. Pembayaran Cukai LHDNM - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Pembayaran Cukai LHDNM

at Isnin, 26 Ogos 2013[9:42 PG]

Perkhidmatan e-Bayaran, e-PCB dan e-Data PCB melalui FPX

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Bank-bank yang terlibat adalah:

  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Maybank2e / Maybank2U
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad

Sila layari : https://epayment.hasil.gov.my - e-Bayaran, https://ekls.hasil.gov.my/ - e-PCB dan http://eapps.hasil.gov.my/ - e-Data PCB

Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM

a) Bayaran di Kaunter

Bayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:

  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • Maybank
  • POS Malaysia
  • Affin Bank

Nota:

  • Hanya bayaran secara tunai sahaja yang diterima di kaunter POS Malaysia.
  • Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Bulanan di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
  • Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

    i. Kod Bayaran
    ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
    iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
    iv. No. Kad Pengenalan
    v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
    vi. Amaun bayaran

b) Bayaran Melalui Internet

Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;

Bayaran PCB sahaja melalui https://www.alliancebank.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk individu sahaja melalui https://www.cimbclicks.com.my
Bayaran PCB melalui
https://www.cimbbizchannel.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Syarikat serta bayaran PCB melalui https://www.citibank.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu dan Syarikat serta bayaran PCB melalui https://www.hlb.com.my/
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu melalui https://www.maybank2u.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk Syarikat serta PCB melalui
http://www.maybank2e.net
Bayaran Cukai Pendapatan, CKHT dan PCB Individu dan Syarikat melalui https://www.pbebank.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui https://www.rhb.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my

(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)

Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ambankgroup.com/en/Business/CashManagement
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ocbc.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511


c) Bayaran Melalui ATM

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;

  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank

Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.

d) Bayaran Melalui Tele-Perbankan

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;

  • Maybank – Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)

e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

  • Public Bank Berhad – Mesin Deposit Cek (CDM)

f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

  • CIMB Bank Berhad – Mesin Deposit Tunai (CAM)

Jadual Kod Bayaran

Item

Kod Bayaran

Keterangan

1

084

Bayaran Ansuran Cukai – Individu

2

086

Bayaran Ansuran Cukai – Syarikat

3

088

Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit

4

090

Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah

5

095

Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)

6

150

Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103

7

151

Bayaran Seksyen 108

8

152

Bayaran Kenaikan Seksyen 108

9

153

Bayaran Kenaikan Komposit

10

154

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)

11

155

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)

12

156

Bayaran Kos Mahkamah

13

157

Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman

14

158

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit

15

159

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan

16

160

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil

17

173

Bayaran Kos Guaman

18

178

Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)

19

181

Bayaran Kenaikan Seksyen 25

20

196

Bayaran Penyelesaian Cukai

21

197

Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan

22

250

Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus

23

286

Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh

24

092

Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)


Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara:

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT)

  • Melalui Telegraphic Transfer (TT)/ Interbank Transfer Giro(IBG)/ Electronic Fund Transfer (EFT)
    Bayaran cukai secara TT,IBG atau EFT boleh dibuat terus ke Akaun Terimaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berikut:

    • No. Akaun penerima: 14230003355052
    • Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
    • Nama dan alamat bank penerima: CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Duta Tingkat Bawah,
      Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia

    Bagi bayaran TT(RENTAS), maklumat kod pengenalan swift bagi CIMB Bank Berhad adalah seperti berikut:

    • Swift Code : CIBBMYKL

    Pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat bayaran cukai berikut bagi bayaran yang dibuat melalui kaedah ini:-

    • Nama Pembayar Cukai
    • Nombor Rujukan Cukai
    • Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
    • Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di para f.)
    • Tahun Taksiran bayaran dilakukan.
    • Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran.

    Maklumat ini perlu dikemukakan pada hari yang sama kepada Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan, Jalan Duta melalui faks di nombor 03-62013490, 03-62019637 atau 03-62016857. Maklumat ini juga boleh dikemukakan melalui emel kepada pegawai-pegawai berikut:-

    • Pn. Hazniza Hamzah hazniza@hasil.gov.my

      Resit bayaran hanya akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah disah terima oleh bank dangan maklumat bayaran yang lengkap dikemukakan. Bagi bayaran yang dibuat tanpa mengemukakan maklumat yang tepat akan melambatkan proses pengeluaran resit dan pembayar cukai adalah bertanggungjawab sekiranya dikenakan denda lewat.

    b) Melalui Bank Draft

    Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut:

    • Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
    • Nama dan alamat bank pembayar: Mesti “local paying bank” atau “local correspondence bank” supaya draft tersebut menjadi cek tempatan.

    Bank draft tidak boleh dibeli dalam Ringgit Malaysia Oleh itu, pertukaran mata wang bagi jumlah yang perlu dibayar hendaklah dibuat dengan tepat. Maklumat bayaran dan pembayar perlu ditulis dibelakang bank draft dan kemudian diposkan ke Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan Jalan Duta.

    Kaunter Bayaran
    Tingkat Bawah, Blok 8A
    Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta
    50600 KUALA LUMPUR

Cukai Bagi Kes Taksiran Bersama

Sekiranya pendapatan suami atau isteri telah ditaksir bersama atas nama salah seorang daripadanya maka pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab membayar cukai tersebut. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, cukai yang kena dibayar atas pendapatan isteri atau suami boleh dipungut daripada salah seorang mengikut nisbah jumlah pendapatan masing-masing.

Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Pada masa kini terdapat Skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Cukai yang kena dibayar akan dipotong daripada saraan seseorang individu yang berkenaan. Cukai dipotong setiap bulan daripada gaji mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB yang dikeluarkan oleh LHDNM.

Bayaran Baki Cukai

Perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang telah dipotong dan cukai yang patut dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai patut dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 30 April tahun berikutan tahun taksiran.

Ansuran Bulanan

Sekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada unit pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

Penalti Lewat Bayar Baki Cukai

Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.

Rayuan Ke Atas Penalti Lewat Bayar

Jika anda tidak bersetuju dengan penalti lewat bayar yang dikenakan, anda boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Unit Pungutan cawangan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.

Penalti lewat bayar yang dikenakan mestilah dijelaskan terlebih dahulu walaupun rayuan dibuat. Sekiranya rayuan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah yang berkenaan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...