Siapakah pembunuh Altantuya Shaariibuu
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira tujuh tahun lalu. - KOSMO!
Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
KISAH Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya di Laut Merah, sebagai pembalasan terhadap mereka yang derhakakan Allah adalah antara peristiwa penting yang dicatatkan pada bulan Muharam. Bani Israel yang menderita kerana penindasan dan kekejaman Firaun, sedar Nabi Musa adalah utusan Allah kepada mereka untuk membebaskan daripada cengkaman Firaun. Mereka meminta pertolongan Nabi Musa membawa mereka keluar dari Mesir.
Pada hari ditetapkan, bertolaklah rombongan Bani Israel dan pengikut Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju ke Baitulmaqdis. Perjalanan itu dilakukan dengan cepat kerana takut ditangkap Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka. Selepas sehari suntuk berjalan melepasi padang pasir yang luas, akhirnya sampailah mereka pada waktu fajar di tepi Laut Merah.
Perasaan cemas dan takut semakin mencengkam pengikut Nabi Musa dan Bani Israel, apabila melihat lautan luas di hadapan mereka, sedangkan di belakang, Firaun dan tenteranya terus mengejar untuk membawa mereka pulang ke Mesir. Tidak diragukan, sekiranya tertangkap, hukuman mati menunggu mereka.
Melihatkan perkara itu, berkatalah seorang sahabat Nabi Musa yang bernama Yusha bin Nun: "Wahai Musa, ke mana kita harus pergi? Musuh berada di belakang sedang mengejar manakala laut berada di hadapan dan tidak dapat direntasi kerana tiada sampan. Apa yang kita harus lakukan untuk menyelamatkan diri daripada dikejar Firaun dan kaumnya?"
Nabi Musa menjawab: "Janganlah kamu khuatir dan cemas. Perjalanan ini diperintahkan Allah kepadaku dan Dialah yang akan memberi jalan keluar dan menyelamatkan kita daripada cengkaman musuh yang zalim itu."
Pada saat genting ketika pengikut Nabi Musa ketakutan menantikan tindakan Nabi Musa yang dilihat mereka masih dalam keadaan tenang, turunlah wahyu daripada Allah yang memerintahkan baginda memukul air laut dengan tongkat baginda. Dengan izin Allah, terbelah lautan dan setiap belahan membentuk seperti gunung yang besar. Antara belahan ini, terbentang dasar laut yang sudah kering.
Nabi Musa dan pengikutnya segera berjalan melalui dasar laut itu untuk menuju ke tebing di sebelah timur. Apabila sampai di seberang, terlihatlah akan mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang terbuka di tengah laut itu. Perasaan cemas dan takut kembali mengganggu Bani Israel sambil memandang ke arah Nabi Musa, seolah-olah bertanya apa yang hendak baginda lakukan seterusnya. Pada waktu itu Nabi Musa didatangi ilham daripada Allah agar tetap tenang menanti hingga Firaun dan bala tentera turun ke dasar laut. Ini kerana takdir Allah menetapkan bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam.
Bagi Firaun pula, sewaktu melihat jalan yang terbuka, dia berkata: "Lihatlah bagaimana lautan membelah menjadi dua, memberi jalan kepada kita untuk mengejar orang yang melarikan diri. Mereka fikir mereka akan dapat lepas daripada kejaran dan hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku benar dan ditaati oleh laut, inikan pula manusia."
Tidakkah ini membuktikan bahawa aku sememangnya berkuasa dan harus disembah? kata Firaun dengan angkuh. Dengan perasaan bangga dan sombong, Firaun dan tenteranya turun ke dasar laut mengejar Nabi Musa dan pengikutnya yang berada di tebing sebelah timur. Nabi Musa dan pengikut menanti hukuman Allah yang ditakdirkan terhadap hamba-Nya yang kafir itu.
Dengan keizinan Allah, apabila Firaun dan tenteranya berada di tengah laluan itu, air yang menggunung kembali menutupi jalur jalan berkenaan.Terbenamlah Firaun dan tenteranya hidup-hidup dalam perut Laut Merah.