. Please Tolong Jangan BACA!!! - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Please Tolong Jangan BACA!!!

at Rabu, 11 Disember 2013[2:14 PTG]

Pada mulanya aku rasa ini lawak aje kot. Takan la seseorang yang waras nak cakap macam tue? So aku pun survey dulu facebook kepada ahli parlimen tersebut.

Aku dapati kemungkinan besar ini memang account facebook rasmi dia. Rujuk kenyataan balas dia kat bawah neh hah ;


Dua benda yang aku nampak datuk neh cuba nak sampaikan.

Pertama. Islam hanya akan tertegak jika melayu wujud di Malaysia neh. Kedua, jika tanpa melayu maka Islam pun tak wujud kat negara neh.

Jika kita belajar sejarah, melayu memeluk agama Islam angkara dari dakwah2 yang dikembangkan oleh masyarakat arab.

Kenapa bukan kalau pedagang arab tak berdagang di tanah melayu maka melayu pun bukan beragama Islam di negara neh, tak boleh ke macam tue? Ikut sejarah juga, orang cina dan india lebih dulu memeluk agama Islam berbanding melayu. Macam mana tue? Kalau la dorang cakap takde cina dan india kat mana2 negara, maka takde la Islam macam mana? Macam mana pula kalau orang arab cakap takde orang arab maka takde la islam kat negara dia, macam mana?

Haha.

Yang sebenarnya setiap sesuatu kejadian telah ditentukan oleh Allah di bumi ini. Tak berapa tepat kita nak kata kalau takde melayu, takde islam kat negara neh. Bukan orang melayu aje kot beragama Islam di negara ini. Ramai lagi mereka2 yang menganuti Islam tetapi bukan la dari kalangan mereka yang berbangsa melayu.

Lagi pula, walaupun fakta ini pahit untuk diterima tetapi ia merupakan satu fakta juga yang kebanyakkan kes2 jenayah dan masalah sosial dipelopori oleh umat2 melayu yang mengakui mereka muslim. Ini bermaksud bersandarkan title bangsa semata2, ia bukan la jaminan ko akan mengamalkan perkara2 yang terkandung dalam Islam. 

Apa yang penting bukan la kesedaran mengenai apa bangsa kita. Tetapi apa yang penting ialah sejauh mana kita sedar kita neh umat Islam dan mahu mempertahankan prinsip2 yang terkandung dalam agama kita atas tujuan kebaikan bersama tanpa kira bangsa dan anutan sekalipun. Islam itu bukan sekadar frame. Tangkap gambar cantik2 letak dalam frame dan jadikan ia hiasan di tepi2 dinding, meja ataupun rak. Sebaliknya ia untuk diamalkan dan dikembangkan supaya sesama kita boleh merasai keindahan dan kebaikan yang terkandung dalam ajaran Islam.

Yang sebetulnya kalau takde iman, takde taqwa maka takde la syurga buat kita. Dunia neh sementara, bangsa itu pinjaman, negara neh keduniaan, semua yang wujud neh tidak kekal pun. Yang kekal itu di alam akhirat sana. Fikir2kanla ya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...