. 100 Peratus Blog Mesra SEO - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

100 Peratus Blog Mesra SEO

at Rabu, 24 April 2013[2:21 PTG]

As-Salam. Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan blog yang benar-benar mesra SEO (Search Engine Optimization). Walaupun anda menggunakan template yang dikatakan telah dilengkapi dengan ciri-ciri SEO tetapi hakikatnya, enjin pencari sentiasa menukar algorithma carian untuk membolehkan blog-blog yang benar berkualiti dipaparkan di laman pertama carian.
Tentu seronok bila mendapati blog anda sentiasa disinggahi dan mendapat trafik menerusi enjin carian, di kala anda sedang kebuntuan untuk menulis entri baru. SEO adalah penyelamat, pemberi trafik secara organik ketika anda tidak tahu apa yang perlu diceritakan di blog anda.

Sentiasa Analisis Blog Untuk SEO

Seperti HH, setiap hari akan cuba mengkaji, membuat rujukan, membuat analisis agar blog ini sentiasa berada di tahap terbaik dalam pendekatan SEO. HH perlu pastikan setiap tindakan, tips, tutorial, panduan yang digunapakai dan dikongsi bersama rakan blogger lain benar-benar berkesan. Bukan apa, mungkin akan ada blogger yang persoalkan setiap panduan, nasihat, teguran, cara, tips dan petua yang HH cuba berikan menerusi blog panduan blogger ini. Kena sentiasa bersedia apabila ada blogger yang bertanya.
Sebelum ini, HH pernah ceritakan bagaimana untuk periksa tahap atau skor SEO blog menerusi Chkme.com. Ia sebuah laman web perkhidmatan untuk periksa dan berikan skor SEO untuk blog anda.
Setelah beberapa ubahsuaian yang perlu disamping berkat kesabaran menggunakan kata kunci tertentu untuk penjenamaan blog ini, alhamdulillah berjaya juga capai 100 peratus skor SEO menerusi Chkme.com ini.

SEO Tools - SEO Score Chkme



100 Peratus Blog Mesra SEO



Blog ini juga telah berjaya capai 98% Search Engine Optimization Score menerusi SEO Doctor - sebuah aplikasi yang terbina dalam Firefox. Untuk info, blog ini selamat dan cantik dilayari menerusi pelayar web Mozilla Firefox.
Blog ini juga telah berjaya capai 60.9% menerusi WS Analyzer. Tak berjaya capai lebih tinggi kerana terdapat kesilapan dan kesalahan menggunakan W3C Control di dalam kod html/xhtml blog ini, yang sememangnya HH tak berapa nak reti .. hehehe... walaupun di sebalik mendapat rating 3 stars dari 5 stars yang diberikan.
Untuk info, setiap analisis menerusi beberapa aplikasi adalah berbeza. Jadi, jangan gusar andai blog anda tidak berjaya capai apa yang dikehendaki di aplikasi periksa tahap SEO di A, sedangkan di B anda berjaya capai dengan jayanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

pasaran as cuba untuk pulih prospek serangan as te...

insurance premium hike in line with bnm s interim ...

menteri besar terengganu umum cuti hari ahad 30hb ...

menikmati durian black thorn di titi kerawang stal...

tik tok kena banned

allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

isu tapak kuil selesai pengurusan kuil setuju pind...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pulau pinang bagi duit raya guna duit negeri teren...

koleksi popular sampul duit raya edisi terhad 2025

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...