. PAS telah menang 1 kerusi DUN di Kelantan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

PAS telah menang 1 kerusi DUN di Kelantan

at Selasa, 16 April 2013[5:28 PTG]

Mustapa MohamedKOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menggalas tugas bertanding di dua kerusi, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Lanas, bagi memperkukuh BN dalam misi menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut mempertahankan kerusi Parlimen Jeli yang disandangnya.
Percaturan meletakkan Mustapa bertanding di kerusi Dun, menguatkan tanggapan bahawa beliau bakal menjadi Menteri Besar sekiranya BN menawan Kelantan.
Ketika mengumumkan senarai nama calon BN Kelantan di Bangunan Umno di sini hari ini, yang mengetengahkan 45 peratus atau 25 muka baharu, Mustapa turut mengumumkan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin bertanding di kerusi Parlimen Bachok.
Vetaran Umno,  Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut dikekalkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang manakala tujuh anggota Dun yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, termasuk satu pada pilihan raya kecil lepas, turut disenarai untuk mempertahankan kerusi Dun masing-masing.
Mereka ialah Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Kok Lanas), Datuk Noor Zahidi Omar (Pengkalan Kubor), Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga), Datuk Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah), Mat Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) dan Abd Aziz Yusoff (Galas).
Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pula diberi kepercayaan untuk bertanding di Dun Guchil manakala calon daripada MCA yang diwakili Ketua MCA Kota Baharu Ir Tan Ken Ten bertanding di Dun Kota Lama.
Muka baharu yang diketengahkan BN kali ini terdiri daripada Wan Razman Wan Abd Razak (Dun Chempaka), Kanidy Omar (Dun Tanjong Mas), Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim ((Dun Bunut Payong), Tuan Anuwa Tuan Mat (Dun Pengkalan Pasir), Aimi Jusoh (Dun Chetok), Ghazali Ismail (Parlimen Rantau Panjang), Datuk Mohamad Nordin Awang (Dun Salor), Mohd Shamsul Mohd Yusoff (Dun Pasir Tumboh), Wan Mohd Nazi Wan Hamat (DUN Demit), Mohd Zain Yasim (DunTawang).
Datuk Mohammad Zaidi Sidek (Dun Perupok), Mohd Othman Omar (Dun Melor), Mohd Basri Awang (Dun Kadok), Baharudin Yusof (Dun Bukit Panau), Bakri@Mohd Bakri Mustapha (Dun Gual Ipoh), Dayang Saniah Awang Hamid (Dun Kemahang), Tuan Mustaffa Tuan Mat (Parlimen Pasir Puteh), Zulkifli Ali (Dun Selising), Mohd Rujhan Salleh (Dun Limbongan), Zawawi Othman (Dun Semerak), Redzuan Stapha (Dun Gaal), Halim@Ab Halim Ismail (Dun Pulai Chondong), Azemi Mat Zin (Dun Temangan), Eriandi Ismail (Dun Kemuning), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff (Dun Guchil) dan Che Jalal Muda (Dun Manek Urai).
BN Kelantan turut menyenaraikan enam tokoh agama, termasuk Mohd Shamsul Yusoff, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim dan Mohd Afandi Yusoff. Golongan wanita juga turut tidak dipinggirkan dan diberikan kepercayaan menggalas harapan iaitu Dayang Saniah Awang Hamid (Dun Kemahang) dan Nik Noriza Nik Salleh (Dun Pasir Pekan).
Mengulas pengumuman calon itu, Mustapa berharap mereka yang dipilih mampu menggalas harapan rakyat Kelantan dalam membela nasib rakyat, selain yakin tidak berlaku masalah "cah keting".
"Semalam, saya sudah bertemu dengan semua bahagian di Kelantan, termasuk mereka yang dicalonkan dan tidak dicalonkan. Pertemuan berlangsung dalam keadaan harmoni dan saya yakin tidak akan berlaku masalah cah keting," katanya.
Mustapa berkata tokoh lama yang dikekalkan masih mampu memberi perkhidmatan dan diterima rakyat.
Beliau berkata ia penting bagi mengekalkan keseimbangan memandangkan tokoh-tokoh lama tersebut mempunyai pengalaman luas dalam memenangi hati rakyat, selain sudah terbukti telah menjalankan tugas dengan baik.
"Yang penting, rakyat hendaklah berminat dan berkenan dengan calon kita, dan saya yakin barisan calon-calon kita ini akan menyebabkan rakyat berminat terhadap kita Mustapa yang menyifatkan semua nama tersebut sebagai pasukan transformasi BN Kelantan, yakin BN mampu menang sekurang-kurangnya di 23 kerusi Dun dan lapan kerusi Parlimen.
Terdapat 14 kerusi Parlimen dan 45 Dun di Kelantan. Pada pilihan raya umum lepas, Pas menang 37 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1), namun pada pilihan raya kecil Galas pada 2010, BN kembali merampas kerusi berkenaan manakala dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN ialah Gua Musang melalui Tengku Razaleigh dan Jeli oleh Mustapa manakala PAS (lapan), PKR (3) dan Bebas (1).
Mengenai Dun Guchil yang diwakili PPP, Mustapa berkata ia merupakan pengorbanan besar Umno Bahagian Kuala Krai memandangkan ia merupakan kerusi tradisi mereka.
"Ini satu sejarah kerana PPP kita tahu perlu kerusi juga. Saya harap PPP bekerja kuat untuk hargai pengorbanan Umno dan menang cemerlang di Dun Guchil," katanya.
Mustapa berkata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak bertanding atas tiket BN memandangkan BN telah meletakkan Timbalan Ketua Bahagiannya Che Johan Che Pa sebagai calon di kawasan tersebut.
"Keputusan telah dibuat oleh parti, dan BN diwakili oleh Che Johan. BN telah berurusan (dengan semua pihak) dan tradisi kita bertanding semua kerusi bagi menyuburkan demokrasi," katanya.
Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
PARLIMEN
1. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)
2. Pengkalan Chepa: Datuk Dali Husin (Umno)
3. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)
4. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ Muka Baharu)
5. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/Muka Baharu)
6. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)
7. Bachok: Datuk Awang Adek Husin (Umno)
8. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)
9. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)
10. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/Muka Baharu)
11. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)
12. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
13. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno).
14. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno).

