. Sistem Saraan Transformatif - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Sistem Saraan Transformatif

at Selasa, 19 November 2013[8:44 PTG]

Pada pembentangan belanjawan tahun 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan akan pelaksanaan satu sistem saraan baru bagi perkhidmatan awam setelah SBPA ditolak oleh sebilangan besar penjawat awam di Malaysia. SBPA diperkenalkan kepada penjawat awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, namun ianya ditolak oleh sebilangan besar penjawat awam kerana tidak puas hati terhadap pelakasanaannya yag dikatakan hanya menguntungkan beberapa golongan sahaja.
CUEPACS yang merupakan penaung terbesar menerusi Ahli Majlis Tertingginya dan juga anggota gabungannya, telah mencabar akan ketelusan dan faedah daripada SBPA dan hasil daripada beberapa siri pertemuan dan perbincangan dengan PM, JPA memperjuangkan nasib penjawat awam seluruh Malaysia. Akhirnya sebuah suruhanjaya ditubuhkan iaitu SKMTPA yang dipengerusikan oleh mantan KPPA, Tan Sri Ismail Adam untuk melihat kaedah dan cara bagi melaksanakan SBPA, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang hasil daripada suruhanjaya yang ditubuhkan ini.
Akhirnya PM mengumumkan pembatalan SBPA hasil tekanan dari penjawat awam di seluruh negara. Ini kerana PM pada masa itu bimbang akan undi penjawat awam beralih kepada pembangkang kerana pada masa itu, kedudukannya tidak berapa selesa dalam pentadbiran negara ditambah lagi dengan campur tangan oleh Tun Dr. M, bekas Perdana Menteri yang ke-4 dan juga anggtota kabinet yang diterajui olehnya.
Hasilnya SSM ditambahbaik di kenali dengan SSM+13%, iaitu pelarasan gaji point to point bagi penjawat awam dan JPA memperkenalkan JGMM yang ditambah baik. JGMM yang baru ini tidak mengandungi Tangga Gaji sebagaimana JGM yang telah menjadi kebiasaan sejak SSB diperkenalkan pada tahun 1992.
SSM menggantikan SSB bukan dari segi penambahbaikan skim perkhidmatan tetapi lebih menstruktur dan menambah lapisan gred pada peringkat Pengurusan dan Profesional dari 3 lapisan kepada 5 lapisan dan ini menambahkan peluang kemajuan kerjaya kumpulan ini. Manakala kumpulan sokongan terus ditinggalkan tanpa mendapat sebarang faedah darinya, cuma bayaran secara one-off sebanya RM300 bagi setiap penjawat awam yang menandatangani opsyen. Ianya adala satu tipu helah berupakan imbuhan yang begitu kecil nilainya. Beberapa kelebihan SSB juga ditarik balik, antaranya 1 pergerakan gaji bagi mereka yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, cuma digantikan dengan bayaran secara one-off sebanyak RM1000.
Dalam usaha menambahbaik dan mengurangkan bilangan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa, Pembantu Tadbir (Perkerania/Operasi) ditinggalkan dibelakang tanpa mendapat sebarang penambahbaikan dengan begitu banyak saluran KPSL dari skim perkhidmatan yang lebih rendah dan hanya ada 2 KPSL ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi iaitu Penolong Pegawai Tadbir dan juga Penghulu. Skim ini juga menjadi recycle bin hampir kepada keseluruhan skim perkhidmatan yang lebih rendah yang dijumudkan. Hasilnya skim perkhidmatan ini menjadi satu skim perkhidmatan yang paling besar bilangan penyandangnya dan sebarang penambahbaikan kepada skim perkhidmatan ini akan memberikan impak yang besar kepada implikasi kewangan. 
Oleh kerana itu jugalah, Ketua Perkhidmatan ini iaitu KPPA sendiri mengabaikan penambahbaikan skim ini. Dengan penambahbaikan beberapa skim perkhidmatan menerusi 27 Pekeliling Perkhidmatan yang di keluarkan oleh JPA baru-baru ini, skim ini ibarat di anak tirikan oleh Ketua Perkhidmatannya sendiri yang menerajui sebuah jabatan atau agensi pusat dalam pembangunan dasar sumber manusia perkhidmatan awam Malaysia.
Berbeza dengan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan) yang memiliki bilangan penyandang yang lebih kecil dinaik taraf sehingga ke gred N27 bagi yang memiliki diploma kesetiausahaan atau setaraf, sedangkan job skop mereka lebih kecil berbanding dengan job skom PT(P/O) yang melaksanakan sebarang kerja dari peringkat PAP sehingga PPT.
Adakah ini yag dinamakan SST sepertimana yang diwarwarkan oleh kerajaan. Ini bukanlah transformasi tetapi kita ibarat kembali ke zaman feudalisme dalam bentuk baru (a new form of feudalism). Ini adalah retradition form iaitu mentradisikan kembali perubahan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...