. PENTINGNYA ADAB BERBICARA - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

PENTINGNYA ADAB BERBICARA

at Jumaat, 12 April 2013[11:32 PG]

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Ilahi  kerana masih lagi memberikan ruang waktu untuk aku berada dalam hari yang sangat mulia dan penuh barokah ini. Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan ruang waktu ini untuk aku terus memperbaiki serta menambahkan amal kebaikan yang masih banyak cacat celanya.
Dalam kehidupan seharian kita di dunia ini, hari-hari kita akan mendengar tentang perbicaraan samada yang berbicara itu diri kita sendiri mahupun orang lain. Kadang-kadang, berbicara itu lebih mudah dilakukan kerana sifatnya lidah yang tidak mempunyai tulang sehingga terdapatnya perbicaraan yang sia-sia belaka. Tidak kurang juga terdapatnya perbicaraan yang menyakitkan hati dan mengguris perasaan. Namun ramai yang tak mahu nak bertanggungjawab atas apa yang dibicarakan. Sebab itulah kita kena fikir akan baik buruknya sesuatu perkara sebelum membicarakannya.
Pernah dengar pepatah 'kerana mulut badan binasa'...?? Maksudnya?? Carilah sendiri....
"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna."
(Surah al-Mukminun : 1-3)
Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: "Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam."
    • Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.
    • Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
    • Ketiga: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.
    • Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
    • Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.
Wallahu'alam..
Naltaqi ghadan ^__^
InsyaALLAH..

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...