. Dikejutkan Dari Tidur - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Dikejutkan Dari Tidur

at Rabu, 28 Ogos 2013[9:31 PG]

Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.
Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi".
Disamping itu kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau pula menyatakan Pak Lah terus menyerang Dr. Mahathir dengan mengatakan bila bersara bersaralah.. tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.
Ini laporannya..

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.

"Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.

Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.

Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan.

Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu,

Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir ~ The Malaysian Insider

Bagi aku dalam hal ini PERKASA tu cuma nak tumpang populariti sebab sebab kalau tak silap aku PERKASA ni secara rasminya ujud semasa Najib jadi PM jadi macam mana pulak sebuah pertubuhan yang tak wujud semasa Pak Lah jadi PM boleh desak Pak Lah letak jawatan?

Pak Lah turun kerana didesak pemimpin-pemimpin UMNO tak ada kena mengena dengan PERKASA dan beliau menyatakan kesanggupannya untuk turun dengan syarat memantunya kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu.

Kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO juga membawa maksud dilantik sebagai Menteri dalam kabinet yang baru tapi janji tinggal janji.. Menantu Pak Lah kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik kedalam kabinet sebagai Menteri.

Perwakilan UMNO pada malam itu tentu masih ingat.. keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO diumumkan agak lewat pada masa Pemilihan itu..

Sebabnya orang kata keputusan sebenar bukanlah seperti yang diumumkan kerana ada perjanjian yang terpaksa diuruskan...

Dalam hal Pak Lah menyerang Dr. Mahathir pulak ianya sudah tentu berkaitan dengan Pemilihan UMNO..

Najib yang belum tentu kekal sebagai Presiden UMNO perlu Pak Lah bantu sebab menantu Pak Lah dah dilantik menjadi Menteri oleh Najib.

Menurut beberapa pemimpin UMNO, Najib adalah pemimpin paling lemah dilahirkan UMNO, mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan menyusahkan UMNO dalam menghadapi PRU14 nanti..

Dan ianya telah terbukti dalam PRU13 yang lalu.. Di bawah Najib BN peroleh keputusan yang lebih teruk dari Pak Lah..

Lagipun sudah menjadi rahsia umum menantu Pak Lah itu bukanlah individu yang disukai oleh Dr. Mahathir semuanya gara-gara hubungan baik antara menantu Pak Lah dan pihak Singapore yang dibenci oleh Mahathir tapi ditakuti oleh Najib.

Jadi hal ini bolehlah dianggap sebagai 'You Help Me.. I Help You..." seperti yang Najib amalkan tu..

Yang sedang berperang disini ialah Team Najib dan Team Mahathir.. Pak Lah kini membantu Najib untuk menghadapi Team Mahathir..

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...