. Program Transformasi Kerajaan Suatu kegagalan - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Program Transformasi Kerajaan Suatu kegagalan

at Ahad, 22 Julai 2012[1:12 PTG]

Petikan Berita Harian
Bonus Aidilfitri ikut kemampuan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan  isteri, Datin Seri Rosmah Mansor  berbuka puasa bersama lebih 200 pemimpin dan <br />ahli UMNO Bahagian Pekan<br /> di kediamannya, di Pekan, semalam. Najib kemudian  menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai sebelum menyampaikan sumbangan kepada warga tua dan ibu tunggal. Sebelum itu, Perdana Menteri mengunjungi dua bazar Ramadan di sini,   petang semalam.
Pekan: Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta kakitangan awam bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sambil tersenyum bila ditanya mengenainya, Perdana Menteri berkata, beliau perlu melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
“Nantilah kita semak dulu... kena tengok buku kira-kira dulu. Apa pun kita semak dulu dan apa-apa keputusan mesti berdasarkan kemampuan kerajaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian cek durian runtuh fasa kedua kepada isteri peneroka FELDA, kain jubah bagi pegawai masjid, sumbangan apron dan topi untuk peniaga bazar Ramadan serta bantuan cermin mata di Dewan UMNO di sini, semalam.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan CUEPACS mengenai pemberian imbuhan Aidilfitri.
Isnin lalu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan hari raya tanpa menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan meminta peniaga bazar Ramadan supaya mengutamakan kebersihan sekitar gerai dan penampilan diri serta mementingkan kualiti makanan yang dijual.
  Terdahulu dalam ucapannya, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, peneroka yang mahu membeli tambahan saham FELDA Global Ventures (FGV) perlu mendapatkan khidmat nasihat profesional.
“Mereka perlu membelinya pada harga semasa di pasaran terbuka. Walaupun peneroka ditawarkan 800 unit saham mereka tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGV dimasukkan dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun,” katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar bahawa 50 peratus senarai awal calon Barisan Nasional (BN) ditolak, Najib berkata, beliau belum memuktamadkan senarai calon itu.
“Kita akan selesaikan bila tiba masanya. Pada masa ini semuanya adalah spekulasi, malah UMNO pun belum (senarai calon). Kita masih lagi semak-semak dan belek-belek,” katanya.
Itulah antara bukti bahawa program Transformasi yang dilancarkan adalah gagal. Sekiranya program Transformasi yang dilancarkan berjaya, kenapa perlu menyemak buku kira-kira. Tentunya ianya akan membawa kepada keuntungan. Itu adalah asas kepada ekonomi. Apa gunanya menyokong sesuatu yang tidak mampu membawa balik pulangan yang mampu dan boleh disalurkan kembali kepada aliran tunai negara.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...