. Model Suprima S kikis tangkapan Proton keluar kereta tak bermutu - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Model Suprima S kikis tangkapan Proton keluar kereta tak bermutu

at Isnin, 19 Ogos 2013[8:27 PG]

Persepsi kononnya Proton mengeluarkan kereta yang tidak bermutu diharap dapat dikikis dengan pelancaran model terbaharu Proton -- Suprima S.
Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengeluar kereta tempatan itu menghasilkan kereta yang menepati piawaian antarabangsa dan harus dibanggakan.
"Saya harap pendapat bahawa Proton ialah pengeluar kereta murah berkualiti rendah dapat dihapuskan kerana Proton mengeluarkan kereta yang sama taraf dengan pengeluar kereta terkenal," katanya pada majlis pelancaran model terbaharu Proton, Suprima S di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sabtu.
Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Eksekutif Matrade Datuk Dr Wong Lai Sum.
Proton Suprima S adalah kereta pertama keluaran syarikat itu yang bercirikan 'hatchback' serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan tahap tinggi seperti enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) serta kawalan kestabilan elektronik.
Ia mula dijual hari ini di semua pusat pameran Proton seluruh negara dengan harga bermula RM76,338 bagi jenis Eksekutif dan RM79,638 jenis Premium.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata Proton Suprima S mampu menarik minat khususnya golongan muda yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback yang lebih 'sporty' berbanding sedan.
Pada majlis itu, Syed Hamid turut diumumkan sebagai pembeli pertama Proton Suprima S.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

lapan anggota fru maut trak bertembung lori muatan...

should you fly through newark airport here s what ...

israel bunuh wartawan palestin ketika dirawat di h...

catatan hujung minggu 10 11 mei 2025

rumah abang jamil batu pahat

mykasih sumbangan asas rahmah

saifuddin bidas kenyataan rafizi pkr wujud disebab...

10 essential roles of an insurance agent

proses blog recovery www siinurul com

adakah akaun emas gap patuh syariah

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...