. Ada apa dengan kedai mamak. - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Ada apa dengan kedai mamak.

at Isnin, 26 Ogos 2013[5:30 PTG]

Awek Mamak

Kedai Mamak bagi gua sangat sinonim dengan dunia remaja masa kini yer dak..? ibarat takda mamak di mana sesuatu tempat itu tak syok..hehe..so area rumah sapa yang takda mamak itu secara tak langsung sewa mesti murah...('',) * sukati gua je

Kebiasaannya kalau dikawasan tempat ramai student mesti kedai mamak selalu penuh.., tak kira la waktu sarapan, makan tengah hari, malam atau lagi hebat lagi tengah malam.. rasa-rasa kenapa..?

Bawah ini gua rasa antara punca dan sebabnya..hehe :

- Pelayan kedai mamak ala-ala hero filem hindustan mungkin sejuk mata memandang bagi cik awek..(''.)

- Tempat berkumpul peminat bola sepak sebab ada TV besar dan Skrin Besar..., so suasana dia kompom lain..nak memekak dekat situ pun tarak hal..!! * gua biasa lepak

- Kedai mamak zaman ni rasanya 90% ada wifi yer dak..? apa yang bestnya ianya percuma walau hanya dengan bermodalkan milo ais segelas...hahahaha  *gua biasa buat

- Ni part paling best bagi remaja zaman sekarang lepak kedai mamak ialah salah satu tempat untuk cuci mata sambil makan, mata meliar tengok awek...hehe.., gua rasa tak silap cik awek pun buat benda yang sama kan kan kan..('',)

*gambar sumber google..kalau tuan punya badan marah bagitau ok..nanti gua deleted..

**********************

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kenapa ramai remaja suka lepak kedai mamak...antara sebab lain gua rasa ialah servis kedai mamak agak cepat.

Gua malas nak bezakan dengan kedai lain...tapi gua bagitau sebab apa remaja pilih kedai mamak...('',)

Sekian...Peace (~_^)v

- See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2013/01/ada-apa-dengan-kedai-mamak.html#sthash.akVg9AJI.dpuf

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...