DEWAN UNDANGAN NEGERI
1. Pengkalan Kubor: Datuk Noor Zahidi Omar (Umno)
2. Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob (Umno)
3. Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh (Umno)
4. Wakaf Bharu: Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (Umno)
5. Kijang: Zaluzi Sulaiman (Umno)
6. Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak (Umno/Muka Baharu)
7. Panchor: Che Rosli Hassan (Umno)
8. Tanjong Mas: Kanidy Omar (Umno/Muka Baharu)
9. Kota Lama: Tan Ken Ten (MCA)
10. Bunut Payong: Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim (Umno/Muka Baharu)
11. Tendong: Datuk Hanafi Mamat (Umno)
12. Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat (Umno)
13. Chetok: Aimi Jusoh (Umno/Muka Baharu)
14. Meranti: Mohd Afandi Yusoff (Umno)
15. Gual Periok: Shaari Mat Husain (Umno)
16. Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail (Umno)
17. Salor: Datuk Mohamad Nordin Awang (Umno/Muka Baharu)
18. Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff (Umno/Muka Baharu)
19. Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat (Umno/Muka Baharu)
20. Tawang: Mohd Zain Yasim (Umno/Muka Baharu)
21. Perupok: Datuk Mohd Zaidi Sidek (Umno)
22. Jelawat: Datuk Ilias Husain (Umno)
23. Melor: Mohd Othman Omar (Umno/Muka Baharu)
24. Kadok: Mohamad Basri Awang (Umno/Muka Baharu)
25. Kok Lanas: Datuk Md Alwi Che Ahmad (Umno)
26. Bukit Panau: Baharudin Yusof (Umno/Muka Baharu)
27. Gual Ipoh: Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (Umno/Muka Baharu)
28. Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid (Umno/Muka Baharu)
29. Selising: Zulkifli Ali (Umno/Muka Baharu)
30. Limbongan: Mohd Rujhan Salleh (Umno/Muka Baharu)
31. Semerak: Zawawi Othman (Umno/Muka Baharu)
32. Gaal: Redzuan Stapha (Umno/Muka Baharu)
33. Pulai Chondong: Halim @ Ab Halim Ismail (Umno/Muka Baharu)
34. Temangan: Azemi Mat Zin (Umno/Muka Baharu)
35. Kemuning: Eriandi Ismail (Umno/Muka Baharu)  
36. Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik (Umno)
37. Air Lanas: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
38. Kuala Balah: Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno)
39. Mengkebang: Azizzuddin Hussein (Umno)
40. Guchil: Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (PPP/Muka Baharu)
41. Manek Urai: Che Jalal Muda (Umno/Muka Baharu)
42. Dabong: Datuk Ramzi Ab Rahman (Umno)  
43. Nenggiri: Mat Yusoff Abdul Ghani (Umno)
44. Paloh: Datuk Nozula Mat Diah (Umno)
45. Galas: Ab Aziz Yusoff (Umno)

Ternyata bahawa, seorang calon UMNO telah ditolak sejak beberapa PRU… Dengan itu secara jelas… PAS telah memenangi satu kerusi DUN…(dalam Parlimen Rantau Panjang)..
UMNO masih ada masa untuk semak, calon atau menukar calon jika ingin memenangi kerusi berkenaan… Sememangnya calon ini telah ditolak mentah-mentah oleh pengundi DUN berkenaan malahan oleh beberapa cawangan UMNO bahagian sejak beberapa PRU yang lalu. Harap beringat walaupun cuma 1 kerusi DUN sahaja, namun ianya adalah pasti… bukannya janji tetapi satu kepastian…
Beberapa nama lain juga tersenarai dalam calon-calon yang akan kalah sebelum penamaan pada 20 April nanti.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...