.
Cara cara:
MAsukkan semua bahan crepe dalam blender, blend sampai rata, tapis dan perap 30 minit.

Panaskan pan leper kalau boleh gunalah non stick pan lagi senang dan sapukan sedikit minyak, masakkan crepe la macam buat dadar gulung. Bila dah sejuk masukkan whipping cream yang dipukul kental, letak buat mangga dan cream lagi, lipat dan masuk dalam fridge semalaman.

Makan masa sejuk-sejuk.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...