. Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

at Khamis, 19 Disember 2013[2:10 PTG]

Untuk makluman, Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014


  • akan dibuka bermula 23hb disember 2013 (isnin) ini sehingga 31 Januari 2014
  • Bagi penerima BR1M sedia ada - tidak perlu mendaftar semula tapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
  • Bagi pemohon baharu - boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.
  • Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati
    • di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
    • Jabatan Pembangunan Persekutuan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
  • Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014.
  • Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Sedikit info pemberian BR1M 2014 :
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - RM650
  • Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan - RM300.
  • Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara- RM650.  
  • Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...