. Please, Do Not Step - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Please, Do Not Step

at Khamis, 26 Julai 2012[6:12 PTG]


Sabda Rasulullah SAW :
”Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.”
Fikir dan renungkan sabda Rasulullah SAW. Pesanan ini berusia lebih 1400 tahun. Mungkin ada segelintir di antara kita tidak pernah memikirkan apakah sabda Rasul, kita kadangkala mengasingkan ilmu agama dan ilmu duniawi seperti mana kita mengasingkan politik dan islam.
Politik itu adalah kehidupan, dan pengisian kepada kehidupan itu adalah pegangan supaya kita tidak terpesong dalam menuju destinasi sebenar. Sedarlah bahawa dunia ini hanyalah singgahan sementara bukannya Singgah Selalu.
Siapa pun kita, setinggi mana kita berada, apakah pangkat, darjat dan keturunan kita sama ada kita adalah kerabat ker orang biasa… Darah kita sama, mengalir merah dalam badan kita. Jika ditores keluar memancutlah darah yang merah itu.
Berapa ramaikah hamba dan pekerja yang kita ada, jangan dilupa saat dikuburkan hanya sendirian sahaja. Mungkin ada yang mengatakan kubur beramai-ramai (selalunya para shahid) namun sekiranya kita bukan tergolong dalam golongan itu, maka hanya kita seorang sahaja menempuhi azab kubur… soal Nungkar dan Nangkir… Mapukah kita mengarahkan pekerja-pekerja kita untuk mempertahankan dan menyelesaikan masalah kita.
Kita selalu lupa, pemimpin itu bukannya seorang ketua, tetapi orang atau individu yang menunjukkan kita kearah yang benar, destinasi dan tujuan kita… apakah matlamat perjuangan terpulang kepada kita untuk melakukannya mengikut corak dan jalan yang kita pilih atau kita bina jalan yang hendak kita lalui. Jalan-jalan yang sedia ada yang pernah dilalui oleh mereka yang berjaya sebelum kita tidak semestinya jalan dan laluan terbaik buat kita. Oghe Klate ghoyat tok ngam (tak serasi) dan kadangkala menimbulkan masalah kepada kita.
Jika kita mahu menjadi seorang pemimpin, pimpinlah mereka kearah yang mana mereka akan menghargai kita tanpapun dipinta.. Seorang ketua pula menunjukkan cara (step by step) ikut jalannya menuju terus ke destinasinya tanpa menyeleweng dari landasan yang dipilih dan disediakan. Jangan kita lupa, setiap manusia berbedha sifatnya kerana mereka adalah unik.

Artikel Berkaitan:

Ikuti kami melalui RSS 2.0.

causeway link launches johor s first premium expre...

telco paling mantap aku guna dekat kampung

my odyssey rc1 journey

gacha unsur judi moden yang anda tak sedar dalam g...

audi to launch its first exclusive electric model ...

penuntut universiti didakwa cuba bunuh bekas kekas...

why longview s cannabis fans are choosing delivery...

federal court rejects najib s bid against ag s app...

tips beli rumah pertama 1qf0c

keberkatan rezeki dalam al quran 1qf13

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

loading...