. Kritikan Tunku Ismail positif: Annuar - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Kritikan Tunku Ismail positif: Annuar

at Rabu, 6 Mac 2013[11:51 PG]

Panggilan 'misteri' RajaKota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M), baru-baru ini, tidak berniat jahat.
Annuar menganggap kritikan itu sebagai teguran positif dan membina daripada Tunku Ismail sebagai ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Secara peribadi, tindakan Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan yang kurang memuaskan dalam kancah bola sepak tempatan adalah satu teguran positif.

“FAM tidak perlu sensitif dalam hal ini. Tindakan hanya perlu diambil jika sesuatu teguran itu adalah berniat jahat.
“Saya sendiri mempertahankan tindakan saya mengkritik prestasi skuad kebangsaan dulu. Saya pertahan kerana tindakan saya itu tiada niat jahat, hanya memberi pendapat positif.

Perlu diberi ruang
“Saya fikir saya tidak boleh dikenakan tindakan kerana kritikan saya dulu bukan niat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan saya itu betul.

Ruang suara pendapat
“Sebagai ahli gabungan, kita perlu ada ruang untuk menyatakan pendapat dan hak untuk bersuara dalam FAM. Orang luar pun ada yang memberi pendapat, namun pendapat mereka itu tidak beri apa-apa kesan melainkan pendapat ahli gabungan yang boleh diterjemahkan dan bawa kepada perubahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Jersi The Red Warriors (TRW) untuk saingan Piala AFC, di Hotel Holiday Villa, di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Tuan Syed Mahadzir Syed Mansor; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Affendi Hamzah; Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

along bakal mati syawal ini

is vr and ar the next big thing in gaming

preparing your home for hari raya a guide to multi...

hael husaini nadeera meriah lain macam

bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi

mercun terbakar kereta hangus

di sana tolak ansur di sini tolak tersungkur dr ma...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...