. Berzina Di Depan Mata - Emmy Shaklee - [Shaklee Independent Distributor]

Berzina Di Depan Mata

at Rabu, 13 Mac 2013[5:18 PTG]

Kasihan! Suami Melihat Isteri Berzina Di Depan Mata | Tiada tempat lain selain neraka bagi si isteri jika derhaka kepada suami. Seorang isteri bertindak melakukan perkara terkutuk iaitu berzina dengan seorang lelaki bukan mahram. Tindakan itu bukan sekali tetapi dipercayai sudah ‘kantoi’ sebelum ini dengan suaminya. Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.
Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin. Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri inibiasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
“Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.
Melayukini.net - Kita sendiri tidak mengetahui apakah puncanya si isteri sanggup memperlakukan sedemikian di belakang suaminya. Malah perbuatan terkutuk ini bukan hanya dilakukan sekali, malah lebih dua kali. Si isteri perlu meminta maaf dan bertaubat dengan apa yang dia lakukannya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
loading...