. Jovian Mandagie Akui Bercinta dengan Nina - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Jovian Mandagie Akui Bercinta dengan Nina

at Khamis, 22 Ogos 2013[8:22 PG]

jovian-nina

Pereka fesyen terkenal tanahair, Jovian Mandagie memang tidak asing lagi dikalangan selebriti mahupun pengemar fesyen. Jovian kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada penyanyi di Malaysia iaitu Dafi. Jovian tanpa berselindung memuatnaik gambar mesranya dilaman sosial Instagram dan mengaku mencintai Nina Sabrina.

“Alhamdulillah, kami telah berkawan lebih setahun. Hubungan kami bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini. Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Nina mempunyai banyak perancangan perniagaan tetapi kerana ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian, jadi saya membantunya menunjukkan jalan bagaimana untuk menguruskan perniagaan. Saya memberikannya peluang untuk menganjurkan majlis pertunjukan fesyen AviRaya iaitu koleksi fesyen Hari Raya saya tahun lalu dan sejak itu kami kerap bertemu, semakin rapat dan saya telah jatuh hati dengannya,” kata Jovian Mandagie berterus terang.

jovian-nina-1

Tambah pereka fesyen kegemaran Ning Baizura itu lagi, selain daripada berasa sentiasa gembira dan tersenyum bersama Nina terdapat banyak faktor yang menyebabkan dirinya terpesona dengan gadis itu.

“Saya seorang yang workaholic. Tetapi Nina selalu mengingatkan saya supaya sentiasa menghargai perkara lain iaitu jangan terlalusibuk dengan kerja dan sikapnya yang sentiasa positif membuatkan saya tertarik dengannya. Dari sudut lain pula, saya banyak membantu Nina memberi semangat, motivasi dan perangsang untuk dia terus berjaya terutama bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan. Malah apabila bersama dengannya, hati saya gembira dan jiwa muda saya kembali segar. Ini kerana sebelum ini hati sayapernah dilukai dan dari situ saya banyak belajar erti perhubungan sebenar sejakbersama Nina. Kami kerap luangkan masa bersama, membuat kerjadan adakalanya pergi bercuti bersama-sama. Setiap kali dapat bersama, Nina telah berjaya menjadikan saya, diri saya yang sebenar,” katanya yang ditemui di majlis pertunjukan fesyen Orked.

Menurut Jovian lagi, kedua-dua belah keluarga menerima baik perhubungan mereka berdua itu malah dia sudahpun bertemu dengan kedua ibubapa Nina.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

how much torque and horsepower does a porsche m96 ...

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

sentiment of malays being treated as second class ...

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

us s pro israel stance attracting more critics say...

hari raya bagi saya seorang oku

gempa myanmar 694 maut 1 670 cedera 68 hilang

hiburan dah set dah berapa fattah amin sediakan du...

mendamaikan 2 pihak

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...