. Super Bus - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Super Bus

at Khamis, 22 Ogos 2013[8:59 PG]

Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas.
Bas yang digelar 'super bus', ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).

Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.

Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Menurut pereka projek, Antonia Terzi, 'super bus' itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya.

"Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

resepi nasi lemak rendah kalori sarapan sihat meng...

pelbagaikan kegunaan khemah

mahathir treats sabah and sarawak as piggybanks sa...

selamat hari ibu buat emak saya semua emak di duni...

anwar rebukes divisive leaders in sabah who stoke ...

filem gayong

understanding artificial intelligence a malaysian ...

makan di gerai tip top ikan bakar

tmj it s not about the speed this is not a sprint ...

kelas berenang

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...