. KHAS BUAT MEREKA YANG SEDANG HANYUT DALAM BERCINTA - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

KHAS BUAT MEREKA YANG SEDANG HANYUT DALAM BERCINTA

at Jumaat, 12 April 2013[11:39 PG]

RENUNG-RENUNGKANLAH DENGAN DADA YANG LAPANG DAN HATI YANG TERBUKA...
NAK BERCINTA?? Boleh..tapi JANGANLAH BERKEPIT macam belangkas, berenggang sekejap pun payah.. hantar surat berbelas-belas (sekarang dah kurang dah guna kaedah macam ini).. SMS berbalas-balas (haaa..yang ni banyak).. masa 'DATING' pulak langsung tak ingat kat dosa dan pahala dah.. berpelukan macam taknak lepas.. minum air perghhhh.. . kongsi segelas (dengan mak malu pulak nak buat macam tu)..
Bila wujudnya konflik.. mulalah nak 'frust'.. nak tunai solat pun malas (lupa diri punya manusia).. nak belajar pun tak dapat nak fokus.. waktu result nak keluar tahu pulak cemas.. takut . . akhirnya exam pun tak lepas.. kemudian dapat tahu 'awek' sendiri kena kebas.. kesian . . melepas sudah..
Tuntasnya, jadilah couple yang ada 'class' (lepas nikah). Ber'dating' ikut lunas. Bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syari'ah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur itu ikhlas, janganlah gusar hati dan bimbang. Cintamu pasti dan pasti akan berbalas.. Yakinlah pada jodoh yang telah DIA tetapkan untukmu..

Belum habis lagi (sabar dan sabar)...

Yang ini aku tujukan khas kepada wanita pulak (terutama bagi mereka yang masih belum dilamar dengan rasminya):

"Anda mempunyai nilaian yang sangat-sangat mahal. Mahal diri anda tu bukan kerana paras rupa, tetapi kerana agama yang ada dalam diri anda. Akhlak, peribadi, budi bahasa dan kebaikan yang ada pada diri anda adalah satu nilai 'seni' paling unik yang sekaligus menjadikan anda punya nilai yang sangat-sangat mahal. Disebabkan anda mahal, jangan sesekali beri peluang untuk lelaki 'murah'kan diri anda."
"Dan satu lagi..jangan mudah sangat jatuh hati bila tengok lelaki buat status yang meleleh-leleh walaupun ia dalam bentuk Islamik."
"Anda hanya boleh nampak tulisannya sahaja. Zahirnya si penulis belum lagi diketahui bagaimana. Bukanlah aku nak suruh anda semua berprasangka buruk. Kerana aku sendiri tidak menyukai sikap yang bernama prasangka tersebut. Tetapi aku mohon agar anda berhati-hati."
"Kentalkan sikit hati tu..kalau dapat kentalkan banyak lagi bagus. Baca dan kaji tentang cara hidup Para Sahabiah dan bagaimana pergaulan mereka dengan laki-laki ajnabi (jangan nak malas-malas). Apakah para muslimah yang pernah Nabi SAW tarbiyah suatu ketika dahulu bersikap sedemikian rupa (cuit sikit, dah tergedik-gedik..Ngorat sikit, dah sangkut..Ajak 'couple' sikit, terus setuju..Lepas tu, putus cinta, meleleh-leleh..Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia..'Exam failed', kata taknak hidup lagi..'Pakwe' tak mesej sehari, dalam status penuh dengan kata-kata rindu..'Pakwe' marah sikit, buat status meleleh macam haram)?"
"Berubahlah dari sekarang. Tak perlu kata tunggu seru sebab seru tu memang dah lama dah menyeru. Kita takda kalendar yang boleh nyatakan bila ajal kita datang menjemput. Jadi, insaflah wahai insan-insani."

Ada lagi ni....
untuk wanita;

"Sebaik mana pun seseorangg lelaki itu terhadap dirimu, berhati-hatilah kerana mereka tetap seorang lelaki yang bernama LELAKI."

untuk lelaki;

"Secantik dan selembut mana pun seorang wanita itu terhadap dirimu, berhati-hatilah kerana mereka itu tetap seorang wanita yang bernama WANITA."

p/s: peliharalah pandangan dan iman antara diri kita semua. Maaflah andai terdapat kekasaran. Terlalu lama dah aku tak menulis dalam gaya penulisan sebegini. Sekali sekala apa salahnya. Kira ok lagilah ni, tak ganas sangat macam dulu.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...