. "KROKODIL" - Dadah Ciptaan Terbaru Membunuh Dengan Cara Amat Mengerikan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

"KROKODIL" - Dadah Ciptaan Terbaru Membunuh Dengan Cara Amat Mengerikan

at Khamis, 7 Mac 2013[12:26 PTG]

Ciptaan dadah jenis baru ini telah mula menjadi ketagihan di kalangan  penagih dadah di Rusia. Dadah jenis ini digelar sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan yang mana ia akan memamah kulit, daging dan tulang penagihnya.

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebjenis sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Bahan  terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain.

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dengan Kodein,ubat penahan sakit berasaskan bahan-bahan konsumsi rumah tangga.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang teramat teruk dari dadah terlarang ini. Kesannya ialah dengan membuat luka pada tisu anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat teruk, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan kereputan pada tisu daging dan kulit penagihnya. Kulit dan daging penagih akan mereput dan terkelupas dari tulangnya dan akan membawa maut dalm keadaan yang amat menyeksakan.

 

 

 

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...