Anwar Tak Perlu Nasihat Daim
SIAPA tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin, antara hartawan dan bilionwan Melayu yang lebih gemar hidup dibawah radar keglamoran dan populariti. Tak seperti orang kaya lain seperti dia, Daim kurang memperkatakan mengenai kekayaannya melainkan cerita mulut ke mulut tentang bagaimana dia membelanjakan kekayaannya itu.
Antaranya, memandu kereta mewah Porsche miliknya sepanjang lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan tinggi dan kemudian membayar penuh semua saman yang diperolehinya sepanjang perjalanan tersebut.
Malah ada yang kata, dialah sebenarnya orang terkaya di negara ini, mengatasi semua billionaire dalam negara kita, termasuk Robert Kuok yang nilai kekayaannya sebanyak berpuluh billion dollar.
Semua ini bukan cerita baru, ia telah didendang di halwa telinga kita zaman berzaman terutama sejak kemunculan Daim dalam bidang politik, tapi bukan itu yang menjadi perhatian suarapakatanrakyat.com hari ini.
Perhatian kami lebih terarah kepada isi kandungan temuramahnya dengan akhbar NST yang disiarkan selama 2 hari berturut-turut sejak Ahad lepas hingga Isnin mengenai pilihanraya, ekonomi, politik, Anwar dan Najib.
Seperti dijangka, sesi temubual itu penuh dengan kritikan dan kecaman terhadap peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dulu hinggalah sekarang. Dari bagaimana Anwar naik mendadak dalam politik dan kerajaan, tersungkur jatuh akibat fitnah dan dendam, sehinggalah naik semula di atas platform Pakatan Rakyat.
Tidak ada apa yang terlepas.
Kebanyakan yang dibincangkan itu bukan perkara baru dan kami tidak berminat nak mengulas, cuma yang agak menarik ialah, dakwaan lisan kononnya, Daimlah sebenarnya yang memujuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad supaya melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991.
Kononnya ada 3 calon pilihan untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu, dengan Anwar di pilihan terakhir kerana kelulusannya (Ijazah dalam Pengajuan Melayu). Tapi kerana Daim berbisik ke telinga Mahathir, Anwar tetap dilantik sebagai Menteri Kewangan mengganti dia sendiri yang pada wakitu mahu bersara.
Kami dah nak gelak, tapi boleh tahan lagi.
Bagaimanapun, sebaik membaca dakwaan Daim bahawa Anwar selalu berkunjung ke rumahnnya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai ekonomi negara, maka ketawa itu tidak boleh ditahan sama sekali, terlepas juga.
Rasa mual nak mengulas panjang tapi rakyat boleh membuat perbandingan sendiri antara kejayaan Anwar menguruskan ekonomi negara sepanjang menjadi Menteri Kewangan, berbanding dengan Daim. Anwar bijak menguruskan ekonomi sehingga negara mencapai KDNK sebanyak 8% hampir 5 tahun berturut-turut.
Walaupun ia seiring dengan kebangkitan ekonomi Asia pada waktu itu, yang penting negara tidak bankrap dibawah pengurusan kewangan Anwar. Kalau tidak kerana masalah krisis kewangan serantau pada 1997, rekod Anwar dalam mencapai pencapaian KDNK 8% secara berturut-turut, akan menjadi terlalu sukar untuk diatasi sesiapa.
Kejayaan itu disambung sehingga sekarang, apabila beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor pada 2008. Banyak kejayaan yang telah dicapai di negeri tersebut, kemiskinan hampir dihapuskan, taraf hidup meningkat dan rakyat semakin makmur.
Rekod kewangan negeri juga bertambah baik dengan rizab tunai kerajaan negeri mencecah RM 2 billion, berbanding semasa mengambil alih, iaitu sekitar RM 500 juta sahaja.
Ingat, semua ini berlaku hanya dalam penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat!!
Kesimpulannya, Anwar tidak perlukan Daim mengajarnya bagaimana untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik, semua itu bohong. Anwar ternyata mampu menguruskan perkara tersebut sendiri.
Lagipun, kelebihan Daim adalah lebih kepada memulihkan semula ekonomi yang rosak, sementara kemahiran Anwar ialah menguruskan ekonomi supaya kekal baik sepanjang masa.
Mana lebih baik? Sudah tentu kebolehan yang dimiliki Anwar. – SuaraPakatanRakyat