Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2013
Alhamdulillah setelah pembatalan SBPA JPA kini telah kembali dengan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan, sebenarnya 85 skim perkhidmatan melalui PP 9-35/2013. Tetapi pada dasarnya ianya bukanlah satu penambahbaikan ianya sekadar rebranding Skim Perkhidmatan.
Kesemua penambahbaikan yang dilaksanakan adalah apa yang sebenarnya telah dilakukan dalam SBPA, it is just like reBoot SBPA tanpa melibatkan keseluruhan skim perkhidmatan. Jika dahulu SPBA melibatkan rebranding kesemua Skim Perkhidmatan, namun kini hanya beberapa Skim Perkhidmatan yang mendapat perhatian kerajaan berbanding jumlah keseluruhan skim perkhidmatan yang burkuatkuasa dalam perkhidmatan awam di Malaysia yang digunakan di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, BBP, BBN dan juga PBT.
Berikut disertakan Skim-skim yang terlibat dan pekeliling yang berkaitan:
Pekeliling Perkhidmatan | No. Pekeliling | Skim Perkhidmatan Terlibat | |
1. | Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi. | Bil 9/2013 | 1 Jururawat |
2. | Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. | Bil 10/2013 | Semua skim perkhidmatan yang ada perbekalan syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) |
3. | Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan. | Bil 11/2013 | 2 Perkhidmatan Penolong Jurutera 3 Penolong Pegawai Seni Bina 4 Penolong Juruukur Bahan 5 Juruteknik 6 Pelukis Pelan |
4. | Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa. | Bil 12/2013 | 7 Penolong Juruukur 8 Penolong Arkitek Landskap 9 Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa 10 Juruteknik Ukur 11 Juruteknik Landskap 12 Juruteknik Perancang Bandar dan Desa |
5. | Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar. | Bil 13/2013 | 13 Pembantu Pertanian 14 Penolong Pegawai Pertanian 15 Pembantu Veterinar 16 Penolong Pegawai Veterinar |
6. | Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi. | Bil 14/2013 | 17 Pensyarah Farmasi |
7. | Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia. | Bil 15/2013 | 18 Pegawai Galian 19 Pegawai Kimia Bumi 20 Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi) 21 Penolong Pegawai Galian 22 Penolong Pegawai Kimia Bumi 23 Pembantu Galian 24 Pembantu Kaji Bumi 25 Penolong Pegawai Sains di JMG 26 Pembantu Makmal di JMG |
8. | Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R). | Bil 16/2013 | |
9. | Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis. | Bil 17/2013 | 27 Operator Loji 28 Pemandu Kenderaan 29 Penghantar Notis |
10. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan. | Bil 18/2013 | 30 Pemandu/Operator Jentera Pemunggah 31 Pembantu Perawatan Kesihatan |
11. | Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam. | Bil 19/2013 | 32 Pembantu Am Pejabat 33 Pembantu Kamera/Pemandu 34 Penyelia Jeti 35 Penyelamat 36 Pekerja Awam 37 Pekerja Awam Khas |
12. | Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera). | Bil 20/2013 | 38 Pemandu Enjin (KBB) Hanya di Pulau Pinang |
13. | Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik. | Bil 21/2013 | 39 Penjaga Jentera Elektrik |
14. | Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran. | Bil 22/2013 | 40 Tukang K3 41 Tukang K2 42 Tukang K1 |
15. | Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa. | Bil 23/2013 | |
16. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita | Bil 24/2013 | 43 Pegawai Kebudayaan 44 Penerbit Rancangan 45 Artis Budaya 46 Ahli Muzik 47 Ahli Fotografi 48 Jurusolek 49 Pereka 50 Pegawai Berita |
17. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar. | Bil 25/2013 | 51 Pembantu Hidupan Liar Rendah (dijumudkan) 52 Pembantu Hidupan Liar |
18. | Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak. | Bil 26/2013 | 53 Penolong Pegawai Tadbir Tanah (Sabah) 54 Pembantu Tadbir Tanah (Sabah) 55 Penolong Pegawai Tanah (Sarawak) |
19. | Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara. | Bil 27/2013 | 56 Pembantu Kawalan Trafik Udara (dijumudkan) 57 Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. |
20. | Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa. | Bil 28/2013 | 58 Guru Bahasa. |
21. | Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa. | Bil 29/2013 | 59 Pegawai Perancang Bahasa. 60 Penolong Pegawai Perancang Bahasa. |
22. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah. | Bil 30/2013 | 61 Pegawai Rancangan Tanah. |
23. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif. | Bil 31/2013 | 62 Pemandu Lokomotif. |
24. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan. | Bil 32/2013 | 63 Pembantu Wartawan/Wartawan. |
25. | Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan. | Bil 33/2013 | 64 Penolong Pegawai Perpustakaan |
26. | Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/ Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen. | Bil 34/2013 | 65 Pegawai Pertahanan Awam. 66 Penolong Pegawai Pertahanan. 67 Pembantu Pertahanan Awam. 68 Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen. 69 Pegawai Imigresen.. |
27. | Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal. | Bil 35/2013 | 70 Penguasa Penjara 71 Penolong Penguasa Penjara 72 Pegawai Penjara 73 Penguasa Bomba 74 Penolong Penguasa Bomba 75 Pegawai Bomba 76 Pegawai Penguatkuasa 77 Penolong Pegawai Penguatkuasa 78 Pembantu Penguatkuasa 79 Pegawai Keselamatan 80 Penolong Pegawai Keselamatan 81 Pembantu Keselamatan 82 Pengawal Keselamatan 83 Pegawai Kesatria 84 Penolong Pegawai Kesatria 85 Pembantu Kesatria |
Apakah nasib mereka yang tidak mendapat perhatian inihttp://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.