Haram dan Halal
Kat Malaysia ni kalau perkara yang halal terutama makanan, kita ada logo HALAL. Tapi kalau benda2 haram, kita takde logo HARAM. So aku cadangkan Jabatan Agama agar keluarkan logo HARAM pada perkara2 yang dah terang2 seperti arak, judi dan babi serta perkara2 yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kalau tidak tak guna kalau fatwa sahaja haram tapi orang Islam masih bebas boleh beli dan guna macam takde apa2 masalah pun.
Berikut adalah antara fatwa2 pilihan mengenai pengharaman sesuatu benda:
1. Shisha haram.
Shisha baru sahaja difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tapi kat kedai2 mamak masih boleh dihisap2 kalau kerajaan masih lagi meng'halal'kan penjualan atau penggunaannya. E-cigarette atau rokok elektronik pun kerajaan dah nak mula nak haramkan, mungkinkah lepas ni fatwa pengharamannya pula akan dikeluarkan?
2. Rokok haram.
Rokok juga dah lama Majlis Fatwa haramkan, tapi masih lagi boleh lagi dibeli oleh orang Islam kerana kerajaan masih meng'halal'kan penjualannya sebab masih boleh kutip cukai. Malah walau rokok tu haram, tapi orang2 Islam relaks je hisap macam ianya halal pun. So lepas ni kalau ada logo HARAM kat kotak rokok, rasa2 ada lagi tak orang Islam nak beli dan hisap.
3. Pertandingan Ratu Cantik haram.
Pertandingan ratu cantik juga telah difatwakan haram disertai oleh wanita Islam, tapi sekarang ni boleh pulak wanita melayu Islam join pertandingan ratu cantik ni dengan alasan "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang". Pulak dah. Kalau macam tu apa point ada fatwa?
4. Pelaburan ASB/ASN haram.
Dulu pelaburan ASB dan ASN pernah difatwakan haram di negeri Selangor dan Pulau Pinang, tapi orang Islam masih je lagi boleh melabur di ASB dan ASN. Sepatutnya kalau dah haram tu, ASB dan ASN kenalah letak logo HARAM, at least orang Islam tahu akan status halal haram dia. Tapi kalau Majlis Fatwa peringkat negeri sahaja cakap haram, tapi kat Majlis Fatwa peringkat Kebangsaan cakap HARUS, payah jugak.
5. Insurans nyawa haram.
Insurans nyawa juga pernah difatwakan haram dulu pada tahun 1979, tapi sekarang dengan adanya sistem insuran takaful yang lebih Islamik, mungkin pihak kerajaan perlu memberi sama ada logo halal atau haram kepada semua jenis insurans so at least umat Islam ada panduan nak memilih insurans yang halal sahaja. Ini juga tertakluk kepada akaun dan pinjaman2 bank sama ada yang berbentuk konvensional atau Islamik. Dengan adanya logo halal haram pada semua jenis akaun dan pinjaman bank, takde la orang Islam nak guna perbankan konvensional yang dah sah2 penuh dengan riba. Ini tidak, orang Islam sekarang guna perkhidmatan perbankan konvensional macam takde apa2 masalah pun, apa beza dengan guna perkhidmatan perbankan Islamik?
6. Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) haram.
Pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya juga haram, tapi sayang masih ramai wanita muslim yang bekerja sebagai GRO, nak buat macam mana, tokey kelab malam pun ramai orang Islam.
7. Ganja haram.
Dadah juga telah difatwakan haram termasuk syabu, opium dan GANJA (hashish), malah ulama termasyhur Sheikd Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah memfatwakan yang ganja adalah haram. Yang bagusnya dadah2 ni bukan hanya difatwakan sebagai haram, malah dalam undang2 negara juga ia diharamkan. Tapi tu pun masih lagi ada orang nak perjuangkan agar ganja itu dilegalkan.
8. Bertafakur di tugu negara haram.
Dah haram dah pun istiadat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di tugu2 peringatan seperti Tugu Negara, bukan 1 tapi 5 6 fatwa dah dikeluarkan, tapi masih lagi ada orang buat terutama pemimpin.
9. Judi dan arak haram.
Yang ni tak perlu fatwa pun, dah konfirm haram, tapi masih ada lagi orang Melayu Islam yang tanpa segan silu beli nombor ekor Sports Toto dan Magnum 4D serta membeli dan menogok botol arak. Patut kat kedai judi dan botol arak tu letak besar2 logo HARAM untuk umat Islam.
Kesimpulannya, aku tak nampak sangat apa fungsi Majlis Fatwa keluarkan apa2 fatwa kalau ia hanya sekadar hukum tapi langsung tiada penguatkuasaan atau at least, peringatan. Walau dah haram tapi orang Islam masih boleh membeli, memakai, mengguna, membuat, memakan dan menyertai tanpa sebarang rasa masalah dan bersalah dari rakyat marhaen sampai peringkat pemimpin. So mungkin sebagai langkah pertama boleh keluarkan logo HARAM sebagai peringatan dan panduan, dan kita tengok macam mana keberkesanannya.
P/S: Setakat ni tiada lagi mana2 parti yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa, yang ada cuma pengharaman daripada agamawan2 tempatan sahaja. So kalau lepas ni ada mana2 parti yang hendak diharamkan, mungkin boleh letak logo HARAM di lambang parti tersebut.
Ikuti kami melalui RSS 2.0.