. Tip Menjimatkan Petrol - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Tip Menjimatkan Petrol

at Selasa, 26 Mac 2013[4:40 PTG]

Tips-tips penjimatan minyak adalah penting untuk kita semua. Tambah-tambah lagi sekarang ni, paling kurang 2 biji kereta untuk sebuah rumah. Walaupun tips-tips di bawah ni mungkin hanya mengurangkan penggunaan minyak 10-20% (maybe more or less), sekurang-kurangnya kita dapat juga menjimatkan petrol dan juga duit poket masing-masing. Now let's look at top gear top tips!

Sebelum memulakan perjalanan :
1) Perancangan perjalanan perlulah bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak  
2) Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak  
3) Kurangkan perjalanan jarak dekat. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta  
4) Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.  
5) Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung  
6) Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Semasa sedang memandu :      
1) Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.   
2) Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhent   
3) Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.   
4) Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.   
5) Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.   
6) Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.   
7) Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Sebagai kesimpulan, kawal nafsu untuk menekan pedal, memandu dalam keadaan tenang ( marah-marah kawan syaitoon ) and kereta perlu dalam keadaan tip-top! that's it for Top gear top-tip!

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...