. Forbidden City - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Forbidden City

at Selasa, 16 April 2013[12:58 PTG]

16 September 2011 - Acara rasmi belum bermula, jadi Puspa membawa saya ke dataran Tianamen untuk melihat lokasi bersejarah itu dan yang menjadi tumpuan para pelancong asing datang dan bergambar.
Sungguh ramai manusia datang ke sini, jadi tidak pelik apabila bertembung dengan kumpulan pelancong dari Malaysia sendiri.
Kebiasaannya para pelancong datang ke dataran Tianamen untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan bangunan Parlimen, Muzium Kebangsaan dan pintu gerbang masuk ke Forbidden City.
Pintu-pintu gerbang ini bukan seperti gerbang biasa tetapi lebih menyerupai bangunan besar yang mempunyai laluan terowong di bawahnya untuk masuk ke perkarangan yang ke seterusnya.
Pada zaman dahulu untuk masuk ke Forbidden City, seseorang itu akan melalui 9 pintu gerbang sebelum tiba di perkarangan utama. Sebahagian daripada pintu itu telah lama dirobohkan.
Setelah melewati tiga gerbang dan perkarangan, barulah tiba di kaunter tiket. Tiket untuk masuk ke Forbidden City ialah RMB60. Orang-orang di sini kata, tidak sah datang Beijing jika tidak buat tiga perkara iaitu melawat Forbidden City, memanjat Tembok China dan makan itik panggang Peking.
Bahagian dalam Forbidden City bermula dengan sederet jambatan. Jambatan di tengah-tengah adalah hanya untuk maharaja, di sebelahnya adalah untuk permaisuri dan diikuti dengan pembesar-pembesar istana. Jambatan paling tepi adalah untuk mereka yang berpangkat paling rendah.
Ruang perkarangan forbidden city agak luas dan tidak berpokok seperti yang kita sering tonton dalam filem-filem China dan Hong Kong, serta terbahagi kepada banyak perkarangan.
Balairong maharaja terletak di bahagian tengah forbidden city, manakala beberapa bangunan lagi seperti perpustakaan berada di belakangnya.
Di bahagian belakangnya juga ada taman-taman dan tasik. Mengikut kisahnya, terdapat 999½ bilik di dalam kompleks istana ini, memang satu hari pun tidak cukup untuk meninjau kesemua kawasannya.
Memandangkan ada acara yang perlu dihadiri pada sebelah petang, terpaksalah kami bergegas untuk makan tengaharu dan kemudian ke pejabat China Radio International (CRI) untuk Majlis Penganugerahan Penarafan Bandaraya China 2011.
Baca laporan saya untuk majlis tersebut di
Utusan Online

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

is vr and ar the next big thing in gaming

along bakal mati syawal ini

preparing your home for hari raya a guide to multi...

hael husaini nadeera meriah lain macam

bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi

mercun terbakar kereta hangus

di sana tolak ansur di sini tolak tersungkur dr ma...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...