. Semak Keputusan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Semak Keputusan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014

at Selasa, 31 Disember 2013[9:04 PG]



Ada sesiapa yang punyai anak, anak sedara, cucu, cicit atau mungkin adik, adik tiri atau adik angkat yang telah pohon untuk masuk ke tingkatan satu (1) sekolah berasrama penuh tak? Jika ada, anda kini boleh menyemak keputusan kemasukan ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh bagi pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan UPSR 2013.

Semak Keputusan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014
Semakan ini boleh dilakukan secara online atau dalam talian menerusi aplikasi berkala yang telah disediakan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda perlu menggunakan aplikasi berkenaan dengan memasukkan angka giliran UPSR 2013. Seandainya terpilih, anda perlu dengan segera terus mencetak surat tawaran berkenaan bagi digunakan semasa pendaftaran kemasukan ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh kelak.
Portal Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Asrama Penuh 2014
Semakan boleh dibuat di pautan berikut -  Semakan Kemasukan Tingkatan Satu SBP 2014
Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1)

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan
  3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:
    • murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 
    • murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan 
  4. Aktif dalam kokurikulum.
Senarai Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang
The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak
Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh Perak
Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak
Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur
Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam, Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Rawang Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Gombak Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Banting, Banting, Selangor
Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Labu, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
SMS Perempuan Seremban, Seremban, Negeri Sembilan (Dijangka buka pada Januari 2014)
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh, Melaka
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor
Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh, Pahang
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu
Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu
Sekolah Menengah Sains Setiu, Setiu, Terengganu
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Jeli, Jeli, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)
Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah
Sekolah Menengah Sains Labuan, W.P. Labuan
Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak
Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Kuching Sarawak

Untuk maklumat lanjut permohonan ke SBP bagi sessi 2014 sila ke

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...