. Siti Saleha - Amalkan Diet Seimbang - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Siti Saleha - Amalkan Diet Seimbang

at Sabtu, 23 Mac 2013[3:53 PTG]

Pelakon kacukan Melayu-British, Siti Saleha Mohd Baharum atau Saleha, 23 mengakui sangat menitik beratkan pengambilan makanan sihat dan seimbang untuk perkembangan tubuh badan yang sihat dan cantik.

Saleha tidak menafikan agak sukar untuk memastikan berat badannya terkawal dan tidak bertambah kerana kaum keluarga sebelah ibunya mempunyai faktor genetik berbadan besar.

“Saya gemar mengamalkan memakan buah dalam kadar yang berpatutan. Misalnya, waktu penggambaran berlangsung, mereka selalu menghidangkan nasi, jadi saya sebolehnya mengelak makan secara berlebihan dan terpaksa mengawal selera walaupun makanan tersebut sedap-sedap semuanya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Adik kepada vokalis Bunkface, Sam ini juga suka mengamalkan senaman seperti ‘sit up dan push up’ dan menyatakan prinsipnya adalah tidak boleh malas dan sentiasa berdisplin dengan rutin yang ditetapkan.

Selain itu, dia juga mempunyai satu ‘punching bag’ yang diletakkan di rumah untuk dia melepaskan segala tekanannya di situ.

Mynewshub

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...