. Senarai Kongsi Gelap - KDN - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Senarai Kongsi Gelap - KDN

at Khamis, 29 Ogos 2013[11:01 PG]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). 

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:

1. Geng 04

Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur

2. Geng 08

Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3. Double 7

Seluruh Semenanjung Malaysia

4. Tiga Line

Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5. Geng 30

Seluruh Semenanjung Malaysia

6. Geng 38

Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

7. Geng 24

Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8. Geng 18

Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9. Geng 36

Jumlah keanggotaan dianggarkan seramai 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10. Geng 21

Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11. Ang Soon Thong

Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

12. Wah Kee

Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

13. Sio Sam Ong

Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

14. PNEH

Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15. Hong Hong San

Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

16. Hai San

Aktif di Perak

17. Siang Ang Bin

Aktif di Kuala Lumpur

18. New Cell 20

Aktif di Perak

19. Jit It Hai

Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20. Sio Koon Tong

Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

21. Gee Lam Kor

Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

22. Gee Ah Eng

Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

23. Loh Kuan

Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

24. Tiang Yee Tong

Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

25. Geng Leng Hor

Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

26. Geng 35

Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

27. Geng 303

Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

28. Geng Satu Hati

Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

29. ATAP

Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

30. Hung Ann

Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

31. Sui Yuk

Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

32. Otai

Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

33. Borneo Red EMP

Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

34. Ah Ngau

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

35. Batu Tiga

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

36. Ah Feng

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

37. Batu 10

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

38. Sibu Ti

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

39. Ah Seng

Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

40. Ah Chin

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

41. Lee Lung

Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

42. Lo Han

Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

43. Sg Merah

Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

44. Sg Badut

Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

45. Ting Ching Lee

Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

46. Tua Cak Lee

Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

47. Teksi Station

Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

48. Pintu Merah

Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

49. Krokop

Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. Daripada senarai dan kawasan yang di senaraikan oleh KDN disini jelas menunjukkan Kelantan bebas dari Gengsterisme

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...