. Panduan Memilih Jurusan/Course Selepas SPM: Part 2 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Panduan Memilih Jurusan/Course Selepas SPM: Part 2

at Rabu, 17 April 2013[10:07 PG]

'Saya lebih berminat dengan kemahiran'

-kalau anda lebih berminat dengan aspek kemahiran berbanding teori teruskan  minat itu. Jangan ingat menjadi engineer, doktor, peguam atau akauntan saja boleh berjaya. Tak perlu fikrkan sangat bab gaji atau pendapatan yang bakal diterima sewaktu bekerja nanti. Rezeki itu Allah yang tentukan, InsyaAllah selagi  minat itu ada kita mampu survive dengan baik dalam bidang yang kita ceburi. Antara tempat untuk menyambung pelajaran yang melebihkan aspek kemahiran berbanding teori ialah Politeknik, IKBN, IKM dan KKTM(Kolej Kemahiran Tinggi MARA). Institusi-institusi ini menyediakan sijil serta diploma untuk pelajarnya yang telah menamatkan kursus mereka. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah selepas tamat peringkat diploma di IPTA atau IPTS.

'Tak boleh masuk dengan subjek sains dan matematik'
-Sekiranya anda mendapat gred yang kurang memuaskan dalam matapelajaran-matapelajaran sains dan matematik untuk peperiksaan spm janganlah pula kecewa atau merasakan diri itu kurang cerdik. Ini kerana banyak lagi jurusan lain yang tidak bergantung kepada subjek-subjek sains dan matematik ada untuk anda meneruskan pembelajaran diperingkat ketiga ini. Disarankan untuk pelajar meneliti kembali minat dan kebolehan masing-masing. Kalau rasa berminat dengan bidang penulisan dan bahasa samaada bahasa inggeris, bahasa melayu atau bahasa arab bolehlah memohon untuk menyambung pelajaran diinstitut perguruan(IPG) yang ada menawarkan kursus perguruan dalam bidang-bidang bahasa tersebut. Selain itu,bagi yang berminat  dalam bahasa inggeris, juga boleh memohon di UITM dan UIA yang ada menawarkan program asasi TESL. Program-program lain yang boleh dipohon ialah seperti undang-undang, agama, sains kulinari, perhotelan dan banyak lagi.

Dibawah ini aku sertakan senarai-senarai program yang boleh dipohon lepasan spm samaada  untuk matrikulasi,asasi,diploma dan ipg.

Matrikulasi
i-Sains

MODUL

Subjek yang ditawarkan

Modul I Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik
Modul II Fizik, Kimia dan Sians Komputer
Modul II Biologi, Kimia san Sains Komputer

ii-perakaunan

Asasi

UiTM

UM

UIA

UNIMAS

USIM

Asasi sains  Asasi Sains Hayat Asasi Undang-undang Asasi Sains Hayat Tamhidi Perubatan
Asasi Kejuruteraan Asasi Sains Fizikal Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan Asasi Sains Fizikal Tahmidi sains dan teknologi
Asasi Tesl Asasi Sains Alam Bina Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraswkan Wahyu Tahmidi Undang-undang dan syariah
Asasi Undang-undang Asasi penidikan Islam Asasi Sains Kemanusian Tahmidi perakaunan dan muamalat
Asasi syariah Asasi Bahasa Arab Tahmidi pergigian
Asasi Usuluddin Asasi Bahasa Inggeris
Asasi Pengajian Islam dengan Sains Asasi Kejuruteraan
Asasi Sains Fizikal
Asasi Perubatan
Asasi Pergigian
Asasi Sains Hayat
Asasi Farmasi
Asasi Kejururawatan
Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar

Diploma

UITM 

UPSI

UMP

UTM

UPM

UTEM

UTHM

UNISZA

UNIMAP

DARUL QURAN

POLITEKNIK

IPG

Senarai program

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...