. Tips Dalam Mendapatkan Pasangan Yang Soleh & Solehah - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Tips Dalam Mendapatkan Pasangan Yang Soleh & Solehah

at Jumaat, 12 April 2013[12:24 PTG]

Semalam jumpa sahabat lama. Sekarang dia dah jadi ustaz dah. Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa tu, mesti la topik perbualan tu panjang sikit. Maklumlah, ustaz kesayangan merangkap sahabat setia la katakan. Dalam masa berbual tu. Tiba-tiba pulak ustaz ni tanya aku dah 'KAHWIN' belum. Alahai ustaz... dah ada calon untuk aku ke?? Umur dah la hampir setara. Bezanya cuma dia muda sedikit dan sudah berkahwin.

Dalam minggu ni, dah masuk seratus kali dah orang tanya aku soalan yang sama. Teruk betul kena soal selidik ni.

Apa-apa pun aku jawab jugak la soalan tu. Lepas tu ustaz ni beritahu; "Nak cari jodoh ni, kita kena cari dekat dalam diri sendiri." Aku mula membingungkan diri dengan memikirkan bagaimana caranya. Otak aku memang akan mengalami kelembapan yang melampau kalau dalam bab mencari jodoh ni. Macam manalah aku nak cari jodoh dalam jasad aku yang cukup kecil ni??

Dalam pada masa aku kebingungan tu. Ustaz ni tambah lagi; "Jangan cari wanita solehah ni dekat masjid, sekolah, pejabat dan sebagainya sebab kamu takkan berjumpa dengannya." Aku bertambah bingung dan hampir-hampir memeningkan diri yang sedari tadi tak pening pun. Mana lagi nak cari kalau dekat masjid pun tak boleh nak jumpa??

Belum sempat aku nak bertanya dan pecahkan kebuntuan ni. Ustaz merangkap sahabat aku ni sekali lagi berkata; "Carilah pasangan yang sekufu."

Kali ni aku dengan tangkasnya menanyakan soalan yang terbuku di fikiran; "Sekufu? Maknanya ustaz?"

"Maknanya, sama tahap iman dan taqwa. ALLAH SWT menjadikan seseorang sebagai pasangan untuk akhi sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang akhi miliki. Jika akhi mahu melihat tahap iman dan taqwa seseorang, lihatlah siapa pasangannya." Aku mula memahaminya tapi masih belum sepenuhnya. Cukup-cukup lambat otak aku untuk memprosesnya.

"Jadi, apa yang perlu dilakukan."

"Andai akhi mahukan isteri yang solehah, terlebih dahulu perbaikilah amal soleh akhi dahulu. Nak yang solehah, mestilah kita kena jadi yang soleh..kan? Begitu jugalah sebaliknya. Nak yang soleh kena la jadi yang solehah. InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan akhi untuk mendapat isteri yang solehah. Yakinlah dengan janji ALLAH. Itulah maksud ana. Carilah pasangan yang solehah dalam diri akhi."

Credit to Rusydee Artz

Barulah aku faham apa yang ustaz itu cuba jelaskan. Lambat betul nak memahaminya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...