. Ratusan Pendengar Setia di Pekan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Ratusan Pendengar Setia di Pekan

at Khamis, 7 Mac 2013[12:57 PTG]

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar beberapa keping gambar yang didakwa diambil dalam program yang dianjur dan dihadiri oleh Najib Razak minggu lalu di Pekan Pahang. Menurut pengirim, program tersebut kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, menyaksikan ratusan kerusi-kerusi kosong yang tidak dipenuhi menghiasi majlis yang kelihatan hambar. Menurut pengirim lagi, kebanyakkan hadirin yang datang hanyalah orang luar yang diangkut menggunakan beberapa buah bas. Program tersebut bolehlah dianggap tidak berjaya kerana tiada sambutan daripada penduduk tempatan. Lihat gambar di bawah, hanya ratusan kerusi-kerusi kosong sahaja yang masih tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Najib Razak yang disiarkan secara langsung daripada sebuah skrin besar. Jelas kita lihat di sini bahawa, penduduk tempatan di Parlimen Pekan pun sebenarnya tidak menyokong Najib Razak sebagai ahli Parlimen kawasan itu. Najib hanya mengharapkan undi tentera untuk menang kerusi tersebut.
Tidak hairanlah pada 1999, Najib hanya memenangi majoriti 246 undi bagi mengekalkan kedudukannya di Parlimen Pekan. Selepas memenangi majoriti memalukan itu, serta merta undi kem askar dimasukkan ke kawasan parlimen beliau. Kalau nak harap pengundi tempatan, sudah lama Presiden Umno ini bungkus. Lihatlah harapkan kerusi sahaja yang masih setia mendengar ceramah beliau.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...